Friday, June 20, 2014

Korban Kasih



Kringgggg!!!! Deringan dari jam loceng Arman memenuhi ruang bilik tidurnya. Dia mengeliat malas. Berkerut dahi bila matanya cuba dibuka. Ada rasa denyutan yang memberat di kepalanya. Nak bernafas pun sudah mula sukar akibat hidungnya yang tersumbat.. Mungkin kesan dari terkena hujan semalam.

Perlahan-lahan dia bangun dan duduk dibirai katil. Satu keluhan dilepaskan. Telefon yang ada di atas meja tepi katil dicapai. Dilihatnya kalau-kalau ada panggilan atau pesanan ringkas yang masuk. Matanya tertancap sebentar diskrin telefon. Sekali lagi keluhan dilepaskan.

Kemudian diletakkan telefon atas bantal. Dia bangun lalu mengatur langkah menuju kebilik air.  Tuala yang tersangkut dipenyidai dekat pintu masuk bilik airnya dicapai. Beberapa kali dia terbersin dalam bilik air. Paip air pancuran dipulas. Sejuk air pagi menyimbah badannya yang tegap.

Sebaik keluar dari bilik air, sekali lagi dia melihat pada jam yang ada di atas meja. Langkah diatur perlahan  ke arah almari bajunya. Setelah selesai sahaja dia bersiap, telefon dan dompetnya diambil dan dimasukkan dalam poket seluar, lalu dia terus melangkah menuruni tangga dan berjalan terus ke pintu. Tombol pintu dipulas. Namun kepalanya pula semakin berdenyut. Matanya  dipejam menahan denyut yang semakin menjadi-menjadi.

Pintu kembali ditutup dan dia berjalan ke arah sofa didepan televisyen. Telefon dari dalam poket seluar dikeluarkan. Nombor seseorang didail.

“Hello,” Dia bersuara sebaik panggilannya dijawab. “Diana, hari ni I tak masuk office. I kurang sihat,” selesai saja dia bersuara, talian diputuskan.

Perlahan-lahan rebahkan badannya atas sofa. Mata dipejamkan. Terlena…..

“Ar! Ar!” telinganya menangkap bunyi namanya dipanggil. Perlahan-lahan matanya dibuka. Kelibat seseorang yang dikenalinya duduk disisi sofa sambil memegang lengan sasanya.

“Ar, Jom I bawa you ke klinik,”

“Tak payah la Diana. I sakit sikit je. You ni, kenapa kat sini? Tak kerja ke? Hurm….. Macam mana you masuk?” dia menyoal hairan. Tangannya perlahan-lahan memicit kepalanya yang masih berdenyut.

“You ni kan Ar, sekarang kan waktu lunch, so I datang la. I risaukan you. I telefon you tak angkat. Lagipun pintu rumah you tak berkunci, I masuklah, ” beritahu Diana. Suaranya lunak-lunak manja.

“Hurm… You datang sini, tak lunch dengan Irfan ke? Nanti apa kata dia,” Arman bersuara lemah.
“Tak payah risau pasal dia. Dia ada lunch dengan klien tengahari ni. Lagipun dia sihat. Yang I risau sekarang ni pasal you.” matanya tepat menikam bebola mata Arman.

“Diana, kenapa you tenung I macam tu?” Dia bertanya hairan. Hatinya mula risau dengan renungan tanpa kelip dari Diana.

“Tak ada apalah. Jom lah I bawa you ke klinik. Badan you panas betul ni. I risau.” dia bersuara sambil tangannya diletakkan pada kepala Arman.

“Nanti I pergi sendiri. You balik lah office. Sekarang rasanya dah habis waktu lunch. Nanti bos cari you,” tangan Diana dialih perlahan.

“Ar!”

“Diana, dah la… I sakit ni. I letih. I nak rehat. You balik la office,” cepat kata-kata Diana dicantasnya. Dahinya berkerut.

“Kenapa hati you macam ni? Keras sangat! Degil. Tak nak dengar cakap!” Diana bersuara agak keras. Dia bangun. Gaya macam protes. Atau…… Merajuk!

“Sudah la. You pergi balik office. Tahulah I jaga diri,” Dia bersuara perlahan. Dia bangun duduk bersandar. Kepala mula berdenyut kuat hinggakan berkerut dahinya menahan sakit. Tangannya memicit-micit seluruh kepalanya.

Melihat keadaan Arman yang sedang menahan sakit yang amat sangat, Diana cepat menghampiri.  Mukanya berkerut risau melihat keadaan Arman. Dia duduk disisi Arman dan tangannya laju  picit kepala Arman.

“Dah la. You pergi balik office. I boleh jaga diri!” kali ni suaranya agak tinggi. Tangan Diana ditepis.

Tergaman Diana bila mendengar Arman bersuara begitu. Ditambah lagi dengan tindakan Arman yang menepis tangannya. Serta merta hatinya diserbu rasa pedih. Terasa sangat  bila perhatian yang diberikan seperti tak dihargai. Tubir matanya mula menakung air jernih.

“Dah la… Tak payah nak drama bagai. You pergi la balik. I nak rehat,” bagai tiada perasaan Arman bersuara. Hatinya keras untuk dilembutkan dengan hangat airmata Diana.

Dia bangun. Kata-kata dari Arman betul mengguris hatinya. Deraian airmata yang hadir tanpa diminta kini mengalir laju menyusuri pipi gebunya. Tisu dalam beg tangannya diambil. Lalu diseka juraian yang mengalir. Dia  berjalan keluar dari rumah Arman.

Arman hanya melihat. Siapa cakap hatinya keras? Siapa cakap hangat airmata Diana tak mampu mencairkan hatinya? Siapa cakap renungan Diana tak menggetarkan jiwanya? Siapa cakap naluri lelakinya tak tersentuh dengan senyum manis gadis tu? Tapi apa kan daya  tangannya bagai diikat, suaranya bagai dikunci, hatinya bagai diletak dalam frozen. Dia tak mampu nak zahirkan segala rasa yang menghuni hatinya untuk gadis ni. Gadis ni layak untuk teman baiknya Irfan. Dia ingat lagi kata-kata Irfan.

“Aku sanggup buat apa saja untuk dapatkan Diana, Ar. Aku sanggup membunuh sekalipun untuk dapatkan dia bro. Aku betul-betul dah jatuh cinta tahap angau  kat kawan perempuan kau tu. Kau….. Memang tak ada hati dengan dia, kan?” terkedu Arman saat soalan itu dilontarkan padanya. Mana tidaknya… Baru kejap tadi Irfan keluarkan kenyataan sampai sanggup membunuh untuk dapatkan Diana, mau lagi dia mengaku yang dia ada hati dengan gadis tu, memang tak laa…

Dia bukan takut  atau pengecut untuk perjuangkan perasaannya sendiri. Tapi biarlah dia berkorban kasih demi sahabat baiknya. Dari dia melihat kawannya tersungkur dalam mencapai cinta dengan penuh tragis, baik dia undur diri. Itu lebih baik.

Keluhan berat dilepaskan. Mukanya diraup perlahan. Dia kembali baring. Terasa menggigil pulak badan bila angin dari kipas menyapa kulitnya. Untuk bernafas melalui hidung semakin sukar membuatkan dia gelisah untuk lelapkan matanya.

Dia gagahi pejam matanya. Nafas dihela perlahan-lahan melalui mulutnya. Cuba mencari ketenangan disebalik gelora rindu dan kasih yang membadai. Ada rasa kesal yang menghuni hati bila tangannya tak mampu untuk mengesat airmata gadis tu. Mengapakah dia sebegitu tegar membiarkan insan yang dikasihi terluka? Kuat betul ikatan persahabatan yang tersimpul antara dia dan Irfan. Hinggakan kehangatan kasih yang hadir pun tak dapat membakar simpulan tu.

Gelisah betul hatinya. Kelibat Diana pergi meninggalkannya tadi dalam deraian airmata betul-betul mengganggu jiwanya. Hatinya bagai dikoyak tanpa belas bila mutiara jernih tu menitis. Semuanya berpunca dari dirinya sendiri. Kerana takut tersungkur dengan gelora yang hadir, sanggup dia meninggikan suara. Ish…. Ish…..

Telefon yang diletakkan atas meja dicapai. Skrin dipandang. Nama Diana yang ada diskrin dipandang. Lama dia merenung nama tu. Ada perbalahan dalam hatinya. Mahu didail atau tak. Dia mengeluh lagi. Akhirnya telefon tu diletakkan kembali.


Sekali lagi dia cuba untuk lelapkan matanya. Sebaik saja nak nak terbuai dalam buaian mimpi, telefonnya berdering. Berat kelopak mata yang baru bertaut digagah buka. Tangannya meraba telefon yang kuat berdering. Sebaik telefon ditangan, dalam kekaburan mata yang baru dibuka, dia melihat nama yang tertera lalu secepatnya dia menjawab.

“Hello bro.” ungkapan tu terbit dari bibirnya.

“Hello Ar! Kau tak sihat ke? Kenapa kau tak beritahu aku? Boleh aku datang temankan kau.” terdengar suara Irfan dihujung talian.

“Aku demam sikit je. Mungkin sebab kena hujan semalam kot. Kau tak payah la risau. Aku ok.”
“Okey apa bendanya. Aku dengar suara kau lain je. Kau tunggu ye, kejap lagi aku datang dengan Diana. Bawak kau pergi klinik. Kau jangan nak ngelat pulak!” berdegup laju jantungnya saat nama Diana sampai ke telinga. Gelora yang membadai tadi belum setenang air kolam, kini berarak pula Ribut Tsunami.

“Tak payah la kau bersusah payah. Aku dah ok dah sekarang ni,” dia beralasan. Padahal seluruh tubuhnya menggigil. Kalau Irfan  normal pasti dia dapat menangkap getaran kesejukkan yang terkandung dalam lontaran suara Arman.

“Kau tak payah nak tipu aku la Ar, aku dapat dengar suara kau yang menggigil sejuk tu. Aku datang sekarang.”

“Iyelah,” Dia mengalah. Memang dia tak pernah menang dengan kawannya ni. Setiap butir kata dari Irfan akan dia penuhi. Padanya Irfan terlalu baik. Seorang kawan yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya. Kawan yang sanggup bersedih dan gembira bersama. Bagaimana dia sanggup nak khianati kawannya yang  terlalu baik ni. Sesungguhnya memang dia tak mampu.

Tak lama kemudian telinganya menangkap bunyi suara orang memberi salam. Perlahan-lahan dia bangun. Bila pintu rumah dikuak, terjonggol muka Irfan dengan riak kerisauan.

Irfan laju mendapatkan Arman yang berdiri dihadapannya. Tangannya cepat ditekapkan ke dahi Arman.

“Badan kau ni Ar, panas betul! Jom lekas kita pergi ke hospital. Tak payah klinik-klinik lagi dah,” tangan Arman laju ditarik menonong ke keretanya.

“Sayang, awak ambilkan  dompet  Ar dan telefon dia sekali. Sekarang juga kita bawa dia ke hospital.” suruh Irfan. Suaranya sarat dengan kerisauan.

Diana angguk. Dia melangkah masuk. Dompet Arman yang ada di atas meja, dicapainya. Begitu juga telefon. Dalam kekalutan dia mencapai entah bagaimana dia tertekan butang telefon, lantas lampu telefon tu menyala. Matanya pandang skrin telefon tu. Hatinya dirusuh hiba. Gambarnya yang mengisi ruang skrin telefon Arman ditatap lama.

Bila saja mereka sampai di hospital, cepat Irfan keluar dari kereta dan terus dapatkan kerusi roda yang ada disitu. Tanpa membantah Arman ikut saja apa yang disuruh Irfan. Malas dia nak bertekak dengan Irfan kalau dah memang  tentunya dia kalah.

Irfan tolak Arman masuk bilik kecemasan, sesuka hati dia saja menerjah. Macam la Arman tu tengah tenat. Tapi nak kata apa dah. Doktor yang ada ikut saja. Pemeriksaan atas Arman dibuat. Setia saja Irfan menunggu Arman dibilik kecemasan.

Sebaik saja dimaklumkan yang Arman perlu dimasukkan dalam wad, Irfan arahkan Diana untuk buat pendaftran masuk. Diana akur tanpa sekutir perkataan keluar dari bibirnya.

Setelah semua urusan selesai, Irfan duduk disisi Arman. Matanya tak lepas memandang muka Arman yang lesu. Kemudian, selimut yang menutup badan Arman dikemas-kemaskan. Diana yang berdiri disebelahnya dipandang. Terbit senyuman manis dibibirnya. Jari-jemari Diana diraih perlahan.

“Terima kasih sayang kerana sudi bersusah payah tolong Ir. Ir bertuah dengan kehadiran sayang dalam hidup Ir. Ir berharap sayang sentiasa bersama Ir dan sudi menempuhi segala kepahitan dan dugaan hidup yang berliku ni,” tulus Irfan bersuara.

Diana diam. Hanya senyuman mampu dia berikan untuk Irfan dikala ni. Dalam dilema betul dia. Kasih yang ada dalam hatinya hanya untuk lelaki yang sedang terbaring lena. Tetapi keikhlasan kasih lelaki yang sedang duduk dihadapanya kini, terpancar jelas dari dalam matanya. Entah mengapa begitu rumit sekali kasih yang hadir dalam hidupnya. Dia berdoa agar diberi petunjuk agar kerumitan ni dapat dirungkai tanpa ada yang terluka.

“Sayang, Awak tunggu Ar kat sini ye.  Ir balik mandi dulu. Nanti Ir datang, bawa makanan untuk sayang dan Ar,” Irfan bersuara. Jari jemari Diana yang masih dalam genggamannya dicium lembut.

Diana hanya senyum. Jika Irfan tak suruh pun , dia memang sudah nekad akan temankan Arman disini.

“Awak tolong tengok-tengokkan kawan Ir ye. Dia satu-satunya sahabat baik Ir. Untuk dia, Ir akan lakukan apa saja untuk melihat gelak tawanya. Awak jaga dia yeh,” pinta Irfan sekali lagi.

“Iyer. Awak jangan la risau. Betapa bermaknanya dia pada awak, begitu jugak bermaknanya dia pada Diana,” Perlahan saja saat kata-kata tu terbit dibibirnya. Matanya dialih pada Arman yang sedang tidur. Lama dia merenung wajah tu.

Irfan Senyum dan berlalu pergi. Dia yang tinggal disitu, duduk dikerusi yang disediakan. Wajah Arman yang sedang tidur diperhatikan. Ringan tangannya membelai wajah tu dengan penuh kasih. Satu keluhan dilepaskan. Melihat keadaan Arman yang lena, dia tinggalkan sebentar untuk menunaikan kewajibannya. Dia berjalan menuju ke surau hospital.


Selesai solat, dia kembali ke wad Arman ditempatkan. Bila saja dia melangkah masuk, dilihatnya Arman sudah bangun. Senyuman tawar Arman hadiahkan padanya. Dia membalas dan menghampiri Arman. Dia duduk atas kerusi yang ada disisi katil. Wajah lesu Arman ditatap.

“Ar, you ada rasa sihat sikit?” lembut Diana menyoal.

“Ye. Mana Ir?” tanya Arman bila kelibat Irfan tiada.

“Ir pulang. Kejap lagi dia datang. You ada rasa nak makan apa-apa ke? I call Ir suruh dia belikan untuk you,” Diana bersuara lagi. Matanya tak lepas dari terus memandang wajah insan yang dikasihinya tu.

“Tak payah lah, I tak selera nak makan,” dia berpaling bila  perasan renungan dari Diana.

“Kenapa you berpaling? You takut I dapat membaca apa yang ada dalam hati you melalui pandangan you? Atau you takut tak dapat  menahan gelora kasih yang membadai dalam hati you tu untuk I? Atau you…..”

“Stop it Diana! I tak nak bincangkan hal ni disini. I nak rehat! Untuk pengetahuan you jujurnya I memang langsung tak ada perasaan pada you! So berhenti merepek yang bukan-bukan,” tanpa memandang wajah Diana garang dia bersuara.

“You ni kan, suka melafazkan kata-kata yang berlainan dari apa yang ada dalam hati you tu. Kalau betul you tak sayangkan I, tak ada perasaan pada I,  kenapa gambar I diskrin depan telefon you?” Diana bersuara berani.

Sebaik mendengar apa yang baru dicakapkan Diana, dia terus berpaling. Pandangannya tepat merenung jauh dalam mata Diana. Tajam betul!!

“You nak telan I ke, dengan pandang I macam tu?” soal Diana. Pandangan Arman dibalas berani.

“You pergilah balik. I dah sihat,” Arman bersuara. Dia berpaling.

“Itu aje yang you reti, kan? Berpaling dari I!”

Arman diam. Gelora dihatinya makin kuat membadai. Jiwanya merintih memohon simpati dari Diana agar jangan mendesak.

“Ar, I sayangkan you, cintakan you. Dan I tahu you juga sayang dan cintakan I. Tapi I tak faham kenapa you nafikan semuanya,” perlahan Diana bersuara. Ada getar dalam suaranya.

Arman menarik nafas dalam-dalam. Dia mencari semangat untuk menepis kata-kata Diana. Sekali lagi dia berpaling memandang Diana yang sedang duduk disisinya.

“Diana! Kenapa you nak sakitkan hati you? I dah cakap, I tak cintakan you. You jangan buang masa dengan menagih kasih dari I. Kasih dan cinta Irfan untuk you berbaloi untuk you sambut. Berikan cinta dan kasih you pada dia. Bukan pada I,” tegas Arman bersuara. Serius diwajahnya bagai mengiyakan apa baru dia katakan tadi.

“I cintakan you! Bukan Irfan!” Diana bersuara separuh menjerit. Dia tetap dengan kata-katanya. Tangan Arman diraih.

“Kenapa you degil sangat haah? Kenapa you tak nak faham apa yang I cakap!” Arman bersuara keras. Tangannya direntap kasar.

“I degil kerana kasih I pada you! Tapi degil you, menafikan kewujudan I dihati you!”  bergetar suaranya menahan sebak. Namun gugusan mutiara putih yang tadi hanya menghuni tubir matanya, kini melimpah mengalir laju dipipinya.

Arman menahan dirinya. Tangannya digenggam rapat. Airmata yang mengalir mengundang pilu dihati. Pedih menghuni jiwanya. Dia pandang Diana. ‘Jika kau dapat melihat hatiku, pasti kau mendengar betapa hatiku merintih menyebut namamu. Betapa betahnya hatiku melafaz sayang padamu. Disaat ni mahu saja aku memelukmu dan membisikkan kata cintaku padamu. Tapi aku tak berdaya Diana,’ Arman berbisik sendiri. Lirih pilu hatinya saat tu.

“Sudah la dengan tangis you tu. Nanti Irfan datang hairan dia dengan tangisan you,” bagai tak berperasaan dia bersuara.

“You memang pentingkan kawan you, kan?! Untuk pengetahuan you, minggu depan  keluarga Irfan datang jumpa keluarga I!” beritahu Diana separa geram. Airmata yang mengalir diseka.

“Baguslah.” hanya itu yang terbit dibibirnya. Mak ooi rapuhnya ayat….

“I akan terima lamaran Irfan. Dan I akan kawen dengan Irfan.”

“Eloklah. Irfan memang selayaknya untuk you. I langsung tiada halangan,” Arman bersuara. Ada lelehan jernih dihatinya. Sakitnya saat kata-kata Diana tu menyentuh gegendang telinganya. Lekas dikalihkan pandangannya. Tak mampu dia menatap lama wajah insan yang amat disayanginya tu yang bakal menjadi milik orang lain selamanya.

Diana berpaling memandang Arman yang langsung tak memandang padanya. ‘Tegar betul hatimu, Ar,’ bisik Diana. Sisa airmata yang hadir diseka. Dia menghela nafas sedalam-dalamnya. Kekuatan baru diraih. Dia letih merayu kasih lelaki yang berhati batu ni. Semangat tu mahu dia jadikan kekuatan bagi membenamkan kasih tu jauh didasar hati. Akan dia cuba untuk membina tapak baru bagi kasih Irfan padanya. Akan dia sematkan cinta dan kasih Irfan yang tulus menyayanginya dengan sebaik mungkin. Dan akan belajar menyayangi jejaka tu.


Sebulan kemudian.......

Arman terbaring atas katil hotel sambil merenung skrin telefonya. Dia disini menghadiri seminar Kejuruteraan Pembinaan anjuran sebuah syarikat antarabangsa. Seminar ni dijadikan alasan  untuk dia tidak hadir ke majlis pertunangan sahabatnya Irfan.

Dia berdoa agar kedua-dua insan yang amat disayanginya tu mendapat kebahagiaan yang sepatutnya mereka dapat. Walau bibirnya mengukir senyum tapi hatinya menanggung perit. Derita hatinya ditelan payah. Merelakan dalam terpaksa amat pedih. Menafikan kenyataan yang ada dalam hati, sakitnya amat tak tertanggung. Tapi itulah hakikat yang harus dia pikul sepanjang hidupnya.

Satu keluhan berat dilepaskan. Dia bangun berjalan menuju ke pintu, lalu tombol pintu dipulas. Langkah  diatur menuju ke lif hotel dan menunggu. Sebaik saja pintu lif dibuka dia meloloskan diri dalam lif. Butang turun ke lobi ditekan. Bila pintu lif dibuka, dia terus mengatur langkah tanpa arah tuju yang khusus. Fikirannya cukup terbeban.

Dia berjalan menyusuri deretan kedai yang ada. Telefon dari dalam poket seluar dikeluarkan. Dilihatnya ada sepuluh pangilan tak dijawab. Dia mengeluh. Telefon kembali dimasukkan dalam poket seluarnya. Hatinya langsung tak terusik mahu membalas panggilan tu. Dia terus berjalan kononnya mahu mencari ketenangan.

Setelah puas berjalan diluar, dia kembali ke hotel. Beg pakaian yang telah siap dikemas dicapai. Dia turun ke lobi dan checkout. Malam tu dia pulang. Lebih dua jam dia memandu akhirnya dia sampai ke rumahnya. Sebaik pintu rumah dikuak, salam diberi dan disertakan dengan bacaan bismillah, dengan kaki kanan dia melangkah masuk. Dia terus berwudhuk  lalu menunaikan solat sunat dan kemudiannya dia terus baring atas sofa didepan televisyen.

Tidur lenanya terganggu dengan bunyi ketukkan pintu rumah. Berkerepot mukanya untuk memaksa buka kelopak mata yang masih bertaut. Dia melihat jam ditelefon. ‘Hurmm…. Dah pukul lapan pagi?’ tanyanya sendiri. Dengan mamai dan nguap yang tak putus-putus dia berjalan ke arah pintu dan membukanya.

Matanya tertancap pada sebatang tubuh genit cantik yang dia kenal. Mata ditenyeh  bagi hilangkan rasa mengantuk.

“Diana? Apa you buat kat sini?” Arman bertanya hairan. Dia terjenguk-jenguk mencari kelibat seseorang. Kemudian wajah Diana ditenung.

“Mana Irfan?” dia bertanya lagi.

“Ar, boleh kita bercakap sekejap?” pinta Diana perlahan.

“Ok. Jom kita duduk disitu,” ajak Arman sambil tangannya dihalakan pada meja semen diluar rumahnya. Tak kan nak ajak masuk. Ya dak?

Dia merenung wajah Diana yang suram tu. Wajah tu tiada seri langsung. Hatinya bertanya, apakah yang terjadi?  Mengapa wajah Diana suram sebegitu rupa?

“Diana?” Dia memanggil bila Diana masih diam seribu bahasa.

Diana mendongak. Wajah Arman dipandang. Nafas disedut sedalam-dalamnya. Kemudian dihela perlahan-lahan.

“Ar, I nak you tabahkan hati bila dengar khabar ni. Jangan salahkan diri you atas semua yang berlaku. Semuanya diluar kawalan dan jangkaan kita. Kita hanya mampu merancang. Tapi Allah yang menentukan segalanya,” meleret mukaddimah Diana.

“Diana! You tak payah nak panjang sangat buka kata. Cakap terus. I tak selesa you lama-lama disini. Nanti apa kata orang. You tu tunangan orang,” tegas dia bersuara. Namun hatinya berdegup kencang.

“Ar,” Diana merenung jauh ke dalam mata Arman.

Arman diam menanti. “Ish perempuan ni, buat suspen pulak!” ngomel dia dalam hati.

“Ar, I nak beritahu you yang…….”

“Yang?” tanpa kedip dia membalas renungan Diana dengan perasaan berteka-teki.

“Yang Irfan dah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya,” perlahan Diana bersuara. Matanya tak lepas memandang Arman. Airmatanya mula gugur.

“Apa! Tidak! You jangan nak tipu I. You jangan nak buat cerita! I tak percaya! I tak percaya!!” suaranya agak meninggi. Dia bangun. Airmatanya mula berjurai ke pipi.

“Ar! I tak tipu you! Kalau you tak percaya, marilah ikut I, kita pergi melawat kubur arwah,” Diana bersuara keras. Arman diam. Terduduk dia. Airmatanya laju betul. Teresak-esak dia menangis.

Petang tu selepas Asar, Arman yang ditemani Diana pergi melawat kubur arwah Irfan. Hatinya tak dapat menahan sebak. Gugur juga mutiara jernih tu dari tubir matanya. Diana yang melihat keadaan tu, meraih jemari Arman. Sedar pautan dari Diana, dia berpaling melihat wajah Diana.

“Sabarlah Ar. Mari kita sedekahkan Al-fatihah dan surah yassin padanya. Berdoalah kita agar dia ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,”

Selesai bacaan yassin mereka pulang. Dalam perjalanan, suasana sepi memenuhi ruang antara mereka.

“Diana! I ada hal nak beritahu you,” Arman bersuara tiba-tiba. Serentak dengan itu tangannya mengambil sekeping surat yang ada disisi pintu lalu diserahkan pada Diana. Surat itu disambut lalu dibaca.

“You terima tawaran ni?” pertanyaan tu mengundang angguk dari Arman.

“You nak tinggalkan I? Ar! I masih cintakan you,”

“Diana, you adalah masa lalu I.  I nak mulakan hidup baru. Jauh dari kenangan dan memori yang menyakitkan. Maafkan I. You pilih dan carilah hala tuju you sendiri. I akan sentiasa doakan kebahagiaan you,”

“Ar!”

“Kita dah sampai,” dia berhentikan kereta dihadapan rumah Diana. Wajah Diana yang berada disebelah dipandang. Ada getaran yang dia tak mampu ungkapkan. Walaupun bahang cintanya masih segar namun dia akur pada kata hatinya.  “ Diana,  apa yang ada dalam hati I untuk you, tak pernah I biarkan padam,” katanya.

“Ar! I tak nak paksa you. I terima semua ni sebagai ketentuan takdir. I juga akan doakan kebahagiaan you, walau dimana langkah you terhenti,” perlahan Diana bersuara. Pintu kereta dibuka. Perlahan-lahan dia melangkah keluar.

Arman hanya melihat. Disaat Diana berpaling memandang ke arahnya, senyuman manis cuba dia berikan walau sarat dengan kepahitan dan kelukaan. Apa dia boleh buat. Jodoh ini bukan miliknya. Tapi betul ke? Entahlah…..

Dia terus memandu setelah kelibat Diana hilang dari pandangannya. Dia serahkan semua ini pada tangan Allah. Jika Diana adalah jodohnya, walau dihujung dunia sekalipun langkahnya terhenti, dia yakin mereka pasti akan dipertemukan. Keyakinannya terhadap jodoh yang ditentukan oleh Allah menguatkan lagi langkahnya untuknya memandang terus kehadapan. ‘Diana, usahlah kau tangisi perpisahan ini. Yakinlah pada apa yang ditentukan NYA pada kita, kerana percaturannya selalunya yang terbaik,’ hatinya berbisik. Kaca mata hitam dipakai dan dia terus memandu kedestinasinya.

                                                                                                Tamat…….


                                                                                   

Sunday, June 1, 2014

Kalau Berani Cubalah Mengerti.



Argh!!! Resahnya menanti,
Bila sesuatu bergolak dalam hati,
Fikiran mula tak ketahuan sendiri,
Tak dapat menatapmu walau sehari,
Kelam kabut rasanya diri ini,
Apa pun yang dilakukan semuanya tak menjadi,
Wah!! Hebatnya penangan dari mu wahai sijantung hati,
Sukar sungguh menangkis tujahan rasa yang dah melekat dalam sanubari,
Gila bayang rasanya diri ku dikala ini,
Dikala sendiri melayan sepi,
Bayangan dirimu muncul tanpa henti,
Masa itulah diriku mamai mula mencari cari,
Arah tuju haluan ku ini,
Aduh!! sakitnya bila terjebak dalam situasi ini,
Tak sangka pula kesakitannya bagai ditusuk belati,
Patut la orang cakap indah tapi berduri,
Bila terjebak sukar pula nak mengharngi,
Ditambah pula bila hanya menyimpan sendiri,
Hmm.. itulah... hanya keluhan menjadi teman bila ia menyesak lagi,
Lalu bila tersangat kuat rasa dalam hati,
Disinilah tempat luahan bicaraku sendiri,
Segala yang kurasa terhadap mu tak mampu ku ucapi,
Hanya jari jemari ini yang menjadi saksi,
Segalnya tercoret di tinta ini,
Kiranya kau terbaca nukilan ini,
Tak mungkin kau akan memahami,
Kerana segala coretan ini lahir dari hati ku sendiri,
Tapi kiranya di suatu saat kau terbaca nanti,
Bacalah oleh mu dengan setulus hati,
Sudah pasti kau akan mengerti dan memahami,
Segala yang termaktub disini,
Kalau berani cuba la mengerti......
Blues tetap dihati © 2008 Template by:
SkinCorner