Sambil
menyanyi-nyanyi kecil Azlan Hakim menunggang motorsikalnya menyusuri jalan raya
yang sibuk. Bibirnya tak lekang dengan senyum. Dia baru saja diterima bekerja disebuah syarikat menjual kereta
mewah. Tak sabar betul dia nak berkongsi berita gembira ni dengan insan yang
amat dikasihinya, Mizz Nurul .
Akhirnya
dia sampai tempat yang dituju. Dilihatnya Mizz Nurul sedang menunggunya disebuah
gerai dengan muka cemberut. Walau cemberut macam mana pun muka Mizz Nurul,
tetap mengundang senyum dibibir Azlan Hakim.
Dia
terus parkir motornya. Helmet yang dipakai dibuka cepat. Tangannya laju
mengemaskan rambut yang kusut akibat topi keledar yang dipakai. Dengan senyum
yang tak putus dari bibir, dia menghampiri Mizz Nurul.
“Dah
lama Mizz sampai? Maaf la jem tadi,” tegur Azlan Hakim siap dengan alasan lagi.
Naik motor boleh terperangkap dalam jem. Nampak sangat temberangnya. Dia duduk
dihadapan Mizz Nurul.
“Mizz
dah nak balik tau. Kalau lagi dua minit Lan lambat, memang Mizz balik,” memuncung
Mizz Nurul saat kata-kata tu dilontarkan. Jelingan maut plus manja dihadiahkan.
Azlan
Hakim senyum saja dihadapan Mizz Nurul.
“Ish
Mizz ni, Lan lambat sikit je. Tunggu la kejap. Walau bertongkat pun, Lan tetap
akan datang. Jangan kata bertongkat, jika Lan hanya mampu merangkak pun, dengan
daya merangkak Lan akan penuhi janji Lan untuk jumpa dengan Mizz,” sengeh aja
dia disaat kata-kata tu diungkapkan. Maniskan mulut mamat ni?
“Iye
la tu. Dah macam melampau sangat bunyinya. Berpada dah la nak ambil hati orang
pun. Nampak sangat melebihnya,” menjeling aja Mizz Nurul.
Azlan
Hakim sengeh aja bila Mizz Nurul cakap macam tu. Dia dah lali sangat dengan
sikap Mizz Nurul. Marah Mizz Nurul disejukkan dengan kata guraunya yang tiada
batas.
“Hehehe…
Dah la tu. Senyum sikit yeh. Air ni pun rasa macam masam aje bila tengok Mizz
muncung gini. Biar la manis senyuman Mizz tu memaniskan air ni. Tak la Lan nak
kena kencing manis,” air minuman Mizz Nurul disedutnya.
“Mizz
tak ada mood nak senyum,”
“Kenapa
ni sayang? Aiseh. Tak kan pasal Lan lambat pun Mizz dah nak muram plus masam macam
ni. Kalau macam tu Lan minta maaf ye,” dia sengeh. Muka Mizz Nurul
dipandangnya.
“Tak
payah nak plus banyak sangat la. Pasal lambat pun satu hal. Tapi ada hal lain lagi
ni yang buat Mizz hilang mood,” perlahan Mizz Nurul bersuara. Muka Azlan Hakim tidak
dipandangnya. Dia tunduk.
“Pasal
apa?” Azlan Hakim menyoal hairan. Dahinya berkerut.
“Dia
tak selesa Mizz selalu jumpa dengan Lan, cakap dengan Lan,” luah Mizz Nurul. Wajahnya
betul-betul muram dan suram.
“Ooo…
Itu ke. Kalau macam tu, Mizz ikut aje cakap dia. Kita kadang-kadang jumpa dan
jarang-jarang sembang. Tak susah, kan?” selamba saja dia bersuara. Macam tak ada
perasaan aja mamat ni.
“Lan
nak macam tu?” dia mendongak. Muka Azlan Hakim dipandang serius.
“Bukan
Lan yang nak macam tu, tapi dia yang nak macam tu. Lagipun dia kan bakal tunang
Mizz dan bakal jadi suami Mizz. Tak salah Mizz belajar ikut kehendak dia dari
sekarang, kan?”
“Tapi
Mizz…….” kata-kata Mizz Nurul terhenti.
“Dah
la. Ni nak makan ke tidak ni?” dengan senyum Azlan Hakim menyoal. Dia langsung
lupa untuk beritahu Mizz Nurul perihal dirinya.
“Tak
nak la. Tak ada selera,” Pandangannya dilontar jauh melewati Azlan hakim dihadapannya.
“Sayang
Lan ni kan, kalau ada masalah, mula la tak nak makan. Nak mogok. Lepas tu sakit. Macam mana Lan nak
tinggalkan Mizz ni? Masalah kecik pun dia layan masalah tu macam besar sangat. Risau
Lan dengan Mizz, tau,” hidung Mizz Nurul dicuitnya.
“Lan
nak pergi mana?” laju saja Mizz Nurul menyoal. Muka Azlan Hakim ditenung.
“Esok
Lan ikut Persatuan Belia pergi tracking. Tiga hari. Mizz jaga diri ye,” beritahunya.
Bibirnya tak habis dia dengan senyum.
“Lamanya,”
Mizz Nurul dah tarik muncung balik.
“Tiga
hari je sayang. Bukan lama pun,” air minuman Mizz Nurul disedut habis.
“Iyelah.
Nanti dia tak ingat kita la tu bila dah pergi sana,”
“Hurm….
Mizz Nurul tembam Lan ni, dengar baik-baik ye, Lan nak cakap. Mizz tu buah hati
Lan, pengarang Jantung Lan dan orang yang paling bermakna dalam hidup Lan. Jadi
memang tak logik la Lan nak lupakan Mizz,” pujuk Azlan Hakim. Itulah Azlan
Hakim. Memang tiada kias langsung dia kalau bercakap dengan Mizz Nurul.
“Hurm…
Lan ni kalau cakap, memang cukup semua rencah ye. Entah dah berapa ramai awek yang tersungkur dengan kata-kata
manis Lan ni, haa?”
“Dah
ramai dah Mizz. Yang terbaru ni, Mizz la. Hahahah…” kata-katanya disusuli gelak
tawa.
“Lan
ni, kalau tak usik Mizz, memang tak sempurna kan hari dia! Tak nak kawan dengan
Lan kalau macam ni.”
“Hahahaha…”
dia ketawa tengok Mizz Nurul tarik muncung. Seronok dia dapat usik Mizz Nurul.
“Jangan
ketawa macam tu boleh tak? Nak Mizz campak Lan masuk lombong? Ke masuk kandang
harimau?” dengan geram Mizz Nurul bersuara. Sakit hatinya bila Azlan Hakim ketawa
macam tu.
“Okey.
Okey. Maaf. Lan tak sengaja,” Azlan Hakim angkat kedua tangannya. Bibirnya
masih ada sisa ketawa.
“Dah
laa…. Jom balik!” tegas saja bunyi suara Mizz Nurul. Dia bangun.
“Dah
nak balik? Belum lagi terubat rindu dihati ni, dia dah ajak balik. Hurm… Baik
la my Sweety,” dia turut bangun. Bibirnya memang tak lekang dengan senyum.
Dalam
tiga hari ni Mizz Nurul dilanda resah. Hatinya betul tak keruan. Jiwanya terasa
kosong. Panggilan dan sms dari bakal tunangnya pun tak dapat mengisi
kekosongsan tu dan meleraikan kekusutan yang sedang melanda hatinya.
‘Sepatutnya
mamat sengal ni dah balik hari ni. Tapi kenapa masih sepi telefon dari mesej dan panggilan dia?’ Mizz Nurul bersuara
sendiri. Dia pandang telefon yang ada atas katil.
Kemudian
telefon tu dicapai. Dia tengok kalau-kalau ada sms atau panggilan masuk dari
Azlan Hakim. Dia mengeluh. Macam telefon tu tak berbunyi kalau ada sms atau
panggilan yang masuk. Saja nak buat suspen menunggu.
“Mizz,
kalau resah atau runsing, berzikirlah.” dia teringat pada kata-kata yang Azlan
Hakim ungkapkan padanya. Dia senyum. Nafas panjang ditarik lalu dilepaskan
perlahan-lahan. Dia baring atas katilnya lalu berzikir.
Tiba-tiba
telefonnya berbunyi. Cepat dan sepantas kilat telefon yang berada disisi
bantalnya diambil
“Assalamualaikum
Lan!” dengan penuh excitednya Mizz Nurul jawab panggilan tu. Tapi kemudian,
mukanya berubah. Panggilan tu bukan dari Azlan Hakim sebenarnya, tapi dari
bakal tunangnya Hafiz Haiqal.
Tepuk
dahi dia. Macam mana dia boleh tak tengok dulu nama yang timbul diskrin sebelum
jawab. Dia mengeluh dalam hati. Takut
juga dia kalau bakal tunangnya tu terasa. Harap-harap tak. Dia bersuara dalam
hati.
Sedaya
upaya dia cuba membawa perbualan ni pergi jauh dari bayangan Azlan Hakim. Tapi
bagaimana? Semakin dia cuba untuk menghalau semakin dekat bayangan tu
menghampiri.
Dia
mengasihi lelaki yang sedang bercakap dengannya sekarang. Tapi dalam masa yang
sama, hatinya jugak memerlukan lelaki bernama Azlan Hakim. Rindu dia dengan
usikan dan gurauan lelaki tu.
“Hello?
Are you still there?” Hafiz haiqal bersuara dihujung talian. Hairan dia tetiba
saja bakal tunangnya ni boleh diam macam tu saja. Dia mengeluh.
“Hellooooo…”
panjang saja dari Hafiz haiqal. Dia diam menunggu.
“Hellooo,”
lagi dia bersuara dihujung talian.
“Ye…
Haiqal. Maafkan saya. Saya terlelap tadi,” kalut Mizz Nurul menyambut panggilan
Hafiz Haiqal. Dok fikir pasal Azlan Hakim, terlena alasan dia. Logik ke alasan
tu di guna pakai siang hari begini? Hurmm…
“Tak
apalah. Awak tidurlah dulu. Lain kali kita cakap lagi,” lembut Hafiz Haiqal
bertutur kata dihujung talian. Talian dimatikan.
Mizz
Nurul termanggu. “Dia terasa ke?” Mizz Nurul bersoal sendiri. Kemudian dia
mengeluh.
Nafasnya
dihela panjang. Dia bangun lalu berjalan keluar dari biliknya. Baru saja dia
melewati pintu biliknya, sekali lagi telefonnya berdering. Dia berjalan masuk.
Perlahan telefon dicapai. Kali ni matanya terus tertumpu pada skrin. Dia tak
mau ulangi kesilapan tadi.
Bila
saja matanya terancap pada tanpa sedar bibirnya mengukir senyum. Hatinya mula
berbunga keriangan. Segala resah dan gelisah yang menghuni hatinya tadi gugur
bagai daun kering. Cepat dia menyambut panggilan tu. Tapi dia diam pulak. Bagai
protes tanda merajuk.
“Hello
Mizz,” telinga menangkap gema suara Azlan Hakim ditalian. Namun dia masih diam.
Merajuk kononnya.
“Hello
cik manis tembam Lan ni,” Dia bersuara sambil disusuli ketawa kecil.
“Tak
nak cakap dengan Lan. Mizz nak merajuk dengan Lan,” dia buat muka muncung.
Macam la Si Azlan Hakim tu nampak.
“Ye
ke nak merajuk dengan Lan. Tapi kenapa?” soal Lan buat-buat bingung. Dia tahu
kenapa Mizz Nurul bersikap macam tu.
“Tak
payah nak buat tak tahu sangat la. Dah lama balik dari tracking pun, bukan nak
terus telefon Mizz. Saja nak buat Mizz
tertunggu-tunggu. Dah tak mau cakap dengan Mizz ke?”
“Ooo…
Pasal itu ke? Maafkan Lan. Lain kali Mizz jadi keutamaan Lan ye. Hehehe….” dia
ketawa kecil.
“Ketawakan
Mizz ye. Lagi tak nak kawan,” nada merajuk
terlontar dari suara Mizz.
“Okey,
okey. Jari disusun, kata maaf dirayu. Wahai cik manis tembam kesayangan Lan,
maafkan hamba yang naïf ni kerana terlanjur buat hatimu diganggu resah menunggu
panggilanku. Hehehehe…”
“Main-main
dengan Mizz!”
“Tak
la… Betul-betul ni Lan minta maaf. Maaf yeh?” bersungguh betul Azlan Hakim memohon maaf.
“Ye
la, ye la. Buat lagi, Mizz betul-betul tak nak kawan dengan Lan,” dah dapat
amaran Azlan Hakim.
“Iyelah.
Sekali lagi Lan minta maaf yeh. Mizz, Lan kena letak dulu. Lan ada nak pergi
jumpa orang. Kata orang tu penting untuk dia jumpa Lan. Nanti Lan balik, Lan
telefon Mizz lagi yeh. Harap panggilan ni dapat meleraikan rindu Mizz pada Lan.
Hehehe…”
“Mana
ada Mizz rindu Lan laa…..”
“Iye.
Lan taulah Mizz tak rindu Lan. Kan hati tu dah dicuri mamat Hafiz Haiqal. Mana
nak ada lagi rindu untuk Lan ni walau secebis,” bagai berjauh hati pulak Azlan
Hakim bersuara.
“Jangan
la Lan cakap macam tu. Sedih hati Mizz,” sayu pulak suara Mizz Nurul bila dia
dengar Azlan Hakim cakap macam tu.
“Hahahaha….Tadak
lah macam tu. Lan gurau je. Lan tak kisah la dengan rindu Mizz tu. Ramai lagi
yang masih nak rindu Lan ni,” dengan tawa dia bersuara. Cepat dia menukar warna
situasi. Dia tak nak Mizz sedih. Jika ketawanya mampu buat Mizz Nurul senyum
dan gembira, itulah yang akan dia hadirkan. Kegembiraan Cik Tembam tu amat
menjadi keutamaanya.
“Gelak
macam tu! Teringin sangat ke Mizz campak masuk lombong belakang rumah nenek
Mizz?”
“Maaf-maaf.
Lan tak sengaja. Lan letak dulu ye. Assalamualaikum,” talian dimatikan.
Mizz
senyum aja sebaik talian diputuskan. Wajahnya cukup berseri bila senyum manis
yang terukir. Langkah yang penuh semangat dia berjalan keluar dari bilik.
Azlan
Hakim yang berdiri diberanda rumahnya, mengeluh. Mukanya diraup perlahan.
‘Kenapa Hafiz nak jumpa aku? Pasal aku dengan Mizz ke? Harap-harap tak,’ dia
bermonolog sendiri.
Jam
ditangan dilihat. Kemudian dia masuk dapatkan kunci motor dan jaket. Dengan
penuh debar dia melangkah menghampiri motorsikalnya. Hatinya banyak bersuara
itu dan ini. Tak keruan juga dia bila Hafiz Haiqal minta untuk berjumpa.
Azlan
Hakim menunggang dengan tenang walau hatinya bergolak dengan macam-macam
perasaan. Banyak persoalan yang bermain dibenaknya. Risau jika pasal Mizz Nurul
dipersoalkan. Takut dia hilang kawalan jika pasal Mizz Nurul diungkit.
Akhirnya
dia pun sampai. Penuh debar dia melangkah setelah motor di parkir. Dia berjalan
menuju tempat yang dijanjikan. Matanya melilau melihat sana sini mencari
kelibat Hafiz Haiqal. ‘Ramai betul orang yang datang kat taman ni untuk
beriadah,’ Sungutnya dalam hati. Dia terus melangkah.
Kelibat
Hafiz Haiqal masih belum dijamah matanya. ‘Mana pulak mamat ni? Tak sampai lagi
ke?’ Bersungut dia dalam hati sambil matanya meliar melihat. Dia mengeluh.
Kakinya terus melangkah. Senyuman dileretkan pada yang berselisih dengannya.
Sesekali ada sapaan ramah dari Azlan Hakim pada yang lebih tua darinya. Ada
gurauan spontan untuk kanak2 yang melihat padanya.
Dia
berhenti berjalan. Telefon dari dalam poket seluar dikeluarkan. Skrin
dipandang. Nombor Hafiz Haiqal didailnya. Belum sempat masuk mood dering,
terasa bahunya disentuh seseorang. Terus dia berpaling. Mereka bertentang mata.
“Dah
lama ke kau sampai? Maaf la, aku terperangkap dalam jem. Entah kenapa hari ni
ramai pulak yang keluar,” Hafiz Haiqal bersuara sebaik saja mereka duduk
dikerusi semen yang disediakan oleh Majlis Perbandaran.
“Aku
baru je sampai. Saja jalan-jalan dulu kat sini. Sambil-sambil tu aku cari-cari
jugak kau kalau-kalau kau dah sampai. Hehehehe…” beritahu Azlan Hakim. Sengeh.
“Sekali
lagi aku minta maaf pada kau,” kata maaf lagi sekali diungkap Hafiz Haiqal.
“Hehehe….
Tak apalah. Aku okey je. Memang biasa la kalau dengan kereta tu. Dah faham
sangat. Hurm… Kau apahal nak jumpa aku? Dari cara kau cakap kat telefon tadi
macam serius je. Suspen pulak aku rasa,” dengan sengeh tak pernah habis dia
bersuara.
“Hurm….
Maafkan aku ye sebab buat kau rasa macam tu. Aku rasa kau pun dah dapat agak
tujuan aku nak jumpa dengan kau,” kata Hafiz Haiqal berkias. Kias ke macam tu?
entahlah. Penulis pulak yang jungkit bahu.
“Apa
maksud kau?” Azlan Hakim ingin kepastian walau hati kuat berfirasat ini semua
ada kaitan dengan Mizz Nurul.
“Azlan,
aku tau kau dengan Nurul dah lama kenal. Dah macam-macam yang korang kongsi dan
lalui bersama. Dalam benak aku ni bertingkat-tingkat dengan rasa pelik. Mustahil
dalam keakraban korang ni tiada rasa yang menjentik dihati masing-masing,”
Hafiz Haiqal mula berbicara.
“Hehehe…
Fiz, kau jangan salah faham dalam hubungan kita orang. Rapat aku dengan Mizz,
hanya sebagai sahabat. Aku akui aku sayangkan dia, ada kasih yang tersemat
dalam hati aku ni untuk dia. Tapi kau jangan bersangka dulu. Semua yang ada
dalam hati aku ni untuk Mizz hanya aku luahkan sebagai perasaan seorang kawan.
Tak lebih dari tu. Aku tak nak hadirkan lebih dari tu. Aku tak nak musnahkan
seri diwajahnya dengan masam cemburu. Aku tak nak kusutkan hatinya dengan
kenakalan aku yang tak terbatas. Penting bagi aku untuk lihat dia senyum dan
gembira. Dan kegembiraan tu adalah kau,” yakin sekali Azlan Hakim bersuara.
Harap Hafiz Haiqal puas hati.
“Aku
keliru Lan. Aku nampak dia lebih gembira dengan kau. Hemat aku dia mungkin
menaruh perasaan tanpa sedar pada kau. Aku boleh nampak seri dimatanya bila
nama kau meniti dibibir dia. Tidak aku nafi ada perasaan cemburu yang hadir,”
Hafiz Haiqal berterus terang.
“Kau
ni Fiz, berilah dia masa untuk sesuaikan diri dia dengan kau. Kau jangan la
push dia sangat. Aku percaya peluang dan ruang yang kau berikan pada dia tu,
pasti berbaloi untuk kau. Jangan la kau asaskan mahligai yang bakal kau bina
dengan dia dengan rasa cemburu. Sebab sifat cemburu tu rapuh dan ampuh. Mulakan
dengan asas saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Kau akan dapat
kesetian dari orang yang kau kasihi tanpa berbelah bagi,” Amboi pandai betul Azlan
Hakim ni bercakap. Macam berpengalaman saja dia.
Kata-kata
dari Azlan Hakim buat Hafiz Haiqal termanggu. Hatinya mula berdetik menyesal. Ada
betul kata-kata Azlan hakim tu. Memang tak tersangkal oleh daya fikirnya. Kala
ni wajah Mizz Nurul muncul. Senyum, gelak tawa, betah Mizz bersuara, bermain
dimindanya.
“Azlan,
maafkan aku. Kata-kata kau membuka mata dan minda aku. Kau tahu kan, aku
sayangkan dia. Kerana sayang, kerana kasih itulah yang terbitnya rasa cemburu
bila perhatian lebih kepada orang lain,” Hafiz Haikal tunduk sewaktu kata-kata
tu terbit dari bibirnya.
“Hehehehe…
Fiz, aku hormat hubungan kau dengan dia. Beginilah, demi bahagia dan
keselesaaan kau dengan dia, aku akan jauhkan diri aku dari Mizz. Tapi aku nak kau lebihkan banyak masa dengan dia.
Jangan beri ruang waktu mencelah diantara korang. Jangan biarkan dia tertunggu.
Jangan biarkan dia jemu dengan aliran masa yang berlalu. Sentiasa buat dia
senyum dengan kau. Sekali lagi aku cakap dengan kau, penting bagi aku untuk
lihat dia bahagia."
“Okey
bro, aku janji dengan kau. Aku aku berikan segalanya yang termampu untuk dia.
Tapi sebelum tu maafkan aku jika dalam usaha ni akan kelonggaran yang tak mampu
untuk aku kemaskan. Tapi aku berjanji, perlahan-lahan aku perbaiki kelonggaran
tu,” tulus Hafiz Haiqal bersuara.
“Fiz,
sebetulnya aku tak suka berjanji dan tak suka orang ikat kata-kata dengan
janji. Kerana sifat manusia yang tak sempurna mudah mungkir dengan lafaz janji.
Jadi maafkan aku. Aku tak boleh pegang pada kata janji kau. Aku berpegang pada
tindakan semasa kau. Harap kau tak ambil hati dengan pendirian aku,” dengan
senyum dia bersuara.
“Okey,
aku faham. Sekali lagi terima kasih dari aku,”
“Okeylah
Fiz, aku minta diri dulu. Aku ada game futsal dengan budak-budak belia. Aku
harap kau dah dapat jawapan bagi segala kesangsian dalam hati kau kau tu. Tapi
kau kena percaya satu perkara. Jodoh tu ditangan Allah. Sedalam mana pun kasih.
Selimpah mana pun sayang, setebal mana pun rindu yang hadir, walau sekuat mana
pun kita pertahankan suatu hubungan tu, jika ia bukan milik kita, tetap bukan
milik kita. Jadi berdoalah yang dia adalah jodoh yang ditentukan pada kau. Jangan
biarkan rasa cemburu yang menakhodai bahtera kau dengan dia,” dia bangun.
Tangan dihulur salam disambut.
Seminggu
selepas dia berjumpa dengan Hafiz Haiqal, majlis pertunangan Mizz berlangsung.
Dan sehari sebelum majlis nikah, Mizz Nurul minta kebenaran Hafiz Haiqal untuk
bertemu dengan Azlan Hakim. Hatinya runsing kerana dah lama Azlan Hakim tak
dapat dihubungi. Tak keruan jadinya. Hampir saja dia mahu membatalkan majlis tu
jika Azlan Hakim tak datang menemuinya.
Ada kegusaran bermain dibenaknya.
Memang
tak boleh nak elak lagi. Azlan Hakim akur untuk bertemu. Seperti selalu wajah
ceria dan berseri terpamer diwajahnya. Pandangannya dilempar pada Hafiz Haiqal
yang bersandar disisi kereta sambil tangan diangkat tanda sapaan dari
jauh.
“Lan
kemana? Kenapa lama tak hubungi Mizz? Lan macam nak jauh diri dari Mizz. Mizz
ada buat salah pada Lan?” bertalu soalan yang terbit dari Mizz Nurul bila saja
Azlan Hakim menghampirinya.
“Sebab
Lan nak uji rindu Mizz pada Lan,” dengan nada gurau dia bersuara. Seperti
selalu senyum pasti ada untuk gadis ni.
“Lan,
sudah la dengan gurau tu. Cuba cakap betul-betul dengan Mizz, kenapa Lan lama
tak hubungi Mizz. Merata Mizz cari Lan. Mizz tanya kawan-kawan Lan. Tapi semua
tak tau mana Lan pergi. Lan jauh dari Mizz sebab Mizz nak kawen ke?” terlontar
juga soalan tu dari Mizz Nurul. Wajahnya berubah.
“Ish,
tak la Mizz. Lan Sibuk dengan kerja. Sibuk dengan aktiviti belia. Sebab tu Lan
jarang hubungi Mizz. Kadang-kadang balik Lan ditengah malam. Kadang-kadang Lan pergi
luar kawasan. Sebab itulah Mizz. Lan bukan nak jauh dari Mizz,” bersimpang betul kata-katanya kali ni. Senyum
dipaksa terbit. Hatinya terusik dengan perubahan wajah Mizz Nurul.
“Lan,
Mizz sayangkan persahabatan ni. Mizz tak nak persahabatan ni runtuh akibat dari
perkahwinan Mizz,” Ada butiran jernih gugur dari kelopak mata Mizz Nurul.
Hatinya
mula menjerit bila melihat titisan tu gugur satu persatu dari kelopak mata Mizz.
Apa yang perlu dia lakukan? Kasih yang menghuni hatinya makin terasa bahangnya
bila dia mula berjauhan dari Mizz Nurul.
Sebulan berjauhan dia
mula sedar hakikat yang wujud disebalik tali persahabatan yang penuh dengan
usik dan senda gurau. Tapi apakan daya, insan yang berdiri dihadapannya ini,
bukan untuk dirinya. ‘Mizz cubalah faham. Kau bukan milikku.’ Hatinya berbisik.
Mahu saja dia ringankan tangan tu untuk mengesat butiran jernih yang gugur.
Tapi apa kan daya…
“Mizz.
Apa nangis ni? Lan akan sentiasa ada dekat dengan Mizz. Macam mana Lan nak jauh
dari Mizz, sedangkan Mizz ni bukannya reti jaga makan. Lepas tu kalau mogok, semua benda
dah tak mau buat. Sampai makan pun tak nak. Jadi Lan kena selalu ada untuk jaga semua ni dan untuk pastikan Mizz
sentiasa sihat, senyum dan ketawa, kan?”
“Lan
cakap aje macam tu. Nanti hilang lagi,” Mizz Nurul tarik muncung.
“Hehehe…
Nah, ambik sapu tangan ni. Lap airmata tu. Mizz, dengar satu hal ni dari Lan.
Esok adalah hari nikah Mizz dimana Mizz akan berkongsi hidup dia dia tu,”
muncung mulutnya tunjuk arah Hafiz Haiqal. Mizz berpaling. Dia lihat Hafiz
Haiqal setia menunggunya.
“Mizz,
jagalah dia sebaik-baiknya. Dia bukan lelaki sembarangan. Cinta yang dia hulur
pada Mizz penuh dengan kasih, sarat dengan sayang. Jadilah isteri solehah untuk
dia. Jangan abaikan cintanya. Setialah pada dia selama mana tindakannya tak
melangkaui hukum agama. Patuhilah arahannya selama mana tak tersasar dari
Alquran dan Hadis. Dia adalah syurga bagi Mizz. Sayangilah dan kasihilah dia
dengan sepenuh hati Mizz ye. Itulah kunci kebahagiaan,” Azlan Hakim bersuara.
Ikhlas bunyinya. Namun hatinya bergelora. Ada sebak yang menghuni jiwanya.
Nafasnya yang teratur kini mula pincang.
“Lan…….”
“Mizz,
dah laa….. Dah lama dia tunggu tu,” Laju dia mencantas. Dia berpaling saat dia
terasa ada titisan jernih melimpahi kelopak matanya. Cepat dikesatnya.
“Lan…”
Panggil Mizz lembut.
Bergetar
hatinya saat panggilan tu menyentuh gegendang telinganya. Bibirnya kelu untuk
menyahut. Suaranya tersekat dalam menahan sebak. Nafasnya disedut
sedalam-dalamnya bagi mencari kekuatan disebalik sendu yang hadir. Dengan
terpaksa dia melebarkan bibirnya untuk senyum. Perlahan-lahan dia berpaling
memandang Mizz Nurul. Wajah tembam comel yang menghuni hatinya dalam diam
ditatap.
“Lan,
sebelum Mizz menjadi hak milik mutlak orang lain, Mizz nak Lan tahu yang Mizz
menyayangi Lan lebih dari seorang kawan. Ada kasih yang hadir untuk Lan. Mizz
tunggu Lan. Tapi Lan langsung tak cuba untuk memahaminya. Mizz akur dengan
keputusan Lan untuk kekalkan hubungan sebagai hubungan persahabatan walau tiada
kata putus dari Lan. Mizz terima walaupun pahit,” kali ni airmata yang mangalir
dari tubir mata Mizz Nurul bagai empangan pecah.
Azlan
Hakim hanya mampu melihat. Sebak yang memenuhi ruang dadanya ditelan dengan
payah. Tak mampu dia untuk ungkapkan apa-apa pun disaat ni. Kasihnya yang hadir
untuk Cik tembamnya, tak mampu dia uraikan.
Azlan
Hakimi menghela nafas panjang. “Mizz, maafkan Lan. Lan tak boleh lanjutkan
hubungan ni sejauh tu. Tapi kasih dan sayang Lan, sentiasa ada untuk Mizz.
Sudah lah pergi balik. Esok dah nak akad nikah. Lan akan hubungi Mizz nanti.
Jangan la bimbang. Lan tak akan biarkan hubungan persahabatan ni putus. Percaya
dengan Lan ye. Pesan Lan, bila sedih atau apa-apa ingat sengeh comel Lan ni.
Dan jangan lupa selalu berzikir ye,” sengeh dia depan Mizz Nurul. Hadir sengeh
tu buatkan Mizz Nurul ketawa.
Azlan
Hakim menghantar Mizz Nurul hingga ke kereta. Senyum dihadiahkan dan disusuli
sapaan ucapan tahniah untuk acara yang berlangsung esok untuk Hafiz Haiqal.
“Kau
jaga dia elok-elok tau. Kalau aku tau kau buat dia menangis dari sikap kau yang
abaikan dia, aku debik kau sampai kau melawat ICU. Kau dapat tu? Take note ye
bro… Hehehehe….” dalam nada gurau dia bersuara.
“Iye….
Aku tahu. Aku akan berikan kebahagiaan sampai dia lupa macam mana nak menangis.”
“Aku
serahkan dia pada kau. Jagalah hati dia dengan nyawa kau sendiri,” tu dia pesananan Azlan Hakim. Macam la Hafiz Haiqal
nak bawa Mizz Nurul pergi medan perang. Macam tu pulak pesanan dia.
“Okey
Lan. Aku jaga dia betul-betul. Aku anggap dia amanah kau pada aku. Aku gerak
dulu la weh. Banyak kerja nak kena buat lagi tu. Kau jangan tak datang pulak
esok,” pesan Hafiz Haiqal. Tangan dihulur.
“Iyelah.
Kau jangan bimbang. Aku pasti datang punya. Hati-hati drive,” huluran tangan
Hafiz Haiqal disambut.
Dengan
senyum dia iringi Hafiz Haikal masuk dalam kereta. Wajah Mizz Nurul yang duduk disit hadapan kereta dipandang dengan senyum
pahit. Ada rasa pedih dan ngilu dihatinya tatkala dia melihat Mizz Nurul kesat
airmata dengan saputangan yang diberinya tadi. Dengan berat, lambaian tangannya
mengiringai Mizz Nurul dan Hafiz Haiqal berlalu pergi. Tanpa dia sedar, ada mutiara
jenih gugur lagi dari tubir matanya. ‘Bukan milikku.’ Itu yang terbisik
dihatinya.
Tamat……
1 comments:
huhu..sediyynya but cinta x semestinya mmiliki kan..
best cerpen nim :))
Post a Comment