Sayang........
Memandangmu setiap hari anugerah bagiku,
Namun sehari tak bertemu, resah merajai hatiku,
Getaran rindu semakin kuat mengegar tempat tersematnya
namamu,
Telah memaksaku mencoretkan rasa yang menghantui dikalbu,
Kekalutan jiwaku meronta untuk bertemu,
Mahu menyampaikan rasa yang telah menular dalam hatiku,
Lembutkah lidahku menyusun bicara yang tersurat dihatiku?
Termanggu untukku membuat keputusan yang sukar itu,
Resah benar mahu menutur apa yang kurasakan setiap kali
bertemu,
Namun segala keresahan dan desakkan rindu,
Membuatkan ku merapu,
Setiap baris kataku hanya tertumpu padamu,
Lalau ku mencari punca kembali kepangkal normalku,
Cepat ku berwudu’ sujud kepadaNYA minta petunjuk hala
tuju,
Moga kerinduanku padamu terubat dalam doaku.
0 comments:
Post a Comment