Friday, May 23, 2014

Sewel








                        Aku berjalan keluar dari bilik aku menghala ke pintu utama rumah. Langkahku terhenti dihadapan pintu utama. Kedua tangan ku angkat ke atas bagai mengukur ketinggian pintu  dengan ketinggian ku sendiri.

Mataku dihalakan ke arah jalan dihadapan rumahku. Setiap kereta yang lalu menjadi tatapan mataku. Kiranya ditangan ku ini punyai pen dan kertas sudah menjadi kerja sambilan tanpa bergaji ku mencatit jenis dan jumlah kereta yang lalu. Hahaha… Entah semangat apa yang merasuk fikiran aku ni. Boleh itu yang terfikir, ish..,ish.

“Ooi,” satu sapaan yang disertai dengan tepukkan dibahu aku, mengejutkan lamunan cereka pendekku. Aku berpaling.

“Ceh, kau salim! Mengejutkan aku je. Berserabai betul kau,” lancar mulut ku mengutuk salim rakan serumahku. Dia berdiri betul dibelakangku sambil menguap besar.

“Kau apehal terpacak depan pintu ni?” Salim mengajukan soalan sambil tangannya ligat garu kepalanya. Rambutnya betul tak terurus. Hurm… Mamat ni, kalau bangun tidur memang macam peminta sedekah dijalanan.

Dia mengambil tempat berdiri disebelahku.

“ Aku buat kerja sambilan,” selamba aku bersuara. Lagak berloyar buruk dipagi yang hening begini. Muka Salim langsung tak ku pandang. Tak selera aku.

“Haaa?”  ternganga Salim memandang mukaku. Wajahnya dihiasi riak hairan.

“Kau ni, jangan buat muka pelik cam tu boleh tak? Lain macam aku rasa,” aku bersuara sekilas memandang mukanya.

“Hehehe…” ketawa kecil terbit dibibirnya.

“Dah la kau, sengeh je lebih. Pegi kau mandi,” suruhku sambil menolak badannya. Kakiku melangkah keluar, sandle yang boleh diletakkan di Muzium Negeri, aku sarut.

Langkah aku hayun lembut menuju ke pangkin yang berada dibawah pokok rambutan. Hembusan bayu pagi, lembut  menyapa pipi dan lengan tanganku yang terdedah. Aku duduk dibirai pangkin. Telefon dari dalam poket aku keluarkan. Skrin selebar lima inci tu aku  tenung. Satu keluhan aku lepaskan.

Telefon aku letakkan disisi. Pandangan aku lemparkan jauh merentasi apa saja dihadapan. Memori semalam cuba untuk ku putarkan kembali. Baru nak masuk scene dalam kepala ni, telefon disebelah mula menyanyi.

Laju tangan aku mencapai. Skrin telefon aku tatap. Nama yang tertera mengundang rasa kecewa. Gerangan yang aku tunggu bukan menghiasi skrin telefon aku. Nafas aku hela panjang. Tiada reaksi dari jemari aku untuk menjawab panggilan tu. Akhirnya senyap sendiri. Sekali lagi aku lepaskan hela panjang bagai keluhan. Mood untuk  ulang kembali kejadian semalam aku cari disebalik kecewa yang hadir sebentar tadi.

Babak pertama mula menjengah. Baru saja scene baik mahu menerjah, telefon yang ku letak tadi kembali bersuara. Ganggu betul!!, Aku sungutkan dalam hati. Melepas geram dalam diam. Mata aku jatuh pada skrin telefon. Nama pemanggil tadi sekali lagi menjadi model dalam diskrin telefon ku.

‘Dia ni, tak faham bahasa ke? Dah aku tak nak angkat, maksudnya, aku tak nak la.. mana sekolah dia ni belajar, sampai bahasa senyap pun tak boleh nak tafsir. Ish… Minda beku betul minah ni.’

Dalam aku melayan bebelan sendiri, dah senyap bunyi telefon tu.  Mahu saja aku mencampak telefon ni.  Melepas geram yang mula bersarang dihati. Lain yang di harap lain pula yang datang.  Otak aku mula menggodak kenangan semalam.  Masih marahkah dia akan aku ini? Apa yang terjadi hanyalah satu salah sangka.  Salah sangka yang tidak mampu dirungkai.

Aku sendiri bingung macam mana perkara ni boleh jadi tunggang langgang macam ni.  Niat baikku disalah erti.  Sudahnya kekasih hati membawa diri. Selirat urat otakku berserabut.  Keluhan demi keluhan melepasi kerongkong aku.  Terasa kepala aku makin memberat.

``Woi, yang kau duduk melangut kat sini buat apa?’’ Tegur Salim. 

  Wah! Segak benar mamat ni, nak ke mana?  Teguran Salim dibiarkan sepi tidak berjawab.  Malas aku nak layan mamat sewel ni.  Makin bertambah serabut kepala aku adalah.

``Kau ni kenapa macam orang mati bini aje? Tapi bini pun kau tak ada.  Semalam bukan main lagi kau senyum meleret, alih-alih hari ni muncung sedepa.  Muka berkerut mengalahkan Perdana Menteri.  Apa hal dengan kau ni?’’  Berbakul-bakul bebelan Salim, satu pun tidak melekat dalam kepalaku.

``Yang kau ni membebel macam mak nenek ni apa hal?’’  Cuak pula aku rasa dengan bebelan Salim.

``Alah…Am, janganlah kau nak angin pula.  Aku tanya aje lah.  Sudahnya kau macam buang tabiat, senyap aje.  Selalunya suara kaulah yang paling kecoh kat rumah ni.’’  Salim mengambil tempat di sebelah aku.

Aku tetap buat muka bodoh tanpa pedulikan bebelan Salim.  Nak cerita kat Salim bukan boleh dapat apa.  Nanti tak pasal-pasal aku dijadi bahan ketawanya.  Mamat ni bukan betul sangat pun.  Aduh! Pada siapa hendak diluahkan kegusaran ini?





Aku diam. Telefon yang sudah diam dari melalak tadi kulihat. Hati mengharap yang ditunggu tertera namanya diskrin.

“Hey, Am!! Aku bercakap dengan kau ni! Boleh kau diam macam tokong siam. Telefon yang bisu tu juga yang kau nak tenung,” salim bersuara kuat. Macam la aku ni sebatu jauhnya dari dia.

Aku berpaling memandang muka Salim. Dia memandang aku dengan muka seorang awek yang mahu penjelasan logik dari pakwenya. Hehehe, mengarut kejap aku. Kedua dua keningnya diangkat serentak. Aku menghela nafas panjang.

“Aku ada masalah sebenarnya,” terluah juga akhirnya. Dengan Salim pun aku terkedu untuk meluahkan masalah. Masalah betul mentaliti aku ni. Tahu mahu menanggung sendiri saja. Tak tahu mengukur kemampuan sendiri. Hish, teruk betul aku ni. Kan? Kan ?

“Masalah? Kau ada masalah? Hurm…. Satu keajaiban. Satu perkara baru yang berlaku dalam hidup kau. Hahaha….” Dalam tawa Salim bersuara. Tangan dia menampar bahu ku. Naik geram pulak aku dengan mamat ni. Kecik je aku nampak dia sekarang ni.

“Huh!” Aku mengeluh.

Muka Salim ku tenung je…. Ketawanya  menjadi halwa mataku. Elok saja aku mahu membuka mulut untuk menyuruh Salim berhenti gelakkan aku, telefon aku berbunyi untuk kali ketiga.

Lagi skrin telefon kupandang. ‘Ermm… Memang tak faham bahasa tul minah ni,’ aku bersungut perlahan.

“Wey Am,  angkat la telefon tu. Boleh aje kau tenung gitu je. Kau ingat aku tak tahu yang telefon kau tu menjerit  dari tadi? Aku kat dalam bilik mandi siap berjoget sakan lagi dengar telefon kau berdendang,”  dengan senyum Salim menutur kata.

“A’ah biar la. Tak nak aku angkat. Tak penting pun.”

“Kalau macam tu biar aku yang angkatkan untuk ka,” Salim memanjangkan tangannya untuk mencapai telefon yang berada disebelah kananku.

“Hish, kau jangan nak melebih. Biar dia menjerit sampai meletup. Nanti aku beli lain kalau hancur,” tangan salim aku tampar.

“Huh!” Salim berdegus. Tangannya yang ku cepuk tadi cepat ditarik dan digosok laju. Aku jeling Salim yang bermuncung.

“Dah la kau, Am. Tak payah nak meratap bagai. Bukan mati pun minah tu,” lancang mulut salam mengeluarkan kata. Aku berpaling. Muka Salim aku tatap dengan rasa tak puas hati. Boleh dia cakap macam tu.

“Ooi Salim, kau apehal? Merepek entah apa-apa entah. Hidup mati pulak yang jadi agenda mulut kau yang tak berinsurans tu,”

Salim hanya sengeh. Kalau manis sengehnya tu ok la jugak. Ini dah macam lembu jantan yang kemaruk lembu betina gaya sengehnya. Hurm…. Memang tak boleh blah punya sengeh mamat ni.

“Encik mamat poyo, kau poyolah sesorang kau kat sini layan perasaan siot kau tu. Aku nak keluar dating dengan awek baru ak,.” sambil bangun Salim bersuara.

Aku melihat saja dia melibas-libas seluarnya dan membetul betulkan baju kemejanya yang agak selekeh. Nak nampak kemas la konon. Aku rasa, kalau awek dia tengok masa dia baru bangun dari tidur, sah lari macam tu aje.  Hahaha…. Ketawa aku dalam hati bila Salim aku kutuk.

“Pergi lah kau. Berdating la sementara kau boleh. Aku nak tengok sampai bila nak kekal senyum kau tu,”  selamba aku bersuara. Aku rasa minggu lepas Si Salim ni menonggeng kecewa sebab awek dia kena kebas dengan mamat lain. Minggu ni dah keluar dating lagi. Memang tak serik.

Aku melihat Salim melangkah pergi masuk dalam perut kereta. Seronok jugak kalau jadi macam Salim ni…nikmati hidup betul dia. Hahaha… Ketawa ku lepaskan dalam hati. Bibirku tak mampu lagi untuk menzahirkannya.

Hilang saja Salim dari mataku, aku kembali seperti tadi. Termenung jauh. Melayan perasaan gundah yang merajai hati. Keluhan ku lepaskan.

Sedang asyik berkira-kira ayat cantik untuk mengayat awek semalam, mata ku terpaku pada kelibat kereta mewah, porche.

Aku menghela nafas mengeluh. Sudah aku agak gerangan yang akan keluar dari perut porche tu. Gaya dan lenggoknya memang memukau. Tercair sesiapa saja yang melihat. Begitulah yang terjadi padaku setahun yang lepas.

Gerangan tu menghampiri pangkin tempat aku duduk. Aku buat muka bodo jer. Lengang lenggoknya sudah tak memberi kesan padaku lagi. Langsung tak tergoda kau!

“Am, kenapa you tak jawab panggilan I?” dengan penuh manja menggoda dia bersuara. Tangannya melirik saja dibahuku.

Aku menepis kasar. Telefon yang berada disebelah,  aku capai. Aku bangun dan mengatur langkah. Belum kemana langkahku, terasa pergelangan tanganku dipegang. Langkahku terhenti.

“Jangan you pergi dulu. I terlalu rindukan you. Maafkan I pasal semalam,” lagi dia menutur kata. Aku berdegus. Pergelangan tangan ku sentap kasar. Kata maafnya sukar untuk kau terima. Marah betul hati aku ni, kan? Sedangkan nabi sedia maafkan ummatnya, ini aku? Hurm entahlah… Mengapa keras untuk aku memaafkan kesalahan perempuan ni?

“Sudahlah!!” kasar aku bersuara. Wajah yang cantik lagi molek itu langsung tidak ku tatap. Hatiku bagai sesak dengan rasa benci untuk gadis ni.

“Am, I masih sayangkan you, cintakan you,” senang betul mulut minah ni melafazkan kata keramat yang indah dan suci tu.

“Hahaha…..” terbahak-bahak ketawa ku keluarkan walau tidak lawak. Memang tak lawak pun. Tapi sakit hati adalah.

Syazira. Ya itu nama perempuan ni, cantik kan? Secantik orangnya tapi tidak perangai dan kelakuannya. Buruk!!!

Syazira memandang wajahku dengan hairan. Mungkin dibenaknya tercari-cari maksud yang tersirat disebalik ketawaku.  Jelas betul muka minah ni dengan hairannya. Aku sekilas saja memandang wajahnya. Kecantikkannya padaku sudah tiada serinya. Habis ketawa, muka bodo ku tayang.

“Kenapa you ketawa?” soalnya. Berkerut dahi minah ni.

“Aku terasa lucu dengan kata sayang dan cinta kau tu. Memang kau ni spesis yang merosakkan ungkapan yang suci macam tu,”  wah! Lancang aku bersuara. Macam la aku ni jenis yang agungkan sangat dengan kata sayang dan cinta. Tapi aku hormat dengan ungkapan tu. bagi aku ia amat bernilai.

“I  maksudkan dengan apa yang I ungkapkan. You percayalah,” Syazira mempertahankan kata-katanya tadi.

“Hah? Percaya? Kecurangan kau telah membaham rasa percaya aku pada kau. Nah sekarang ungkapan kasih sayang dan cinta kau, ibarat arang buntut belanga bagi aku. Tiada nilai.” Erk! Arang buntut belanga? Mana perumpamaan aku cedok pun tak tahu. Hentam ajelah. Itu yang terlintas tadi. Aku guna ajalah.

Sebaik habis saja aku menghentam kata entah apa-apa entah aku mengangkat kaki untuk blah dari situ.

“Am! Am!...” Syazira terpekik-pekik nama aku.

Telinga aku pekakkan. Panggilannya langsung tidak memasakkan kaki aku ke bumi dari terus melangkah pergi. Tanpa menoleh kaki terus ku hayun masuk dalam rumah meninggalkan Syazira seorang diri merengek.

Dari dalam rumah aku dengar bunyi deruan enjin kereta Porche sport meninggalkan rumahku. Melalui jendela aku memandang. Huh! Perempuan spesis apa entah dia ni. Buat salah masih lagi okey  aje. Teruk aku kalau kawen dengan perempuan macam ni. Sah kena cop lelaki dayus. Geleng kepala aku.

Bila kereta Porche Syazira hilang dari pandangan ku, langkah ku atur  kesofa yang berada ditengah tengah rumah. Aku duduk disofa. Perlahan-lahan aku baringkan badan atas sofa. Mataku tertumpu pada kipas siling yang sedang berpusing.

Sedang asyik termenung memandang kipas, aku kembali menjengah peristiwa semalam. Kata-kata dari Syazira masih terngiang-ngiang ditelinga ni.

“You! Amir Ikhwan! You cintakan perempuan ni, kan?” sesak dadaku bila disoal begitu oleh Syazira. Tersirap darah lelakiku disegenap urat saraf.

“Ira!! Apa yang kau meroyan ni? Cakap melalut merepek bagai!” aku bangun menghampiri Syazira yang berdiri angkuh dihadapan aku dan Alia.

Alia hanya diam memerhati. Ada riak terkejut diwajahnya dengan apa yang baru didengarinya tadi.

“A’ah, Am. You jangan nak buat bodoh tak tentu pasal. You bangkit tentang kecurangan I dengan lelaki lain. Tapi You sendiri tak setia. Kecurangan You berada dalam hati You sendiri. You hipokrit! Lafaz sayang You untuk I, tapi kasih dan cinta You untuk perempuan ni!” lurus jari Syazira menuding kearah Alia.

“Haah?” aku buat buat terkejut. Padahal tembak si Syazira ni memang betul sebenarnya. Aku berterima kasih pada kau Syazira sebab tolong aku luahkan isi hati yang membeku punya lama  untuk Si Alia ni. Dalam hati je ucapan tu ku ungkapkan. Memang tak terhembur dimulut aku ni. Sengeh aku dalam hati. Dalam hati je laa…

Aku berpaling ke arah Alia. Terkejut tadi masih belum hilang, lagi kejutan dihempap kebahunya. Wajahnya memang terkejut tahap gaban. Aku telan liur. Rasa bagai kelenjar liur ni dah hilang fungsinya. Peluh memercik. Kalau tadi senyum je hati ni, kini rasa risau mula menguasai diri.

Aku kembali berpaling pada Syazira yang berada dihadapanku. Muka terkejut poyo aku tayang.

“You tak payah buat muka poyo terkejut you tu. I dah tahu semuanya. You dengan perempuan ni berkasih dalam diam, kan? Yang perempuan ni ambil je kesempatan yang terhidang. Dasar perempuan tak tahu malu!” Fuh! Lancang betul mulut Syazira bersuara.

“Ira!! Shut your mouth!!” kuat aku bersuara. Berdenyut hati ni bila Alia dituduh begitu.

Aku berpaling melihat Alia yang sudah pun berdiri. Ada genangan airmata dari kelopak matanya. Huh! Scene sedih dah masuk daaa…

“Apa? Tak betul I cakap? memang dia menangguk pun, kan? Ambil kesempatan atas keretakkan halus antara you dan I!” Syazira menuduh lagi. Menutup kesalahan yang berpunca dari dirinya sendiri.

“Ira! Kau jangan nak mengarut! Apa yang berlaku antara kau dan aku, langsung tiada kaitan denga Alia!” tegas aku bersuara. Membahang je aku rasa bila Alia dituduh begitu.

Tanpa kata Alia berlalu pergi. Aku terpana. Sempat aku memandang sekilas. Ada juraian air mata yang mengalir dipipinya.

“Alia!!” aku memanggil. Namun panggilan ku tidak berhentikan langkah laju Alia.

“Ini kau punya pasal. Punca dari kau sendiri, kesalahan pada orang lain kau letakkan. Huh…!! Hina punya orang,” aku lepaskan marah pada Syazira. Geram betul aku dengan Minah ni. Nak aje aku hentakkan dengan kerusi semen yang ada dekat aku ni.

Malas aku menatap muka senget minah ni lama lama. Karang tak pasal-pasal aku bertukar jadi incredible hulk kan, haru satu penempatan ni. Dah keluar berita sensasi pulak. Lagi baik aku melangkah pergi. Laju aku menapak. Konon mahu mengejar langkah Alia yang sudah pun jauh dihadapan.

“You! You!” telingaku  menangkap jeritan dari Syazira memanggil aku. Sudah nama aku yang cantik molek bertukar jadi you aje dah.

Aku pekakkan saja. Langkahku terus laju mengejar Alia walau aku rasa sudah terlambat. Dari jauh aku dapat lihat Alia menahan sebuah teksi.

Aku berhenti bila aku lihat Alia sudah meloloskan dirinya masuk dalam perut teksi. Aku mengeluh.

Tut…tut…tut.. Bunyi alarm dari telefon mengejutkan aku. Lamunan aku terhenti. Aiseh dah macam tajuk lagu je, kan? Hahaha… Lamunan terhenti dari Aris Ariwatan. Sempat lagi aku melalut.

Telefon yang ku letak atas dada ku, terus ku ambil dan bunyi nyaring alarm kumatikan. ‘Dah zohor rupanya.’ Keluhku perlahan. Masa berlalu tanpa aku sedar.

Perlahan aku bangun. telefon ku letak atas meja. Muka ku raup perlahan bersama keluhan aku lepaskan. Tiba-tiba, telefon aku berbunyi lagi. Cepat saja aku capai.

Aku tergamam, nama Alia terpampam diskrin. Nama tu aku renung lama. Ada getaran rindu dalam hati ini. Mesej dari Alia ku buka.

Assalamualaikum. Am, maafkan Lia. Jangan cari Lia. Lia perlu masa dan ruang. Kejadian semalam betul menyentap hati Lia.

Mesej dari Alia membuat aku termenung. Apa maksud jangan cari dia? Dia mahu keman- mana ke? Aku bersoal sendiri. Jangan kata dirinya  tersentap, aku sendiri terkejut dengan apa yang berlaku. Kepala ku yang tak gatal ku garu, kemudian ku lurut rambutku kebelakang. Mataku terpaku pada jam di dinding. ‘Sudah pukul dua. Solat dululah.’ Bisikku.

Aku bangun lalu melangkah kebilik air. Selesai berwudhuk, langkah aku hayun kekamar tidurku. Kain sejadah kuhampar mengadap arah kiblat.

Selesai saja solat, aku terus menyarung jaket dan helmet yang ada atas meja terus aku sambar. Kunci yang tersangkut di dinding dekat pintu ku capai. Laju aku melangkah keluar. Motor yang aku parkir elok didepan rumah terus aku dapatkan.

Dengan motor cabukku, aku meluncur laju merentas jalan raya terus menuju kerumah sewa Alia. Sampai saja, dari luar pagar rumah sewa, aku dapat lihat sudah tiada lagi kelibat kereta milik Alia. Hati aku mula tertanya-tanya.

Salam kuberi. Aku tahu kawan serumah Alia masih ada. Boleh ku korek rahsia dari housemate Alia. Harap Alia tak tinggalkan pesan yang menyakitkan hati aku. Perempuan ni bukan boleh dijangka sangat. Hati diorang penuh misteri yang susah untuk dirungkaikan.

Lama ku menunggu sahutan dari dalam. Hati aku ni miang saja nak mengutuk. Mana tidaknya, mahu cari rahsia yang misteri, mana boleh tunggu. Resah lagi ada laa… Tapi misteri ke? Ah lantak la…

                         “Waalaikumussalam…” salam aku yang dah berkurun berlalu akhirnya dijawab juga sipenghuni rumah. Adey tragis betul!

                         Terjenguk-jenguk aku melihat rakan serumah Alia melihat aku diluar pagar rumahnya. Mungkin dia hairan siapa gerangan yang berada diluar rumah ditengahari rembang macam ni.

Aku turun dari motorsikal cabukku dan melangkah menghampiri pagar yang masih tertutup. Kepalaku panjangkan bagai zirafah meragut pucuk kayu. Kelibat rakan Alia ku lihat berdiri dimuka pintu.

‘Apehal dengan dia ni. Datang la dekat sini cik adik manis oi. Ada yang nak aku tanyakan kau ni.’ Hati aku bersungut.

Hah! Bagai mendengar pula dia  kata hati aku ni, laju dia menapak menghampiri pagar.

“Assalamualaikum..” sekali lagi salam kuberi dan semanis kurma senyuman kuhulur.

“Waalaikumussalam,” jawab dia. “Hah, kau Am. Apehal kau datang sini? Tengahari rembang lak tu?” satu dua soalan keluar dari mulutnya.

“Izzah, aku datang nak jumpa Alia. Dia ada?” soalan bodoh aku tanya.

“Kau ni Am, kau memang dah nampak kereta Alia tak ada, kan? Kau boleh lagi tanya. Ke kau nak aku jemput kau masuk tengok sendiri?” Izzah bersuara macam perli je.

“Dia kemana?” aku menyoal lagi. Cuba korek rahsia.

“Aik? Aku pulak kau tanya? Selalunya kau orang pertama yang tahu. Hari ni aku pulak yang kau cari bertanyakan pasal Alia. Korang ni….ada hal ke?”

“Ada masalah sikit jer. Dia kemana Izzah?” Aku tanya sekali lagi.

“Dia balik kampung,” selamba ja Izzah beritahu aku.

“Haah?”

“Apa yang kau haah sangat tu? Terkejut?  Tak sangka yang aku beritahu kau?”

Aku cuma sengeh tayang gigi putih melepak aku pada Izzah.

“Dia tak pesan apa apa pada kau ke?” lagi aku menyoal. Rasa tak puas hati la pulak. Senang senang je si minah Izzah ni bagi tau kat aku.

“Ada. Dia cakap, jangan beritahu kau mana dia pergi,” lagi dengan selamba Izzah bersuara. Mak aai minah ni cam boleh agak je.

“Abis tu yang kau cakap ngan aku ni, kira kau dah langgar janji kau pada kawan kau tu.”

“Mana kau tahu aku langgar janji?”

Berkerut dahi aku dengar jawapan Izzah yang lebih berbentuk menyoal. Aku pandang je muka minah Izzah ni.

“Kau  ni Am, kalau tak buat muka blurr tak siap kau tu memang tak sempurna ye hari kau. Aku cakap ngan dia aku tak janji. Sebab tu aku selamba je bagitau kau,” bersama jelingan dia beritahu aku.

Aku sengeh. Mahu saja aku peluk si Izzah ni sebab bernasnya kepala hotak dia ni. Nasib aku waras dan masih ingat hukum.

“Dah tak yah sengeh. Sama sama,” dia bersuara bila tengok sengeh sumbang aku.

“Terima kasih Izzah. Aku sayang kau,” dengan hati yang melonjak riang aku bersuara. Mendung di wajahku sudah berlalu. Kali ni aku nekad untuk memenuhi tuntutan kata hati aku ni. Aku terus melangkah kearah motor yang aku letakkan ditepi jalan.

Aku berkir- kira mahu pergi berjumpa dengan Alia. Dan menerangkan semuanya, biar jelas dan tiada kias. Mahu aja aku melangkah naik motor aku, aku teringat sesuatu. Berkerut dahi aku. Aku kembali pandang arah rumah sewa Alia. Kelibat Izzah masih lagi ada dihadapan pintu pagar.

Aku tengok dia sengeh saja kat aku. Aku balas sengehnya dengan tersipu-sipu. Aku turun dari motor dan kembali mendekatinya.

“Semangat betul kau yer nak jumpa ngan Alia.”

Lagi aku sengeh.

“Kau tahu alamat kampung Alia?” dengan sengeh yang tak lekang dari bibir, aku bertanya. Merah muka aku malu dengan tidakkan sendiri.

“Kau tanya kaunter pertanyaan pasaraya ke ni?” Izzah bukannya jawab soalan aku, malah aku pulak yang dia tanya.

“Haa?” biul aku sekejap.

“Kau ni, memang blurr tahap gaban tau. Aku ni housemate dia, memang aku tahu la alamat kampung dia. Rumah dia pun aku tahulah.”

“Kalau macam tu, memang terbaeek daa. Kau ikut aku pergi kampung Alia, yeh?”

“Bila?”

“Sekarang la..”

“Dengan motor kau yang dah nazak tu? Eeeii, tanak la aku.”

“Ish, ada pulak dengan motor tu, mana kau boleh bonceng aku. Kau tu perempuan, tak elok bonceng lelaki.”

“Habis tu?”

“Kita pergi naik kereta la…”

“Kereta siapa?” berkerut dahi Izzah menyoal. Memang buruk kalau dia macam tu. Nampak macam bini orang beranak lima. Sesedap aku mengutuk orang yang sedia menolong aku. Memang tak reti terima kasih kan aku ni.

“Kereta Salim. Kita pergi bertiga. Mana boleh kau ngan aku je.”

“Salim?” muka Izzah agak terkejut.

“Iyelah, Salim housemate aku. Kita pergi dengan kereta dia.”

“Salim, mamat serabai tu? Eeeii tak nak  la aku,” cepat Izzah menolak.

“Ish kau ni, Salim tu berserabai bila bangun tidur je. Lepas dia mandi dah tak ada nya serabai mamat tu,” Aku memandang muka Izzah dengan berharap.

“Hurm…” Izzah diam. Berfikir agaknya. Teka aku.

“Boleh la yeh,” suara ku seakan-akan merayu. Alahai habis macho aku.

“Iyelah. Korang bercinta aku pulak yang sakit mengadap mamat serabai muka tembok tu,” keras aje Izzah bersuara.

“Hehehe…” Aku sengeh. Telefon dari dalam poket aku keluarkan.

“Aku masuk bersiap dulu. Nanti kau datang pickup aku je lah,” Izzah bersuara dan langsung melangkah masuk.

Aku angguk sambil menekapkan telefon ketelinga ku. Lama aku menunggu panggilan aku dijawab, akhirnya mesin jawab telefon yang jawab. Mula aku nak berbengang dengan orang ni. Sekali lagi aku mendail. Lama juga aku menunggu. Hati mula memanas. Ada saja yang nak kena telan  dengan aku hidup hidup ni.

Lama aku menunggu dengan kesabaran yang makin menipis, akhirnya panggilan aku dijawab juga.

“Hello Am,” sayup aku dengar suara Salim dihujung talian.

“Amboi kau Salim, dapat dating lupa dunia yeh,” Aku bersuara dengan agak keras. Rasa marah bertakung je dalam lontaran suara ku.

“Hehehe…” Ketawa kecil Salim dihujung talian menerjah gegendang telingaku. Sudah la hati ni tengah membara, boleh je dia ketawa macam tu. Mahu je aku cekik cekik mamat ni.

“Sudah dengan ketawa kau tu. Sekarang aku nak kau end kan dating kau, dan balik sekarang,” wah! Tegas aku bersuara Bagai pegawai tentera beri arahan pada pegawai bawahan pulak.

“Haaa?” suara terkejut dari Salim dapat aku dengar jelas.

“Tak payah kau nak ‘haaa’ terkejut. Balik sekarang. Ada kes hidup mati sekarang ni.” Saja aku buat gempak sikit kat mamat ni.  Biar terkejut sampai tertelan telefon tu. Wah berangan aku yang salim nak terkejut sampai tahap tu sekali.

“Apa? Hidup mati? Berat tu. Baiklah aku balik sekarang,” kedengaran ada kekalutan pada Salim.

“Wey  Salim, kau jangan over sangat bawa kereta tu. Patuh undang-undang jalan raya. Biar selamat kau sampai. Sebab aku perlukan kau ni. Sangat-sangat perlukan kau.”

“Baiklah. Aku dah nak on the way ni. Aku letak dulu,” suara Salim macam cemas.
Talian dimatikan belum sempat salam aku beri. Apa daa mamat ni. Aku mengeluh. Motor yang aku pakir ditepi jalan, ku hampiri. Enjin motor aku hidupkan dan terus meluncur membelah jalan raya pulang kerumah.

Sampai saja ke perkarangan rumah, aku lihat Salim bersandar dikereta memandang aku tanpa kelip. Mukanya menayangkan rasa tak puas hati. Aku buat muka selamba bodoh. Aku tahu dah, mamat ni tunggu nak sembur aku la tu.

Motor terus ku parkir disebelah keretanya. Helmet yang aku pakai, aku buka dan aku letak dalam raga motorsikal. Dengan kedua tangan aku mengemaskan rambutku yang penyet dengan menyikat kebelakang.

Mata Salim tak lepas dari memandang aku. Aku membalas pandangannya tanpa sebutir kata yang keluar dari mulutku. Salim datang menghampiri aku. Sebaik saja dia mahu buka mulut untuk bersuara sambil jari telunjuknya tepat menuding ke muka aku, aku mengangkat tangan mengisyarat supaya Salim jangan bersuara apa-apa.

“Kau jangan cakap apa- apa. Sekarang jom kita masuk, dan kemas dua tiga helai pakaian kau, kita nak travelling,” yakin aku bersuara pada Salim.

Aku melangkah meninggalkan Salim yang terkulat kulat kebingungan bagai baru terjaga dari mimpi tanpa tidur. Kunci rumah aku buka dan menolak sebelah daun pintu dan melangkah masuk. Aku menjengah dari balik pintu yang masih tertutup melihat Salim yang masih tercegat disebelah motorsikal aku.

Aku geleng kepala melihat Salim. Mamat ni kalau datang cengang siot dia tu memang tak boleh nak buat apa dah. Aku memandang keliling mencari sesuatu. Aku terpandang botol mineral kecil yang ada atas rak kasut. Aku sengeh. Botol tu aku capai lalu aku lemparkan pada Salim.

Terkejut Salim bila botol tu betul kena padanya. Matanya terus terancap pada aku yang mengekek disebalik daun pintu yang masih kemas tertutup. Dia mengecilkan matanya dan meluru masuk mendapatkan aku.

Ketawa ku lepas walau hati ni masih terasa bisa bahang dari kejadian semalam. Sukar untuk aku biarkan diriku tenggelam dalam hangat kasih yang terpendam walaupun hakikatnya terurai sudah.

“Kau ni kan Am, tadi masa kau telefon aku, macam dah tenat hanyut lemas dalam lautan kasih yang bergelora. Hidup mati bicara kau menyuruh aku tamatkan dating aku yang sedang hangat,” salim bersuara. Pelik pulak aku dengar butir butir ayat yang keluar dari mulut Salim ni.

“Wei Salim, ni apehal cakap kau berpujangga madah bagai. Kau dalam mood mengayat lagi ke?” Aku menyoal hairan.

“Eh? Iye ke? Memang bunyi macam tu ke?” Salim garu kepalanya yang tak gatal. Buat hairan pulak mamat ni. Aku ketuk kepala tu kang mahu pitam sebulan.

“Dah la kau  Salim. Sekarang pegi kemas baju seluar kau lima ke enam helai. Kita nak jelajah Malaysia.”

“Haaa?” berkerut dahi Salim menerima kata kata aku.

“Tak payah nak ‘haaa’ pelik. Dah pergi buat cepat. Kita dah nak bertolak ni,” arahan aku beri pada Salim yang bingung. Aku jarang perjelaskan pada Salim setiap tindakan aku. Mamat ni kalau nk jelaskan pada dia mahu makan satu hari nak buat dia faham. Baik aku push aje dia. Nanti kemudian aku slow talk la dengan dia, bagi dia faham. Memang selalu macam tu pun.

Setelah semua keperluan dah dikemaskan dalam beg galas, aku dan Salim bersedia untuk bertolak. Aku ambil tempat duduk  pemandu. Salim duduk di depan sebelah aku. Ikutnya mahu duduk dibelakang kerana nak melentok katanya.

Kami bertolak keluar dari perkarangan rumah.

“Kau ni kenapa tak bagi aku duduk kat belakang?” Salim menyoal setelah kereta kami berada selesa dijalan raya.

“Kat belakang tu nanti biar Izzah yang duduk. Tak kan kau nak dia duduk kat sebelah aku ni?”

“Haaaa? Izzah? Minah Murai tu? Kenapa dia kena masuk dalam program travelling kita pulak?” bertalu soalan yang salim utarakan.

“Dia la pemandu pelancong kita.”

“Haaa?” lagi ‘haaa’ dari Salim. Melopong mulut mamat ni.

“Tak payah la kau ‘haaa’ gitu. Apa salahnya kalau dia ikut. Memang dia watak utama dalam citer travelling kita ni,” Aku berkias.

“Kita nak kemana sebenarnya, sampai minah murai tu kena ikut sekali. Hish… Menyusah betul,” Salim mengeluh.

“Kita kekampung Alia,” beritahu aku.

“Kampung Alia?” Salim menyoal. Matanya tepat memandang aku yang sedang memandu. Lama dia merenung. Terasa bagai ada tulisan kat muka aku.

“Hurm….” Itu saja yang keluar dari Salim.

Dia tahu? Dia ni nujum ke? Tahu ke dia apa yang terjadi? Hurm je…? Aku berbicara sendiri dengan ‘hurm’ si Salim ni. Rasa hairan menerjah kepala aku.

Sepanjang perjalanan kami diam. Melayan perasaan. Aku terfikirkan Alia saja. Apa yang patut aku cakap bila bertemu dengan dia nanti? Kepala aku blank sebenarnya. Adeyy… Begini pulak yang jadi.

Setengah jam perjalanan kami sampai. Hon kereta aku bunyikan. Tak lama sangat aku dan Salim menunggu, kelibat Izzah muncul dengan beg pakaian. Terbeliak mata aku melihatnya. ‘dia ni nak tinggal terus kat kampung Alia ke?’ bisik aku sendiri.

“Salim! Salim!” bahu Salim aku tepuk berkali-kali.

“Apa?” keras je Salim bersuara. Menjeling dia kepada Izzah yang sedang datang  menghampiri kami.

“Pegi kau keluar tolong Izzah tu,” suruh aku.

“Apa aku lak? Kau je yang pegi,” mentah-mentah Salim menolak.

“Kau pegi lah,” lagi aku menyuruh. Lembut saja aku bersuara. Memancing emosi Salim. Hehehehe… Aku ketawa dalam hati.

“Iyelah aku pergi. Huh! Menyusahkan betul!!” Salim bersungut. Pintu kereta dibuka. Dia keluar dari kereta dan berjalan kearah Izzah.

Dari jauh aku tengok gelagat Salim dan Izzah. Diorang ni pantang bertemu, pasti ada je yang tak kena. Dari jauh aku dah dapat lihat mereka bertelagah. Scene berebut beg pakaian berlaku depan mata aku. Aku cuma boleh mengeluh aja tengok diorang ni.

Akhirnya beg pakaian Izzah berada ditangan Salim. Tanpa menunggu Salim terus kembali kekereta. Aku senyum je tengok muka Salim yang cemberut. Izzah dengan muka tak puas hati membuntuti dari belakang.

“Am! Kau bukak bonet belakang, aku nak masukkan beg murai ni. Entah apa yang dibawak pun aku tak tau. Macam nak menetap terus aje kat sana, rupa dah macam tak nak balik gaya bawak pakaian murai ni,” bebel Salim sambil mengheret beg pakaian Izzah.

“Ooi mamat serabai, kau jangan biadap sangat dengan beg aku tu. Karang rosak, kau ganti,” Izzah menjerit. Marah dia dengan cara Salim kendalikan beg pakaiannya.

Salim menuju kebelakang kereta. Begitu juga dengan Izzah. Aku yang berada didepan dengar aje bunyi diorang bertelagah.

Tak lama Salim datang membuka pintu kereta bahagian depan dan masuk dengan muka yang geram. Pintu kereta bahagian belakang pun aku dengar ditutup dengan kuat.

“Hey Murai! Kau tutup pintu kereta tu perlahan sikit boleh tak? Ni rupa macam nak menjahanam harta benda aku je,” Salim bersuara garang dari depan sebelah aku.

“Hello Mamat Serabai, yang kau dulu nak remukkan harta aku, kau tak sedar ke?” balas Izzah garang.

“Bukan aku yang nak remukkan, tapi memang macam tu la kena buat. Yang kau tu, bawa beg macam nak pergi tak nak balik dah tu, kenapa?” Salim pula pertahankan tindakkannya.

“Suka hati akulah. Sibuk je kau.”

“Hey korang, jangan bergaduh boleh tak? Nanti korang jatuh cinta antara satu sama lain. Baru tahu,” Aku mencelah.

“Haaa? Jatuh cinta!! Tak akan,” serentak aja diorang ni bersuara.

“Haa, sekarang pun dah nampak keserasiannya,” Aku mengusik. Saja aku nak buat budak dua ekor ni diam. Bising betul diorang ni kalau jumpa.

Salim menjeling je Izzah dengan ekor matanya. Begitu juga Izzah. Jual mahal betul.

Aku sengeh. Dengan enjin kereta yang belum dimatikan aku terus masukkan gear dan kami terus gerak menuju ke destinasi. Sepanjang perjalanan kami diam je. Tak ada topik untuk dibualkan. Nanti kalau aku bukak topik, aku pasti sangat akan ada perang mulut dalam kereta ni. Jadi baik aku diam.

Sekali sekala aku bertanyakan Izzah jalan yang perlu kami ikut untuk ke rumah Alia. Perjalanan kami tak mengambil masa yang lama, lebih kurang dua jam kami sampai ke destinasi. Aku langsung tak berhenti dihentian rehat. Perasaan tidak sabar untuk bertemu dengan Alia, buat aku terus memandu tanpa henti.

“Okey, kita dah sampai,” Izzah bersuara bila kereta yang aku pandu berhenti didepan sebuah rumah batu campur kayu. Cantik.

Izzah keluar dari kereta sambil bergeliat. Aku menjeling. Malu pulak aku tengok. Tapi aku bukan gatal nak tengok tau. Aku tertengok melalui cermin sisi. Tak sengaja! Jangan salah anggap pasal aku. Aku bukan spesis lelaki gatal ye….. Jauh sekali kasanova.

Aku tengok Izzah menapak menuju kepintu rumah yang terbuka. Kedengaran Izzah memberi salam sambil terjenguk jenguk kedalam rumah.

Tak lama aku melihat seorang wanita separuh umur datang kemuka pintu. Mereka berpelukkan. Adat perempuan asal jumpa aja, mesti aja nak peluk cium bagai. Hurm…. Haru betul.

Aku tengok wanita tu tarik tangan Izzah masuk dalam rumah. Tapi dari dalam kereta aku nampak Izzah menolak sambil tangannya menunjuk ke arah aku dan Salim yang masih setia dalam kereta.

Wanita separuh umur tu masuk dalam rumah. Sebentar kemudian aku nampak gerangan yang amat aku rindui muncul dimuka pintu. Gaya dan lagak yang sama berulang lagi. Sekali lagi aku nampak Izzah menunjuk ke arah aku Salim. Dari jauh aku boleh nampak riak muka Alia berubah.

Izzah menarik tangan Alia untuk keluar walau berkali kali aku nampak Alia geleng kepala menolak. Tapi Izzah dengan degilnya. Akhirnya aku nampak Alia akur. Mereka berjalan datang ke arah aku dan Salim.

Aku keluar dari kereta. Begitu juga Salim.

“Hai Alia.” Salim menyapa.

“Hai Salim,” perlahan je suaranya menjawab sapaan Salim.

Aku cuma diam seribu bahasa. Pertama kali aku terasa amat kekok bertemu dengan Alia. Kelu lidah aku untuk melahirkan kata-kata yang bermain di minda dan hatiku. Aku nampak Alia juga begitu, riak wajahnya bagai menyembunyikan badai gelora yang menghempas bila semakin dekat denganku.

Kami menjadi kelu. Kalau dulu  bermacam celoteh dan bicara kata keluar dari bibirku bercerita itu dan ini, kini bisu bagai ditampal plaster.

Namun mataku tak lepas dari menatap wajah bersih Alia. Degupan jantung bagai sudah hilang rentaknya.

“Dok bersembang apa lagi kat situ tu. Alia, bawak diorang tu masuk,” jerit wanita separuh umur yang aku lihat mula mula tadi.

Tersentak aku dengar panggilan dari makcik tu. Agak aku mak Alia rasanya. Cepat aku beristighfar. Sedar yang aku dah nak terhanyut dibuai dengan rasa yang ada dalam hati ni. Bonet kereta aku buka. Kami keluarkan segala beg untuk dibawa masuk dalam rumah.

“Izzah, beg kau biarkan Salim yang angkat,” Aku bersuara. Serak sikit suara aku. mungkin akibat tenggelam dalam rasa yang dicampur dengan sedikit rencah dari orang ketiga.

Salim menjerlung aja ke arah aku. Aku gelak perlahan.

“Am, kau memang nak kenakan aku, kan?”

“Mana ada. Meh beg kau, aku tolong bawakkan,” bersama gelak tawa aku tawarkan pertolongan pada Salim.

“Piiiiirah dengan baik hati pertolongan kau tu. Aku boleh buat sendiri,” dengan geram Salim bersuara. Bertambah ketawa aku bila tengok muka geram si Salim ni.

Aku ikut Alia dan Izzah dari belakang. Sesekali aku dapat lihat Alia berpaling  menjeling aku yang membuntuti mereka.

“Silakan masuk,” jemput wanita yang aku agak mak Alia. Senyumannya cukup manis. Saling tak tumpah macam Alia.

“Mak” Alia memanggil emaknya yang sudah beberapa langkah mahu kedapur agaknya.

“Izzah ni, mak mungkin dah kenal. Ini Lia kenalkan kawan Lia, Amir Ikhwan dan sorang lagi kawan dia Salimin. Alia perkenalkan aku dan Salim pada maknya. Betul tekaan aku itu maknya.

Aku senyum pada maknya tanda salam perkenalan. Salim yang masih huru hara dengan beg beg yang dibawa, tak ambil port suaikenal yang baru berlangsung. Dah nampak macam nak berserabai dah mamat ni. Aku sengeh aja melihat gelagat Salim.

“Alia, tunjuk kat diorang bilik,” Maknya memberi arahan. Sempat lagi dia hadiahkan senyuman manis untuk bakal menantunya ni. Wah! Dah berangan aku nak jadi menantu diorang. Hahaha…ketawa aku dalam hati.

Aku memandang Alia yang senyum je bila maknya beri arahan. Aduh…. Cukup manis senyuman minah ni. Sungguh aku tak boleh nak lepaskan dah dia ni. Aku kena dapatkan dia. Aku nekad dalam hati.

“Am. Sini Alia tunjukkan bilik,” lembut Alia bersuara. Sungguh aku rindu untuk mendengar suara ni.

Aku angguk tanpa kata. Tapi hati ni berbunga-bunga. Langkah Alia aku ikut dari belakang. Tapi telinga sempat menangkap Salim menjerit pada Izzah. Aku gelak.

“Am tidur kat bilik ni dengan Salim,” itu saja yang Alia cakap. Tak ubah macam pekerja hotel la plak. Kemudian dia berlalu pergi.

“Alia!” Aku panggil.

Langkah Alia terhenti. Perlahan aku menghampiri Alia yang tak jauh dari tempat aku berdiri.

“Lia tak nak tahu, kenapa Am kesini?”

“Tak apalah, Am rehat dulu. Kemudian mandi. Kejap lagi maghrib,” tanpa menjawab soalan aku Alia mengubah topik. Muka aku langsung tak dipandangnya. ‘Dia bencikan aku ke?’ Aku berteka teki sendiri.

Pandanganku menemani Alia berlalu pergi. Kini wajah Salim memenuhi ruang mataku dengan muka tak puas hati. Ini mesti kes baru lepas berperang dengan Izzah.

“Jom masuk dalam bilik. Kau tak payah nak tenung lama lama. Kita datang ni pun untuk dapatkan dia, kan?” Salim bersuara dalam mengah.

Aku senyum je bila dengar Salim cakap macam tu. Sememangnya mamat ni dah tahu? Aku bersoal sendiri.

“Salim, apa kau cakap tadi?” Aku buat buat bertanyakan soalan. Saja nak cari kepastian macam mana dia tahu.

“Kau tak payah nak buat bangang ye. Dah lama aku hidu bau ni dari kau. bau orang mabuk kepayang. Bau orang angau. Bau orang memendam perasaan. Hurm… Kau ingat aku ni dungu sangat ke? Aku lelaki jugak Am. Aku tahu dari pandangan dan renungan kau. Gelak tawa kau bila bersama dengan dia. Aku perhatikan korang,” Salim membuka cerita. Aku tak perasan yang Salim sering perhatikan kami. Atau tumpuan aku hanya pada Alia. Hingga aku lupa sekeliling.

Muka Salim aku tenung aja.

“Kau tenung muka aku, ada nampak cam Alia ke? Asyik benor kau tilik?” Salim berseloroh. Tadi aja muka dia mencuka, tapi sekarang dah ada senyum dibibir.

“Huh, jauh sekali. Macam tenuk adalah,” sedap je aku mengutuk. Diringi dengan tawa.

Hello pakcik-pakcik sekalian. Jangan gelak kuat sangat ye… Dah boleh gi mandi. Kejap lagi nak solat. Baik dahulukan yang perlu ye. Borak tu kejap kejap lagi pun boleh,” sesedap aja Izzah membuka kata. Pandangannya hanya tumpu pada Salim.

“Bisinglah kau Murai. Kita orang tahulah. Kita orang ni lelaki, kejap je. Korang tu perempuan. Ada je yang nak dibeleknya,” lancar je Salim memangkah kata kata Izzah.

“Huh! Mamat Serabai ni, mulut kau lancar cam highway  ye. Dapat kat aku, aku sumbat mulut kau dengan sandle pasar malam aku tu.”

“Amboi-amboi Minah Murai ni, sesedap kau yeh nak sumbat mulut aku dengan sandle pasar malam. Kau ingat mulut aku ni low class sangat ke? Ini mulut class VIP tau!” dengan geram Salim membalas cakap Izzah.

“Ish… Sudah la korang. Izzah,  kau pergi bilik kau. kita orang nak siap gi mandi ni,” Aku mencelah bagi mengendurkan suasana yang nampak macam nak tegang.

“Betul tu. Nak skodeng kita orang salin baju ke?” Salim bersuara lagi. Saja nak sakitkan hati Izzah. Aku geleng je kepala dengan diorang ni.

“Tak hingin aku, Huh!” berdengus geram Izzah mendengar kata kata salim. Aku boleh nampak marahnya Izzah.

Aku keluarkan tuala dari dalam beg. Elok aja aku nak salin seluar terdengar pintu diketuk dari luar.

“Iye,” Aku bersuara.

Aku berjalan ke pintu. Bila pintu bilik dibuka saja wajah Alia terus menjadi tatapan mataku. Aku tergamam. Kalau dulu tak ada pulak macam ni. Sejak sehari lepas semuanya berubah.

“Nah mak bagi ni kat Am ngan Salim,” Alia menghulurkan dua helai kain pelikat kat aku. Cepat aja aku sambut. Dengan tak sengaja tersentuh pulak jari Alia. Aiseh batal air sembahyang. Hohoho….

“Maaf Lia, Am tak sengaja,” aduh, kekoknya! Hati aku menjerit.

“Tak apa. Lia belum wudhuk lagi. Kita Jemaah sekali lah ye,” Alia keluarkan usul. Aku angguk aja.

“Kalau macam tu Am pegi mandi dulu,” Aku bersuara.

Alia hanya senyum. Dia berlalu pergi. Pintu bilik aku tutup dan kain pelikat yang ditangan aku letak di atas katil. Kemudian aku salin seluar dan kenakan tuala.

“Hai berseri betul orang tu,” Salim bersuara dengan senyum dibibir. Aku sambut kata kata Salim dengan senyuman dibibir

Tanpa menunggu lama aku keluar dari bilik dan terus berjalan ke arah dapur. Aku tengok Alia sibuk menolong maknya memasak.

“Haish! Apa yang kau tenung tu?” Izzah menyampuk dikala tenang mata aku merenung Alia membuat kerja dapur. Nampak cekap sekali. Jatuh hati bertambah tambah kat minah Alia ni.

“Huh! Terkejut aku. Beri salam la lain kali. Mau pengsan aku kena heart attack,”  muka Izzah aku pandang sambil mengurut dada. Terbang semangat aku setengah. Aku geleng kepala bila tengok Izzah sengeh disebelah aku.

“Am nak kebilik air ke? Bilik air kat situ je. Meh lalu ikut sini,”  lembut Alia bersuara. Aku kerling Izzah yang berdiri disebelah aku. Sengeh saja dia.

Aku berjalan arah yang ditunjuk Alia. Terus aku menapak masuk kebilik air. Selesai mandi dan berwudhuk aku keluar. Tengok Izzah sengeh tak habis bila nampak aja muka aku. Dia ni… Mahu saja aku sumbat mulut tu dengan timun yang ada atas meja tu.

Cepat saja aku berjalan menuju ke bilik. Makin lama menjadi jadi lak sengeh si Izzah ni.

Aku tengok Salim terbongkang berdengkur. ‘La mamat ni boleh tidur kala ni. Nak kata letih memandu, aku yang drive tadi. Hish…memang hantu tidur betul la. Hurm..

Aku salin tuala dengan mengenakan kain pelikat yang diberikan Alia tadi. Setelah aku siap kemas berpakaian, aku menghampiri Salim yang sedap aja aku tengok berdengkur. Aku tampar lengan Salim.

“Lim, bangun la mandi. Dah pukul berapa ni. Kita orang nak solat maghrib dah,” beberapa kali lengan Salim aku tampar.

“Iyelah aku bangun,” Aku tengok dia pusing membelakangkan aku.

“Aik? Kau belakangkan aku ye… Kau nak aku panggil si murai tu datang bangunkan kau ke?”

“Haah?” terus aku tengok Salim bangun. Aku ketawa tengok gelagat Salim bila nama gelaran Izzah disebut. Cepat betul refleknya. Saraf tunjang dia ni memang sensitive betul bila sebut nama nama Izzah tu. Cepat aja hantar maklumat untuk diproses.

“Apa yang kau ‘haaah’ tu? Cepat pegi mandi. Aku nk pegi siap siap tempat solat,” Aku memberi arahan.

“Iyelah.” jawab Salim malas. Aku senyum. Aku ikut Salim dari belakang keluar dari bilik. Pintu bilik aku tutup dan berjalan ke ruang hadapan rumah. Aku tengok Alia dan yang lain siap sedang menunggu. Aku mendekati mereka.

“Am boleh kita solat sekarang? Masa dah makin banyak berlalu ni,” lembut Alia menutur kata.

Aku angguk tanda boleh. Hari ni aku mengimamkan solat maghrib kat rumah Alia. Lagipun ini bukan kali pertama, memang selalu aku jadi imam bila solat berdua dengan Salim.

Usai solat maghrib. Aku masih diatas sejadah untuk berwirid. Alia bersama Izzah dan maknya telah beransur ke dapur untuk menyediakan makan malam. Salim yang bersolat sendirian dalam bilik sudah pun keluar duduk disofa yang ada di ruang tamu rumah.

Lebih kurang lima belas minit, aku selesai berwirid. Aku bangun duduk disisi Salim. Televisyen dihadapan kami, di onkan. Saluran berita menjadi tatapan utama.

“Bila kau nak terus terang pada Alia? Aku tengok mood dia okey je tu. Tak ada pulak aku nampak dia marahkan kau,” Salim membuka bicara setelah agak lama kami diam dengan asyik menonton televisyen.

“Entahlah. Aku belum berpeluang lagi. Tengoklah aku curi masa yang sesuai nanti.”

“Korang, diorang dah panggil makan,” tiba -tiba suara Izzah mencelah.

“Iyelah. Lim, jom,” Aku menepuk paha Salim. Kami berdua bangun. Aku menutup televisyen dengan remote. Aku tengok Salim laju je berjalan kedapur. ‘Lapar betullah la tu mamat ni.’ Aku bersuara sendirian sambil senyum.

 Dimeja makan, aku boleh nampak ketegangan antara Salim dan Izzah. Hai diorang ni memang tak pilih tempat ke nak perang. Depan rezeki ni. Karang berterabur semua makanan ni, kebulur tak makan.

Tiba masa nak cedok lauk, dah bertembung pulak Salim ngan Izzah nak ambil lauk yang sama. Terjadi perebutan kecil dengan memek muka berkedut-kedut. Alia cuma senyum melihat. Aku jeling lihat senyuman Alia yang terukir. Manis sangat! Sungguh aku rindukan senyuman ni. Dihadapan rezeki aku berdoa dalam hati agar tuan punya senyuman ni menjadi milik aku yang sah.

Tiba tiba aku terasa meja ni bergegar. Rupanya masih tak habis lagi diorang ni. Aku menyiku Salim.

“Dah. Beralah sikit. Kat rumah orang ni,” Aku bisik pada Salim. Dengan tak puas hatinya Salim mengalah. Hurm…. Nasib mamat ni dengar cakap. Kalau tidak aku pulak yang over berangin nanti.

Selesai makan malam, aku dengan salim duduk diluar rumah. Ada pangkin kayu yang masih kukuh walau nampak usang menjadi tempat lepak kami. Angin malam yang sepoi-sepoi menyentuh kulit. Terasa sejuk dan damai. Aku dan Salim berbual. Pelbagai bagai topik yang keluar. Sesekali tersembur ketawa yang berdekah-dekah dari Salim.

“Mak aai Mamat Serabai ni, dapat gelak tak ingat dunia,” tiba tiba suara Izzah masuk dalam gelak tawa kami.

Kami berpaling, aku sengeh tengok muka Izzah dah Alia yang sedang elok berdiri belakang kami dengan dua cawan air dan kuih.

“Ceh Si Murai  ni, asal menyampuk je pasti ada yang menyakitkan hati. Kau tak boleh tutup mulut kau tu walau sekejap ke? Huh!” kata Salim. Menjeling aja dia pada Izzah.

“Suka hati aku lah, mulut aku. Apa kau sibuk? Mamat serabai!” dah ada tingkah cakap Izzah dengan Salim.

“Dah jangan nak mula,” Aku menguit bahu Salim. Minuman yang dibawa Alia diletakkan dihadapan kami. Aku senyum pada Alia bila dia memandang aku. Kemudian dia melangkah pergi.

“Lia!” panggil ku.

Alia berhenti melangkah dan berpaling. Tanpa kata hanya riak wajahnya cukup aku mengerti yang dia menyoal aku kenapa.

Aku bangun mendekati Alia.

“Lia, boleh Am nak cakap dengan Lia?” Aku minta pesetujuannya. Kononnya nak jadi gentle laa…

“Apa dia Am?” Alia menyoal. Wajahnya nampak tenang saja.

“Apa kata kita cakap kata sana?” Aku menunjukkan arah pangkin.

“Iyelah.” Alia akur. Kami  berjalan beriringan ke pangkin. Izzah berjalan terus dan duduk ditangga rumah. Salim yang nampak kami sedang berjalan ke arahnya terus bangun. Dia meninggalkan kami berdua dan berjalan kearah Izzah. Mintak-mintak lah diorang ni tak berperang. Kalau tidak, terbantut date aku dengan Alia. Huh! Rasa date ke ni?  Hehehe..

Aku duduk disebelah Alia, Tapi agak sekaki jarak kami. Tak mau la aku lebih-lebih selagi dia bukan milik aku yang sah. Batas pergaulan telah ditetapkan dalam Islam, kenapa kita perlu langkauinya. Kita akui kesempurnaan Agama Islam, oleh itu ikutlah segala garis panduan yang telah ditetapkan oleh Agama Islam. Bukan susah pun.

“Lia, mula sekali Am nak minta maaf atas apa yang berlaku. Am betul tak suspek akan semua tu. Am…” kata kata aku terhenti. Terasa bagai tersekat dikerongkong untuk aku terus bersuara meluahkan kata-kata yang seterusnya. Suasana sejuk, dah bertukar panas bagi aku. who! Sakan! Nak luah perasaan macam nak pergi berperang. Aduhh… Sakit betul kau Amir….

“Am, Lia dah lupa semua tu. Tak payah la Am nak ungkit lagi. Am ada apa lagi nak cakap?  Kalau dah tak ada Lia nak masuk. Mak sorang je dalam rumah tu,” Alia bangun. Tegas pulak dia bersuara kali ni.

Aku diam tak terkutik. Nak aku tahan saja dia dari terus melangkah pergi. Tapi bagaimana? Tak kan nak pegang tangan dia? Giler! Nak aku panggil dia? Suara aku pun dah tak nak keluar. Macam  la aku baru  mengawadkan satu platun skuadron.

Aku lihat saja Alia hilang disebalik dinding batu rumah. Aku mengeluh. ‘Dia masih terasa hati dengan aku ke? Masih menyimpan rasa sakit dihati ke? Dia cakap dah lupakan perkara tu, maksudnya apa?’ Aku mula menyoal nyoal sendiri.

“Hey bro, macam mana? Positif ke or negatif?” Salim menyoal. Terhenti jawapan yang aku cuba rungkai bagi persoalan aku sendiri.

“Huh! Bagi la salam. Ngah malam ni. Hish!” Aku berdegus. Terkejut dengan sapaan Salim yang tiba tiba. Mahu aku kojol macam tu aja kalau selalu kena tegur macam ni.

“Alah, kau ni Am, macam tu pun nak terkejut. Mengalahkan pompuan kau ni. Hah! Cam mana tadi? Dah dapat ke? Memang dah boleh confirm letak tarikh ke?” fuh! Salim kalau bab gosip kalah Kiah propa.

“Belum.” dengan muram durja aku menjawab.

“Laa… Macam mana pulak boleh belum. Aku tengok tadi dah memang macam ye je….”

“Hurm…. Entah lah. Alia tu lain sikit. Tapi Lim, aku memang betul sayangkan dia.”

“Aku tahu. Kau tak cakap pun, aku tahu. Dah la..aku dah ngantuk ni. Esok kau try lagi. Pakai resepi baik sikit. Kalau kau nak, aku boleh bagi, terbaek punya.”

“Tak payah. Aku bukan lekeh sangat. Skil aku pun tinggi laa. Aku boleh buat sendiri. Aku yaki,.” Aku menggenggam tangan sambil senyum memandang langit.

“Dah laa… Tak payah nak over sangat. Aku ngantuk ni, jom tidur,” tangan aku diheretnya.

“Woi Lim, yang kau heret aku macam bini kau ni kenapa? Huh! Malam malam sejuk gini jangan nak bual hal ye,” tangan  aku sentap kasar.

“Hehehehe…..” tersengeh Salim memandang muka aku.

Akhirnya aku terlena dalam memikirkan hal aku dan Alia.




Aku menggeliat bila alarm dari telefon aku menjerit. Mata aku masih berat untuk dibuka. Tangan aku meraba-raba telefon yang diletakan atas meja yang berhampiran dengan katil.

Alarm yang berbunyi aku tutup. Dengan malas aku membuka mata dan bangun. Kaki aku hulur mencecah lantai rumah. Sekali lagi aku menggeliat. ‘Argh!!’ Aku menjerit perlahan bersama geliat aku.

“Lim, bangun la..dah subuh ni,” Aku goyang goyang badan Salim. Ermm aja dari Salim. Aku malas nak tunggu lama, aku bangun dan kain pelikat yang aku pakai semalam, aku kemaskan.

Tuala, aku capai dari penyangkut lalu aku sebai ke bahu. Terhuyung hayang sambil menguap aku berjalan kearah pintu. Bila pintu dibuka,

“Argh!!”  Aku menjerit terkejut bila terpandang lembaga putih yang lalu dihadapan aku. Kus semangat aku bila aku sedar lembaga tu Izzah yang sudah siap bertelekung.

“Kau Izzah! Kau kemana dengan bertelekung bagai,” Aku menyoal sambil tangan aku sibuk mengurut dada akibat terkejut tadi.

“Aku pergi ambil cincin aku yang tertinggal kat bilik air tadi. Yang kau terkejut sampai gini sekali apehal? Kau ingat rumah ni berhantu ke? Macam tu sekali muka kau.”

“Mahu tak terkejut. Dah la aku nak pergi mandi. Nak solat. Kau dah solat ke belum ni?” Aku menyoal.

“Belum.” jawab Izzah pendek.

“Kalau macam tu, tunggu aku mandi dulu, kita Jemaah sekali.”

“Iyelah. Cepat sikit,” Izzah bersuara setuju.

Aku angguk. Kemudian laju aku menapak ke bilik air. Selesai mandi dan berwudhuk, laju aku ke bilik bila ingat Izzah sedang menunggu. Selesai berpakaian kemas, sekali lagi aku gerak Salim bangun. Salim macam tu jugak. Aku tinggalkan Salim keluar terus ke ruang tamu. Rupanya Alia dan maknya pun ada sedang menunggu aku.

Bila selesai solat subuh, aku membaca al quran bagi mengisi masa yang masih terluang sementara menunggu hari cerah. Aduh… Soleh betul aku. Bukan aku nak menunjuk nunjuk ye korang, aku memang macam ni. Bukan aku nak kata aku ni alim, tapi ini adalah dari asuhan yang aku terima sepanjang aku belajar di sekolah agama berasrama penuh.

Habis tiga juzuk aku baca, aku akhiri dengan doa membaca alquran. Aku bangun lalu berjalan ke bilik. Seluar dari dalam beg aku ambil lalu aku pakai. Aku keluar dari bilik dan berjalan ke pintu utama.

Kasut sandle siapa entah yang ada aku sarut lalu berjalan keluar. Udara segar masuk kerongga hidung aku. Nyaman dan damai sekali.

Aku rasa sungguh tenang. Aku duduk dipangkin.

“Am!” nama aku dipanggil. Aku kalih. Alia berdiri dibelakang aku dengan senyuman manis.

Aku tak menyahut sebaliknya muka Alia aku pandang. Tapi tak lama. Cepat aku alihkan pandangan aku ke arah lain. Takut juga timbul perasaan yang tak baik dalam hati ni.

“Am, sarapan dah siap. Jom masuk makan,” Alia berkata. Aku lihat dia seperti tidak ada apa yang berlaku. Wajahnya tenang seolah olah apa yang berlaku dua hari lepas lenyap begitu saja. Tabah betul hati minah ni.

Habis saja dia cakap macam tu, kakinya terus melangkah pergi. Tapi kali ni aku kuatkan semangat. Tak akan aku biarkan berlalu pergi macam semalam lagi. Aku bangun dan menarik nafas panjang. Dah lama aku kenal dan berkawan dengan Alia, tapi untuk bicara soal hati, aku sungguh jadi tak tentu arah. Aku mohon kekuatan dari Allah.

“Alia!” Aku memulakan langkah.

Langkah Alia terhenti.  Dia berpaling memandang ke arah aku. Aku mendekatinya. Muka Alia, aku pandang sekejap.

“Lia, kita sering keliru siapakah belahan jiwa yang bakal menjadi pasangan hidup kita. Walaupun beribu doa yang kita ungkapkan, dan walaupun beribu sujud yang kita rebahkan, tapi kita masih berteka tek,.” Aku bersuara. Alia diam mendengar.

“Lia, Am sayangkan Lia. Am….” Aku diam. Nafas aku tarik panjang untuk mengambil semangat baru. Alia masih lagi diam.

“Lia, Am cintakan Lia.” fuh! Terluah juga akhirnya. Adeyy… Berat betul perkataan tu nak keluar dari mulut aku. Bila kata yang lahir ikhlas dari hati memang sukar untuk disuarakan. Begini rasanya bila berdepan dengan orang yang amat diperlukan hati kita.

Alia mendongak melihat muka aku. Aku jadi tak keruan. Air liur kutelan tanpa henti.

“Ikhlas?” hanya itu yang keluar dari bibirnya.

“Haaaa?” Aku terlopong. Kemudian laju aku angguk..

“Hurm… Jom la masuk makan. Lama diorang tunggu kita,” kemudian dia berlalu pergi.

Aku tercengang. Langkah Alia aku turuti dari belakang.

Tengahari ni kami makan ikan dan ayam bakar. Seronok betul. Gelagat Izzah dan Salim betul mencuit hati. Sesekali aku mengerling Alia yang keluar masuk rumah. Aku senyum.

“Woi, Am! Kau apehal senyum-senyum?”  telinga aku menangkap suara Salim menegur. Aku kalih perhatian aku padanya dan sengeh.

“Dah parah la kau ni,” dia ketawa lepas cakap macam tu kat aku. Aku sengeh je.

“Salim!! Jaga-jaga!!” Aku menjerit.

Kelekuk!! Kepala Salim terkena kayu yang dibaling oleh Izzah. Terus Salim jatuh. Aku ketawa terbahak-bahak. Bila aku tengok Salim tak bergerak, ketawa aku terhenti. Aku berlari dapatkan Salim. Aku memangku Salim dan ada darah dari kepala Salim yang terkena tangan aku.

“Salim! Salim!” berkali-kali nama Salim aku panggil, tapi Salim tetap membatu. Izzah meluru menghampiri kami. Dia cemas.

“Salim! Salim! Salim!”  Izzah memanggil.  Ada air jernih yang mengalir dipipi Izzah.
“Salim! Maafkan aku. Aku tak sengaja. Kenapa kau tak mengelak. Kau jangan mati, aku sayangkan kau,” terkeluar perkataan tu dari mulut Izzah. Aku rasa dia sendiri tak sedar buat pengakuan tu.

“Haah? Kau sayangkan aku?” tiba-tiba Salim terpekik dan bangun duduk memandang Izzah yang berada dihadapannya. Aku terkejut dengan apa yang terjadi.

Aku tengok muka Izzah. Pucat tak berdarah. Kemudian dia bangun berlari. Aku tengok Salim juga bangun mengejar Izzah. Aku cium darah yang kat tangan aku. Bau sos. Ceh! Salim ni, hurm….. Kemudian aku senyum.

Selesai makan tengahari dan solat zohor kami bersantai di pangkin. Aku tengok Salim dan Izzah dah berbaik. Nampak cute pulak diorang ni. Aku ni entahlah. Perasaan telah aku luahkan sekarang terpulang pada empunya diri untuk membuat keputusan. Aku harap keputusan yang tidak mengecewakan.

“Petang nanti lepas asar kita balik,” Aku bersuara. Salim dan Izzah memandang ke arah aku.

“Balik? Habis tu kau?”  kalut Salim menyoal. Izzah diam saja.

“Aku dah cakap apa yang aku nak  cakap. Sekarang terpulang pada Alia untuk membuat keputusan. Aku tak ada hak untuk memaksa. Biarlah dia menerima aku sebagai mana seikhlas dan setulus kasih yang lahir dari hatinya.”

“Aku doakan kau memiliki apa yang hati kau inginkan,” kata Salim. Aku senyum mendengar kata-katanya.

Kemudian, Alia datang menyertai kami bersama sedulang air dan kuih. Senyuman manis sentiasa kekal dibibir. Aku berdoa dalam hati agar dia fitrahku. Penting diri betul aku , kan? Hurm… Entah betul atau tidak apa yang aku doakan ni.

Kami menghabiskan masa separuh hari dengan gelak dan tawa. Berbagai cerita lucu yang keluar. Senda gurau kami tetap berbatas tanpa melangkauinya.

Dalam riuh gelak tawa, telingaku menangkap bunyi suara azan. Aku menyuruh semua yang ada diam.

“Itu suara azan dari masjid yang ada kat hujung kampung sana,” beritahu Alia bagai tahu apa yang bermain dibenakku.

“Ooo…” Aku angguk. “Dah jom la kita gi solat,” Aku bersuara mengajak mana yang ada dan terus bangun. Seluar yang aku pakai, aku libas-libas.

Salim dan Izzah mengiyakan cakap aku. Izzah mengambil dulang minuman yang dah kosong. Salim dah menonong laju berjalan masuk. Alia senyum aja. Minah ni dari dulu asyik senyum je. Ada masalah pun senyum. Tapi kalau dia menangis maksudnya masalah dia serius.

Selalunya kalau dia ada masalah dengan pakwe dia, selalu dia datang kat aku. Betul, Alia dah ada pakwe. Itupun selepas setahun kami kenal. Dalam setahun tu aku dah ada perasaan kat minah ni. Cinta pandang pertama. Tapi aku hulur sebagai sahabat. Korang jangan anggap dia macam gadis lain. Meh aku citer.

Alia ni baik budaknya. Awal perkenalan, pakwe dia memang nampak baik dan soleh. Tapi agak lama sikit belang makin nampak. Mula nak minta lebih-lebih dengan Alia. Lebih nak pegang tangan dan lain lain sikit laa…

Kita kan orang islam. Beriman dengan agama suci dan diakui kesempurnaannya, Jadi memang tak boleh la. Selalu komplen dating dengan Alia, Alia bawak teman. Jadi terbatas. Akhirnya tembelang pakwe dia pecah bila terserempak dengan Alia, dia bersama perempuan lain dengan aksi baik punya dalam kereta.

Alia datang pada aku dengan menangis. Aku ambil bahagian dalam menyelesaikan masalah Alia dengan pakwe dia. Masalah settle bila pakwe dia cakap dia dianaiya. Kan budak baik Alia ni aku cakap tadi, dia maafkanlah pakwe dia tu.

Aku perhatikan dari jauh. Senyum dalam tangis. Habis macho aku kerana cinta. Untuk alihkan perhatian aku pada Alia, aku berkenalan dengan Syazira. Gadis ikut fesyen dan peredaran masa.  Sosial gila-gila. Aku nekad untuk merubahnya menjadi wanita solehah. Tapi nekad aku luntur bila aku nampak dia berkepit dengan ramai jantan. Bila aku bangkitkan, dia kata aku kuno. Boleh gitu? Seorang  gadis muslim yang dilahirkan islam boleh kata teguran aku yang berasaskan agama Allah ini kuno. Jahiliah betul pemikiran budak tu.

Perhubungan tu putus. Tapi persahabatan aku dengan Alia seperti biasa, tiap kali ada masalah atau apa saja, aku orang pertama yang dia cari. Hinggalah kes dua hari lepas. Kami jumpa sebab Alia ada masalah dengan pakwe dia lagi. Nak minta aku campur tangan lagi. Masa tu la kami kena ambush ngan Syazira. And thanks to Syazira sebab dah rungkai simpulan yang aku sendiri tak mampu nak rungkaikan.

“Ooi Am, kau apehal senyum kat situ? Meh aar masuk solat. Apa imam lambat. Semua makmum dah tunggu ni..” tersentak aku dengar laungan Salim. Termalu pulak aku bila Salim kata aku senyum.

Langkah aku hayun biasa menuju ke arah Salim yang berdiri diruang pintu. Aku senyum pada Salim. Bahu Salim  aku peluk dan kami berjalan beiringan.

Selesai solat asar berjemaah, aku masuk dalam bilik untuk mengemas baju. Salim jugak.

“Am, kau betul nak balik ni?” sekali lagi Salim menyoal. Dia macam tak puas hati dengan keputusan aku. Aku perasan dia memandang tepat kemuka aku.

“Betul la,” Aku menjawab tanpa membalas pandangannya.



“Habis tu,  masalah hidup mati yang kau cakap sebelum ni, dah tak diguna pakai lagi?” Salim mengungkit kata-kata aku padanya.

“Aku yakin pada doa aku, pada ketentuan takdir yang telah ditetapkan pada aku. Pasti yang terbaik telah ditulis dalam buku kehidupan aku. Aku akan menanti. Segalanya telah aku usahakan. Hanya tinggal kesabaran dalam menanti kebahagiaan yang telah direncanakan.”

“Ikut kau lah. Aku harap semuanya baik. Lagipun aku dah dapat sebahagian dari hati aku ni. Kau yang iya-iya nak dapatkan hati kau, alih alih aku yang dapat dulu. Terima kasih ye bro,” kata Salim sambil ketawa kecil.

“Dah jom.” Aku mengajak. Beg aku galas dan berjalan keluar meninggalkan Salim masih dalam bilik. Aku letak beg atas sofa sementara menanti yang lain dan berjalan kepintu utama. Pandangan aku lemparkan jauh. Jauh merentasi segala yang ada dihadapan aku.

“Ooi! termenung jauh kau ya.”  Salim menepuk bahu aku. Aku kalih melihatnya dan senyum.

“Tak termenung laa..saja aku menghayati kehijauan yang terbentang dihadapan mata aku ni. Kau dah siap? Murai kau dah siap?”

“Amboi mulut kau, dah lupa nama aku ke?” suara Izzah menyambut pertanyaan aku pada Salim.

“Hehehe……” Aku sengeh melihat Izzah yang berdiri dekat dengan sofa.

“Semua dah siap nak balik ke?” Mak Alia menegur kami dangan senyum manis terukir dibibirnya.

“Iye makcik. Esok dah mula kerja,” Aku bersuara lembut.

“Iye makcik. Insya Allah jika ada rezeki nanti datang lagi,” Salim kerling pada aku. Aku senyum je. Tahu aja maksud si Salim ni.

“Ok, semua dah siap, kan?  Boleh la kita gerak sekarang,” Aku mendapatkan beg yang tadi aku letak atas sofa. Sempat juga aku menjeling pada Alia yang sedang berdiri disebelah Izzah.

Salim turut mengambil begnya . Aku menyarung kasut yang tersedia diluar dan berjalan kekereta. Bonet belakang aku buka dan masukkan beg. Salim juga. Kemudian dia berjalan semula masuk kedalam rumah untuk mengambil beg Izzah. Aku menunggu dan menghidupkan enjin kereta.

Aku membuang pandangan aku ke jalan yang berturap didepan rumah Alia.

“Am!” terdengar nama aku dipanggil lembut. Sungguh aku amat mengenali suara tu. Aku berpaling dan melihat Alia berdiri tenang dibelakang aku.

“Lia?” dengan hairan aku menyebut namanya.

“Am, Lia dah berfikir sedalam dalamnya. Keputusan Lia bukan berdasarkan kehendak hati Lia semata- mata. Ungkapan doa telah Lia panjatkan, sujud telah Lia rebahkan, mengharapkan petunjuk dari yang Esa. Lia berharap rasa dan gerak hati Lia ni adalah petunjuk dariNYa.”
Aku diam mendengar segala ucapan yang terbit dari bibir Alia.

“Am, jika betul  Am  ikhlas cintakan Lia, bawalah keluarga Am datang berjumpa dengan mak Lia. Apa saja keputusan dari mak, Lia terima dengan pasrah dan redha. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segala yang terbaik untuk kita. Lia harap Am tenang menghadapinya dan menerima apa saja keputusannya.”

“Iye ke ni Lia? Lia tak main main dengan Am?” Aku menyoal. Terasa macam mimpi saja aku ni. Senyum  ku terasa bagai sampai ketelinga. Aku ucap syukur berkali kali dalam hati. Aku berharap ini adalah petunjuk awal yang doaku sedang dimakbulkan.

Kalau diikutkan hati mahu saja aku  angkat kereta yang ada disebelah aku ni. Nasib aku tak sekuat superman. Memang nak aku peluk si Alia ni, tapi iman aku masih kuat. Dia masih belum halal bagi aku lagi. Sabar Am sabar.

“Iye Am. Lia tak main-main. Berdoalah agar semua diberi keberkatan dan kebaikkan.”

“Terima kasih Lia. Insya Allah Am akan maklumkan pada keluarga Am. Semoga Lia adalah belahan jiwa yang telah ditentukan Allah untuk Am. Insya Allah.” Berhati-hati aku menutur kata. Tapi dalam hati aku entah berapa banyak kata syukur yang telah aku ungkapkan.

“Hah! Dah ada kata sepakat ke?” Salim menegur kami tiba-tiba. Izzah yang berada disebelah Salim tersenyum saja. Tak perasan aku bila Salim dengan Izzah boleh ada disini. Mungkin aku tenggelam dalam lautan kegembiraan dan  yang aku sendiri tak sangka.

Aku tiada kata. Cuma senyum yang tadi belum terurai dari bibir aku ni menjadi jawapan untuk persoalan Salim. Aku pasti Salim dapat terjemahkannya. Dia ni bukannya dungu sangat.

                        Setelah mengucapkan kata selamat tinggal kepada Alia dan maknya kami bertolak keluar dari perkarangan rumah Alia.  Sepanjang perjalanan aku senyum aja. Hurm… Bayangkan baru dapat lampu hijau untuk datang bawa keluarga, aku dah sengeh macam ni sekali. Macam mana pulak sengeh aku kalau dah memang ditakdirkan Alia untuk aku?  Tak dapat  nak aku bayangkan.

Beberapa minggu berlalu dari hari aku balik dari kampung Alia, hari ni aku dengan satu battalion ahli keluarga aku, bersiap untuk membuat satu rombongan besar kerumah Alia. Satu rombongan besar tau!

Hari ini bakal menentukan kasih yang ku semai sejak kali pertama bertemu, dimetrai dengan perjanjian satu ikatan yang sah. Aku berdoa agar semuanya berjalan dengan baik dan mendapat keberkatan Ilahi. Insya Allah.

Setelah diakhiri dengan bacaan doa agar perjalan kami lancar, kami semua bertolak menuju kerumah Alia. Salim sahabat aku juga tidak ketinggalan.

Dirumah Alia segalanya berjalan dengan baik. Bacaan doa selamat mengakhiri majlis merisik dan sekali gus dijadikan majlis menyarut cincin. Kini aku dan Alia diikat dengan tali pertunangan. Aku memanjatkan kesyukuran kepada Allah dengan kurniaan ini.

Dua hari selepas diikat sebagai tunangan orang, aku dan Alia diijab kabulkan. Ikatan sah menjadi simpulan bagi kasih yang tersemai dalam diam. Solat sunnat syukur bersama Alia, aku laksanakan sejurus selepas aku dan Alia sah menjadi pasangan suami isteri.

Aku menapak melangkah satu persatu anak tangga menuju kebilikku setelah semua saudara yang datang kemajlis kenduri perkahwinan aku balik. Pintu aku buka, dan melihat Alia sibuk mengemas.

“Lia,” lembut aku panggil.  Alia berpaling dan terus menghampiri aku.

“Abang nak minum ke? Lia buatkan.” belum sempat dia melangkah cepat pergelangan tangannya aku sambar. Langkahnya terhenti.

“Duduk disini dengan abang,” dengan senyum dia menurut.

Aku menggenggam jari jemari Alia dengan penuh kasih. Wajahnya ku tatap dengan penuh sayang bagai meleraikan kerinduan yang bersarang.

“Lia, terima kasih sebab sudi terima abang sebagai suami Lia. Terima kasih kerana sudi terima kasih sayang abang. Terima kasih kerana sudi mengharungi  segala duri, ranjau dan liku hidup  bersama-sama dengan abang. Abang Izinkan Lia tegur  jika ada silap, salah dan tergelincirnya  abang dalam menakhoda bahtera kita ni,” lembut aku bersuara. Setiap inci wajahnya ku tilik.

“Abang, jangan berterima kasih pada Lia. Jodoh kita ni ketentuan Allah. Berdoalah agar jodoh kita ni sentiasa mendapatkan taufik dan hidayahnya,” kata kata Alia membuat aku senyum.

“Insya Allah Lia.” dengan senyum aku mencium jari jemarinya yang dalam genggamanku.

“Abang, Lia minta pada abang, ajarlah, didik dan bimbinglah Lia sepanjang Lia dibawah payung kasih abang pada jalan yang diredhai Allah dengan berpandukan Al-quran dah hadis. Lia berjanji pada abang akan patuh dan turut pada setiap kata abang selagi tidak jauh tersasar dan bercanggah dari ajaran agama Islam. Lia berjanji akan menjadi isteri dan anak yang solehah, serta ibu yang mithali pada anak anak abang. Marahlah Lia, jika ada keterlanjuran dari segi perbuatan dan perkataan Lia yang membuatkan maruah abang dipandang tidak baik dan diperkatakan dengan kata yang buruk. Lia terima abang,” luahan dari kata kata Lia membuat aku terharu.

Aku memegang kedua-dua bahunya dan dahinya aku kucup penuh rasa cinta. Hari ini bermulalah lembaran baru dalam hidup aku. Dengan redha dan keberkatan Allah ku mohon untuk menakhodai bahtera ini dengan panduan yang telah digariskan dalam agama Allah.
Aku berharap kebahagiaan ini berkekalan.


                                                                                                                                    Tamat

0 comments:

Post a Comment

Blues tetap dihati © 2008 Template by:
SkinCorner