Saturday, May 24, 2014

Cik Murai vs Encik Singa




“Wah!! Bestnya lagu ni, rancak betul!” kata Rizal kuat. Dia turut menari ikut rentak muzik yang berkumandang. Dvd lagu baru. Entah lagu apa dia sendiri tak tau. Untuk hilang stress masalah kerja dia main beli saja. Itu pun cadangan dari rakan-rakannya.

Dia menari sungguh. Dah macam orang hilang akal Rizal ni. Kalau la dia mengaji atau buat solat sunat atau berzikir lagi afdhal. Dapat ketenangan hakiki dan pahala yang berganda-ganda. Hurmm… Anak muda zaman sekarang terikut-ikut rentak barat.

Dia seronok betul menghayati rentak entah apa-apa dari dvd tu. Sedang asyik saja menari, ada rentak sumbang yang masuk. Dia cuba mencari apa yang tak kena. Diambilnya remote, lalu diperlahankan sikit volume. Baru dia perasan bunyi tu datangnya dari ketukan pintu.

“Issshh….. Siapa pulak yang datang ni. Orang tengah seronok berparti, ada je yang nak kacau. Dengki la tu!” bebel Rizal. Dia berjalan kearah pintu rumah. Bunyi ketukan semakin kuat. Macam nak roboh pintu rumah diketuk dari luar.

“Woi!! Kau tak reti nak hormat orang sebelah menyebelah ke?  Pasang lagu bapak punya kuat! Kau buat konsert ke ape? Ke kau memang pasang niat nak runtuhkan dinding rumah semua orang dengan getaran dari muzik teruk kau tu!” seorang gadis genik yang cantik molek bersuara sebaik Rizal membuka pintu. Tapi dalam nada yang kuat. Lebih tepat, menjerit!

“Arrghh!!” Rizal menjerit terkejut. Dadanya diurut perlahan-lahan. Rasa macam setengah semangatnya hilang. “Haah!! Kau Murai! Kau ni memang tak boleh cakap elok-elok ke dengan aku. Aku bukan pekak pun sampai kau nak menjerit-jerit bagai gini!” garang aje Rizal bersuara.

“ Oooi! Sesedap kau aje panggil aku murai. Mulut kau memang taraf jamban, kan!” jerit gadis molek tu. Aisya nama gadis tu. Tinggal disebelah rumah Rizal. Pantang bertemu ada saja yang nak digaduhkan. Pasal batu kecil tercampak tak sengaja pun boleh jadi isu diorang ni. Entah apa yang ditakdirkan untuk diorang ni pun entahlah.

“Memang sedap pun mulut aku panggil kau murai. Dah memang kau murai. Sekali buka mulut memang tak reti nak berenti. Murai!!”

“Kau jangan nak muraikan aku sangat la, Singa Jantan! Kau tu lagi teruk dari aku. Silap sikit aje nak melenting. Salah sikit nak angin. Stress sikit semua benda kau nak telan. Macam hebat sangat. Sampai kita orang borak pun kau main sergah. Gila!!”

“Woi Murai, kalau datang nak kutuk, tengking-tengking aku, baik kau blah! Kau tak dialu-alukan kat sini. Blah! Blah!!”

“Hoi Singa Jantan! Kau ingat aku kemaruk sangat nak datang sini! Aku datang nak suruh kau perlahankan volume konsert kau tu! Dah macam nak pecah anak tekak bila bercakap dengan housemate aku kena jerit-jerit. Telinga aku ni dah kena pendarahan dalaman agaknya sampai langsung tak boleh nak dengar benda lain! Sesak dengan bunyi muzik entah apa-apa kau tu!”

“Kalau dah macam tu, kau pindah lah dari sini! Aku pun aman dari nak hadap mulut kau yang macam tong sampah tu. Mulut busuk! Murai mulut busuk!”

“Singa Jantan! Kau memang nak kena dengan aku yeh!” tangannya laju saja ambil terompah yang dipakainya.

“Kau nak pukul aku? Pukul la, pukul! Kau ingat aku takut sangat dengan terompah murah kau tu? Boleh  jalan daa…..” Rizal mengejek. Muka menyampah dia tayang.

Aisya mengangkat tinggi tangannya yang memegang terompah. Hatinya memang sakit dah dengan mulut laser singa jantan ni. Elok saja ayunan tangannya nak turun, tangannya cepat disambar rakan serumahnya Anita.

“Sudahlah Aisya. Jom kita balik. Nanti jadi kes bunuh pulak kat sini,” Menjeling saja Anita pada Rizal yang buat muka bodoh.

“Rizal! Baik kau perlahankan sikit suara dvd kau tu. Kalau tidak aku buat aduan pasal kau yang menganggu ketenteraman penghuni lain,” Anita bersuara sebaik keluar dari pagar rumah Rizal.

“Ingat aku takut dengan aduan korang tu! Boleh jalan daaa…..” kata Rizal perlahan. Dia berjalan masuk. Remote dilemparkan atas sofa

“Aku geram betul dengan Mamat Singa Jantan tu. Kalau kau tak datang tadi, memang aku dah belasah dia sampai jadi lempeng. Baru dia tahu siapa aku,” Aisya meluahkan kata-kata geramnya pada Anita. Matanya tak lepas memandang arah rumah Rizal dengan geram. Pandang dinding batu pun boleh meluap-luap marahnya.

“Dah la kau dengan dia tu. Aku takut marah-marah, gaduh-gaduh korang bertukar cinta. Kau sendiri tahu, kan? Dah banyak jadi.”

“Ooi Cik Nita sayang, kau ingat ni cerita sinetron? Novel? Drama bersiri yang macam kau selalu tengok tu? Ini betul-betul punya. Bukan cerita yang direka mengikut skrip atau ikut kehendak pengarah atau penerbit. Ini realiti depan mata kau!”

“Iyalah. Tapi tak mustahil, kan?” Sengeh aja Anita. Melirik saja matanya pada Aisya yang tak habis dengan geramnya tu.



Malam tu berlalu dengan perasaan geram dan marah dihati Aisya. Dia betul tak puas hati dengan dengan Rizal. Kalau tadi Anita tak datang memang dia langsaikan niat untuk belasah Rizal dengan terompahnya tu. Biar jantan tu tahu sikit nak hormat perempuan. Bukan jadi hamba pada ego yang melangit tu.

Aisya bangun dari tidurnya. Senyum terukir dibibir. Dia mahu lupa perkara semalam. Dengan berbaju tidur dia mencapai tudung yang tersangkut dikerusi kayu meja makan lalu dia  berjalan keluar. Paip getah diambil lalu disiram pokok bunga dihadapan rumahnya.

Rizal keluar dari rumah dengan kemas berpakaian untuk pergi kerja. Dia juga menyanyi-nyanyi kecil. Menjeling saja dia pada Aisya yang sedang siram pokok bunga. Kasut yang tersandar pada pagar disarutnya.

“Astaghfirullahalaziiiiimmm,” panjang saja dia beristighfar. Nafasnya sudah turun naik. Aisya yang sedang menyanyi sambil siram pokok bunga ditenung dengan marah yang memuncak.

“Woi Murai!! Kau buat apa ni! Kau siram pokok ke, kau lencunkan kasut aku? Sungguhpun kalau kau sayang kat aku, nak sangat cuci kasut aku, cakap! Aku boleh bagi kau cuci. Tak payah kau curi-curi siram,” kuat Rizal memekik. Memang dia marah betul. Kasut dia pakai pergi kerja basah. Penuh dengan air dalam kasut tu. Mahunya tak melenting.

“Helo Singa Jantan. Kau jangan nak perasan sangat, boleh tak? Tak ingin aku nak sayang kau dan tak kepingin aku nak cuci kasut kau yang busuk mengalahkan bangkai kucing  tu!” kuat Aisya melawan cakap Rizal.

Anita yang ada dalam rumah, bergeleng kepala. Hari-hari ada saja isu diorang ni. Tak letih ke diorang ni asyik berperang aja? Anita berbisik sendiri.

“Huh!! Murai mulut busuk!!” Rizal mengutuk.

“Ooi Singa! Kau tak payah  nak busuk aku sangat la. Kau ingat, kau tu wangi sangat. Bau mulut jamban kau tu sampai  ke sini tau. Tak tahan aku. Nak aje aku siram mulut kau tu dengan air paip ni, biar hilang bau yang meloyakan tu!”

“Kalau kau berani, siram la. Kau ingat aku takut sangat!” Rizal mencabar.

‘Ooo…. Kau ingat aku tak berani nak siram kau. Kau tunggu,’ Aisya berbisik perlahan. Tangannya membuka air paip agar laju dari tadi. Tanpa berfikir panjang, dicampur dengan niatnya yang dibantutkan oleh Anita semalam, dia terus halakan paip getahnya pada Rizal.

“Nah ambik kau!” dengan geram dia bersuara.

“Muraaaaaaiiii!!!!” jerit Rizal kuat. Boleh bergegar satu taman tu.

Tanpa tunggu, Aisya cepat tutup paip air dan laju saja dia berlari masuk dalam rumah. Perlahan-lahan dia jenguk Rizal  dari balik pintu yang hanya terbuka sedikit aja. Dia ketawa kecil lihat Rizal yang lencun.

“Hahahaha… Padan muka kau. Cabar aku lagi. Ingat aku takut. Hehehe….” Dia berbisik disebalik pintu rumahnya.

“Oi! Kau buat apa tu?” sergah Anita. Belakang Aisya ditepuk perlahan.

“Oh mak kau!” melatah terkejut Aisya. Dadanya diurut perlahan. “Kau ni, tegur tu dengan salam, bukan main sergah gitu aje. Mau  meninggal aku kat sini. Sapa nak jawab, kau?”

“Eleh, tak kan gitu boleh meninggal. Lemah semangat betul kau. Kau tengok apa?” Soal Anita. Dia jugak turut menyelit kepalanya untuk melihat keluar.

“Tu, Mamat Singa Jantan ego tu. Mandi air paip rumah kita. Padan muka dia, mulut cap jamban sangat,” muncung mulut Aisya tunjuk arah yang dikatakanya.

“Ishh..korang ni. Aku nampak bunga-bunga cinta bertaburan dihalaman rumah kita dengan rumah mamat tu,” berkias Anita bersuara.

“Tak adanya aku nak jatuh cinta dengan Singa Jantan ego tu. Lagipun minggu depan aku dah nak tunang,” Aisya berjalan ke ruang tamu rumah dan duduk atas sofa.

“Aku tau. Tapi kau percayalah cakap aku. Nanti kau pasti akan rindukan semua ni. Kau pasti akan terkenangkan hari-hari kau dengan Singa Jantan kau tu,” Anita bersuara lagi. Dia terus berlalu ke dapur.

“Aku nak rindukan Singa Jantan tu? Memang tak masuk dalam diari tahunan aku laa,” perlahan saja Aisya bersuara. Dia bangun masuk bilik. Beberapa minit kemudian dia keluar dengan tuala ditangan dan menuju kebilik air. Lima belas minit kemudian, dia keluar dan terus masuk bilik.

“Kau masak apa ni? Wangi betul,” Aisya sedut aroma makanan dengan asyik sekali sebaik dia keluar dari biliknya

“Aku buat nasi goreng mentega. Sedap woo,” kata Anita memuji masakannya sendiri.

“Nanti siap panggil aku. Aku nak pergi gulung paip getah yang berterabur kat luar. Harap-harap Singa Jantan tu tak ada kat luar,”

Anita angguk. Satu keluhan dilepaskan. Dia pasti sangat dengan kata nalurinya. Ada rentak yang berdentum dan ada irama yang berlagu diantara kawannya dengan jiran mereka Rizal.

Aisya menjenguk disebalik pintu. Takut jugak dia kalau-kalau Rizal masih diluar sedang menunggu  untuk buat serangan hendap. Lama dia perhatikan sekeliling. Setelah yakin dan berpuas hati tiada kelibat Rizal, dia keluar. Namun matanya masih meliar melihat sana sini.

Paip getah ditarik dengan cermat. Dia gulung kepada lingkaran kecil. Seronok saja menggulung, tanpa sengaja matanya lihat pada paip getah tu. Ada bekas hirisan. Dibeleknya dengan teliti. Habis paip getahnya dipotong, tapi tak putus.

“Ya Allah!!” jerit Aisya geram. “Singa Jantaaaaaannnnn!!” Lantang suara Aisya memecah suasana sepi tu. Hatinya cukup panas. Apa tidaknya, paip getah tu baru dibelinya semalam. Paling tragis dia kena melawat banyak kedai hardware sebab paip jenis yang dia nak dah pun habis. Itu pun nasib kat satu kedai hardware tu ada pelanggan yang kebetulan beli getah paip yang sama sudi bertolak ansur dan beri padanya. Sengeh dia disepanjang perjalanan balik ke rumah. 

Anita yang mendengar jeritan bak halilintar tu berlari keluar. Tercengang dia tengok Aisya. Namun tidak ditegurnya.

Rizal keluar. Dia memandang Aisya dengan sengeh kerang busuknya.

“Kau tak payah nak sengeh gitu. Muka kau dah buruk! Campur dengan sengeh tu, lagi buruk aku tengok. Memang cap jamban!”

“Muka buruk dan mulut cap jamban ni jugak kau jerit panggil ye.. Kau rindukan aku ke?” poyo aja muka Rizal. Kedua tangannya kebelakang.

“Tak hingin aku nak rindu kau. Aku jerit sebab ini! Kau ni nak lebih tahap gaban ni. Dah sampai tahap merosakkan harta benda, dah kira melampau la,” Aisya bersuara geram. Paip yang ditangan ditayang pada Rizal yang berdiri disisi pagar yang memisahkan halaman rumah mereka.

“Hahaha… Padan muka kau. Cari pasal dengan aku lagi. Elok aku nak pergi kerja, kau siram aku dengan air paip. Sekarang kita tengok. Kau nak siram aku dengan apa pulak lepas ni. Hahahaha….” Rizal ketawa besar.

“Kau jaga ya Singa Jantan, ada masa aku balas balik perbuatan kau ni,”

“Eeiii takutnya aku. Sekarang kau busy yeh nak balas balik. Hahaha… Masa kau tak akan datang, Murai!! Aku akan pastikan kau menangis sebab cari pasal dengan aku! Dah blah dari depan mata aku. Aku  nak ke pasar. Naik semak mata aku tengok muka hudoh dan mulut busuk kau tu.”

“Oooo…. Nanti kau,” Aisya memandang sekeliling. Dia terpandang terompah yang ada atas rak kasut. Laju tangannya mencapai.

“Woi Singa Jantan!” Aisya memekik. Tanpa berlengah, dia terus lempar terompahnya arah Rizal. Rizal mengelak. Dia ketawa berdekah-dekah sebab sasaran Aisya tersasar.

“Kau tak payah nak gelakkan aku sangat la Singa Jantan. Kau tengok belakang kau,” suruh Aisya sambil ketawa sinis.

“Heheheh….” Dengan ketawa yang masih tersisa Rizal berpaling.

“Astaghfirullahalaziiimmmm!!!” Istighfar  panjang Rizal bila dia tengok terompah Murai tu siap mendarat cantik atas cermin keretanya.

Kalut dia menghampiri keretanya. Dengan muka menahan marah dia membelek cermin kereta. Memang ada keretakan. Dia sekarang memang betul-betul marah. Perlahan-lahan dia berpaling memandang pada Aisya. Matanya dikecilkan.

“Hoi!! Murai!! Kau ni memang dah lebih tahap yang  paling teruk! Kau tahu tak? Yang kau jahanamkan tu, cermin kereta aku. Agak-agak la kalau kau nak balas pun. Biar yang sama nilai dengan harga paip getah kau tu! Kau ingat murah ke nak ganti benda alah tu? Kau ni memang spesis yang tak berhati perut! Kalau tak ada undang-undang kat Negara ni, kau dah aku kukus buat murai stim tiga rasa. Kau faham tak!!” marah betul Rizal kali ni. Matanya tajam memandang arah Aisya.

“Padan muka kau. Ada aku kesah dengan semua tu?  Sakit hati aku ni lebih dari harga cermin kereta kau tu!! Lagipun bukannya ada kena mengena dengan aku. Pepandai kau la…” Aisya tersenyum sinis. Saja nak  buat hati Rizal membakar.

“Kaaauu!!” hati Rizal sudah mendidih tahap rebus telur pun boleh masak. Tanpa tunggu dia berlari masuk ke halaman rumah Aisya.

Bila Aisya tengok saja Rizal berlari masuk  ke kawasan rumahnya dengan muka macam nak telan dia hidup-hidup, memang dia tak tunggu dah. Terus dia berlari masuk dalam rumah lalu pintu dikunci.

Dari sebalik langsir yang menutup pintu slidingnya, dia tengok Rizal terpekik-pekik diluar. Memang dia takut habis dah bila tengok keadaan Rizal yang macam tu. Kali pertama dia tengok Rizal mengamuk tahap super sayyan. Huuu…. Takut giler dia.


Seminggu berlalu. Rizal duduk atas sofa diruang tamu rumahnya. Saluran televisyen ditekan dari satu channel ke channel yang lain. Semua tak menarik bagi Rizal. Rancangan kesukaannya pun terasa hambar. Ada kekurangan perjalanan hidupnya hari ni. Suatu kejanggalan dapat dia rasa.

Dia bangun. Gelisah pulak dia rasa dengan kesunyian dan kejanggalan ni. Pintu rumah dikuak perlahan. Matanya melilau keluar. Kemudian terpaku pada rumah sebelah. Sunyi saja. Dia mengeluh. Dengan keluhan berat dia berpaling masuk dalam rumah. 

“Kau cari Murai kau ke?” Tiba-tiba ada suara yang menyapa. Cepat dia berpaling.

 “Eeeii… Mana ada. Tak ada kena mengena langsung,”

“Sudah la kau. Simpan ego tu untuk kegunaan dihari lain. Resah dan kesunyian yang aku nampak diwajah kau cukup menceritakan segalanya. Huh! Nak sorok dari aku konon. Kau ingat aku tak perasan cara kau pandang dia. Harum wangi dari bunga-bunga yang ada dalam hati korang tu aku boleh bau la,” Anita bersuara.  Dia menjeling saja pada Rizal.

“Tekaan kau salah,” Rizal menafikannya.

“Huh! Bodoh! Bangang! Ego! Semua tu memang padan sangat la dengan kau. Aku harap kau tak menyesal. Walaupun apa pun, aku dengan baik hati nak bagitau pada kau jugak. Esok Murai kau tu bertunang. Kalau dalam hati kau ada terdetik rasa yang kau sendiri tak reti nak ungkapkan dengan lidah kau, kau buat la apa yang patut. Semua dalam  tangan kau,” Anita bersuara lagi.

Rizal tercengang sebaik terima perkhabaran tu dari Anita. Dia diam.

“Oi Mr. Singa. Sudah la dengan muka buruk kau tu. Memang taraf jamban betul muka kau. Nah alamat rumah Aisya,” Anita menyerahkan sekeping kertas pada Rizal. Dia dah siap dengan beg untuk menghadiri majlis kawannya tu.

Rizal sambut tanpa bersuara. Dia tenung saja alamat tu.

“Itu alamat aje. Tadak muka Murai kau kat situ. Kalau kau nak tengok murai kau, esok jika kau sanggup korbankan ego kau, kau datang la menuntut hak kau dari orang lain. Biar gentle kau tu kena pada tempatnya,” lagi Anita membebel.

Rizal termanggu sekejap. Kereta yang dipandu Anita dipandang hingga lenyap dari pandangannya. Perlahan-lahan dia berjalan masuk dalam rumah. Otaknya ligat berfikir. Hatinya mula bergolak. Dia pandang jam di dinding. Terlena….

Esoknya….

Rizal bangun. Sekali lagi jam di dinding menjadi tatapan matanya.

“Alamak!!! Aku dah lambat!” seperti lipas kudung Rizal bersiap. Kunci kereta yang ada atas meja televisyen dicapai. Dia terus memandu. Alamat yang diberikan Anita menjadi petunjuk jalannya. Sesekali dia berhenti tanya orang. Akhirnya sampai jugak dia.

“Ini majlis bertunang ke majlis kahwin? Ramai betul orang,” Rizal bersuara sendiri. Dia turun dari keretanya dan berjalan masuk. Dia senyum ramah pada mereka yang ada disitu.

Sebaik dia melangkah, majlis sedang berlangsung. Acara menyarut cincin sedang dijalankan.

“Tunggu dulu!!” Rizal bersuara separuh menjerit. Semua hadirin yang ada memandang kearahnya. Aisya yang manis dalam pakaian serba putih, tersentak. Anita senyum. ‘Kau datang jugak ye Rizal. Bodoh punya lelaki. Sekarang kita tengok macam mana kau nak canangkan cinta kau pada Aisya,’ Anita berbisik sendiri.

‘Apa lagi singa ni nak buat? Dia nak sabotaj majlis aku pulak ke?’ Aisya berbisik dalam hati. Dia pandang Anita yang sedang senyum. Berdebar Aisya menanti kata seterusnya dari Rizal. Air liurnya ditelan tanpa henti.

Rizal terkedu. Bunyi pekik tadi dah memang cukup gentleman dah. Tapi sekarang diam pulak. Entah apa yang yang difikirkanya lagi. Dia buntu sebenarnya. Apa yang perlu dia buat sekarang. Pandangannya tak lepas dari memandang Aisya.

“Perempuan tu……” dia diam. Tak tau nak cakap apa. Otaknya ligat cari alasan yang bernas untuk dia sekat dari berlangsungya majlis ni. "Perempuan tu......" sekali lagi dia bersuara. Lepas tu dia diam lagi. Berpasang-pasang mata tertumpu tanpa kelip memandang kearahnya. Manik-manik peluh mula kelihatan. Dia menarik nafas panjang. Sekilas dia memandang pada Anita yang tersengeh disebelah Aisya. Dengan segala kekuatan yang ada, dia bersuara penuh yakin. "Perempuan tu… Mengandungkan anak saya!!” kata tu yang terlepas keluar dari mulut Rizal. Hadirin yang ada kat situ ternganga. Anita terkejut beruk. Tepuk dahi dia.

“Hoi!! Singa Jantan!! Apa kau merepek ni? Kau dah gila ye? Kau jangan nak  musnahkan masa depan aku! Ini masa depan aku la bodoh! Hantu! Sial!” Aisya bangun mendekati Rizal. Segala maki hamun keluar dari mulut Aisya. Airmatanya mengalir laju.

Rizal diam. Dia sendiri tak sangka itu yang keluar dari mulut dia. Tapi apa boleh buat lagi. Memang tak boleh nak u-turn dah.

Aisya dah macam orang meroyan. Dia mengamuk habis-habisan pada Rizal. Mulutnya tak habis dengan maki hamun. Segala serba mak nenek keluar dari mulutnya. Dengan marah yang memuncak dia berjalan keluar dalam keadaan marah. Tak lama kemudian dia masuk dengan bawak parang panjang.

Terbeliak Rizal tengok. Dia duduk berlutut sebaik saja Aisya berada dihadapannya. Dia tunduk memandang lantai.

“Baik kau cakap betul-betul Singa Jantan! Depan semua orang. Beritahu kebenarannya!!” kuat Aisya bersuara. Hatinya meluap-luap dengan marah.

“Aisya!” panggil Rizal. Dia dongak memandang Aisya dengan wajah sayu.

Aisya menjerlung marah. Wajah sayu Rizal langsung tak tersentuh dihatinya.

“Walau seribu bilah parang kau hunus ke leher aku, sumpah dengan nama Allah aku tak akan berganjak. Akan aku terima segala tetakan dari kau. Tapi sebelum hunusan kau membaham pangkal leher aku, ada sesuatu perlu aku jelaskan pada kau. Di depan semua yang ada, aku akui yang aku cintakan kau dengan sepenuh hati. Sarat hati ni dengan amarah kau setiap hari bertukar menjadi rindu. Jelingan maut yang kau lontarkan saban waktu bertukar menjadi jelingan yang aku idamkan. Ngomelan kau menjadi kicauan indah ditelingaku. Aku tenggelam dalam dunia perang antara kita, hinggakan aku tewas dalam harungi hari tanpa semua tu.” Rizal diam dia tunduk. Ada renjisan jernih mengalir dari kelopak matanya.

Aisya diam mendengar kata-kata Rizal. Dia keliru sekarang. Kasih yang hadir tanpa sedar dalam hatiya untuk lelaki ni yang cuba dia tolak dulu kini kembali mekar.

“Aisya!” sekali nama tu meniti dibibirnya. “Rutin aku menjadi sumbang tanpa kehadiran kau. Aku perlukan kau dalam menyempurnakan hari-hari aku. Bila mata ini aku buka, kelibat kau yang dicarinya. Hati ni pula menjerit mencari suara kau. Aku ingin jadikan kekurangan kau sebagai pelengkap pada kekurangan aku. Dan aku mahu kelebihan kau menjadi seri dalam hidupku,” sambung Rizal lagi. Dia tunduk. Mutiara jernih yang dianggap mahal untuk ditumpah oleh seorang lelaki, kini terus mencurah dari tubir mata Rizal. Terdengar keseduan dari esakkan tangisnya.

Anita menghampiri Aisya dan tangannya menyentuh bahu Aisya. Aisya berpaling. Tiada kata dari Anita. Cuma anggukkan menyampaikan maksud yang tak perlu diungkap dengan kata. Parang panjang beralih tangan.

Perlahan-lahan Aisya duduk dihadapan Rizal.

“Betul apa yang kau cakapkan tadi? Bukan drama untuk kau musnahkan masa depan aku?” perlahan Aisya bersuara. Airmatanya masih lagi mengalir.

Rizal mendongak. Wajah berseri Aisya dipandang. Perlahan jemarinya mengesat airmata Aisya yang mengalir dipipi.

“Ada kasih dan ada rindu untuk kau.  Degup dihati ni menyatakan yang aku cintakan kau. Airmata lelaki ini, aku jadikan lamaran untuk kau. Sudikah kau menjadi melodi lagu cinta aku ini?” penuh kias Mamat Singa ni buat lamaran pun.

Aisya hanya angguk. Ada bait senyum terbit dibibir. Penuh dengan tragis, lamaran Rizal diterima keluarga Aisya. Memang jadi tajuk muka depan surat khabar esok majlis pertunangan diorang ni. Akhirnya berlangsung majlis pertunangan Aisya dan Rizal.
                                                                                    Tamat…

1 comments:

Cahaya Rinduku said...

hehehe..akhirnya dia luahkn jga..asyik gduh ja..hha

Post a Comment

Blues tetap dihati © 2008 Template by:
SkinCorner