“Kau
dah nak balik Syam?” Kamal menyoal bila dia tengok Arsyam berkemas menyusun
barang dan masukkan dalam beg. Dia hairan entah kenapa dengan kawan dia dua
tiga hari ni, macam tak betul saja. Angin pun tak menentu. Sepatah yang ditanya
sepatah yang dijawab. Tak pun langsung tak berjawab
“Iye.”
hanya itu saja jawapan yang terbit dari bibirnya. Beg siap digalas
“Kau
balik mana?” Kamal menyoal lagi.
“Papa
aku panggil balik!” keras Arsyam Daniel bersuara. Hatinya betul tak keruan kala ni. Papanya betul-betul memaksa.
Dia bukan nak menderhaka, tapi dia mahu ikut arah tujuannya sendiri. Mencari
takdir hidupnya sendiri.
“Iyalah.
Hati-hati kau memandu. Dah tengah malam sangat ni. Bila kau sampai nanti sms aku,” pesan Kamal. Risau jugak dia dengan
kawannya ni. Memandu ditengah malam begini dengan fikiran yang bercelaru macam
tu, bukan satu idea yang baik. Tapi apa boleh buat, Arsyam Daniel ni boleh
tahan degilnya.
Arsyam
Daniel memandu keluar dari tempat kerjanya. Dia seorang anggota sukarela sepenuh
masa di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Shifnya baru saja habis.
Sepanjang
perjalanannnya dia banyak berfikir, apa lagi yang papanya mahukan? Kata putus
sudah dia berikan tapi kenapa mahu dipaksa-paksa lagi? Hatinya sungguh runsing,
fikirannya berserabut. Muka diraup perlahan.
Kereta
yang dipandu tak la terlalu laju. Boleh dikatakan lapan puluh kilometer sejam
saja. Nampak sangat dia malas untuk bertemu dengan papanya. Suasana jalan agak
lengang. Kereta yang berselisih pun boleh dikira saja.
Dia
terus memandu dengan kelajuan yang memang cukup berhemah. Tiba-tiba satu
kelibat lembaga melintas dihadapan keretanya. Cepat dia menekan brek.
Nasib kelajuannya tak seperti formula F1. Kalau tidak memang kelibat lembaga tu
pun tak sempat dia pandang.
Kereta
berhenti mendadak. Tanpa mematikan enjin kereta, Arsyam Daniel turun melihat. Seorang
gadis yang lengkap berbaju kurung duduk terkaku dihadapan keretanya. Dia
menghampiri gadis tu perlahan-lahan. Takut jugak dia. Sudah banyak cerita seram
yang dia dengar berkaitan dengan kelibat lembaga misteri yang muncul tiba-tiba
ni. Harap dia tak tergolong dalam golongan yang bertemu dengan benda yang boleh
buat dia pengsan. Doa Arsyam Daniel dalam hati.
“Assalamualaikum….”
Arsyam Daniel memberanikan diri memberi salam. Lebih baik beri salam dari
ucapan yang lain.
Terdengar
esakkan tangis ditelinga Arsyam Daniel. Dia serba salah. Mahu terus hampiri
atau berlalu saja dari situ. Dia mengeluh. Salam yang diberi masih belum
disambut. Fikirannya mula terfikir yang bukan-bukan. Manusia atau Syaitan
dihadapan dia kini.
Air
liur ditelan tanpa henti. Dia kuatkan semangat takutnya untuk memegang bahu
gadis tu. Perlahan dan penuh gentar dia
menyentuh.
“Saudari,”
dengan lembut dan bergetar dia bersuara. Masih tiada tindak balas.
“Saudari,
“ sekali lagi dia memanggil. Kali ni bahu gadis tu digoncangnya.
“Kenapa
awak tekan brek!! Kenapa awak tak langgar je saya!!!” tiba-tiba gadis menerkam
Arsyam Daniel dan menjerit. Airmatanya berjurai laju.
“Argh!!!”
jatuh terlentang Arsyam Daniel atas jalan dan gadis tu duduk atas badannya.
Siap kolar bajunya dicekak gadis tu lagi.
“Kenapa
awak tak langgar saya je? Kenapa!!” lagi gadis tu menyoal. Suaranya betul-betul
macam orang tengah meroyan. Airmatanya
jatuh membasahi baju Arsyam Daniel.
“Saya
tak nak masuk penjara sebab kes langgar yang menyebabkan kematian,” spontan
ayat tu keluar dari mulut Arsyam Daniel.
“Huh!”
kolar baju Arsyam Daniel dilepas kasar. Airmatanya dikesat dengan belakang
tangannya. Dia bangun dan berjalan ke arah tengah jalan. Arsyam Daniel juga
bangun. Dia melibas-libas baju dan seluarnya.
“Awak
nak kemana?” soal Arsyam Daniel. Cepat tangannya menyambar pergelangan tangan
gadis tu.
“Saya
nak pergi mati!” kuat gadis tu bersuara. Tangannya direntap kasar.
“Saya
nak ikut!”
Gadis
tu berpaling melihat muka Arsyam Daniel. Lama dia merenung muka jejaka tu. Rasa
hairan bermain dibenaknya. ‘Apa kena dengan mamat ni? Ada masalah jugak ke dia?
Tengok ok aje…’
“Saya
nak ikut awak!” sekali lagi Arsyam Daniel bersuara. Dari nada suaranya, dengar
macam bersunguh saja dia nak ikut gadis tu.
“Awak
ni dah kenapa? Ada masalah mental ke?” gadis tu menyoal hairan. Matanya
menjerlung garang pada Arsyam Daniel.
“Saya
nak temankan awak pergi mati. Kita mati berduet,” bersungguh Arsyam Daniel bersuara.
Dia mendekati gadis tu.
“Awak
ni memang tak betul. Jangan dekat dengan saya. Lebih baik awak jauh,” gadis tu
bersuara garang. Dia mengangkat tangannya supaya Arsyam Daniel tidak
mendekatinya. Kakinya melangkah kebelakang.
Tiba-tiba
dia dikejutkan dengan bunyi hon dari sebuah kereta yang datang. Dia tergamam,
tapi cepat Arsyam Daniel menarik tangan gadis tu. Mereka jatuh tergolek di bahu
jalan. Cepat Arsyam Daniel leraikan pelukan yang tak disengajakan. Gadis tu
bangun dan duduk disisi Arsyam Daniel yang masih terbaring.
“Aduh!”
Arsyam Daniel mengaduh sakit bila dia cuba menongkat tangannya untuk bangun. Tangannya
yang sakit dibelek. Dari cahaya lampu kereta yang masih terpasang dia tengok
ada lelehan darah yang mengalir.
“Awak
luka!” Jerit gadis tu.
“Saya
tahu dan saya nampak. Awak tak payah la menjerit,” selamba saja dia bersuara.
“Awak
nak buat apa tu?” soal Arsyam Daniel bila dia tengok dengan bersungguh gadis tu
nak koyak kain yang dipakainya.
“Saya
nak koyakkan sikit untuk balut luka awak tu,” beritahu gadis tu. Tangannya
masih berusaha untuk koyak kain baju kurung yang dipakainya.
“Dah.
Tak payah awak nak susah payah cacatkan baju awak. Dalam kereta saya ada first
aid kit kat tempat duduk belakang. Awak pergi ambil dengan botol air sekali.”
“Iyelah.”
laju saja gadis tu berjalan menuju ke kereta Arsyam Daniel. Pintu tempat duduk belakang
dibuka. Kotak first aid kit diambil dan pantas dia berjalan kepada Arsyam
Daniel.
“Awak
bukak. Dalam tu semua ada,” suruh Arsyam Daniel. Mulutnya muncung menyuruh.
Tanpa
kata, gadis turut saja. Bila kotak first aid tu dibuka, macam-macam bendalah
ada dalam tu. Pening gadis tu tengok. Tak tahu yang mana nak diambil.
“Apa
yang awak beliakkan tu? Sekarang awak bukak tudung botol dan basuh luka saya ni,” arah Arsyam Daniel.
Gadis
tu buat seperti yang disuruh. Satu persatu arahan yang diberikan Arsyam Daniel
diikut. Kemudian Arsyam Daniel terus bangun. Dia berjalan menuju ke arah
keretanya dan terus masuk.
Kemudian
dia terpandang gadis tu yang masih berdiri kaku di bahu jalan. Dia mengeluh.
Tak kan dia nak tinggalkan gadis tu di sini seorang diri? Dia keluar semula
dari kereta dan berjalan ke arah gadis tu.
“Awak
nak mati lagi ke?” Arsyam Daniel menyoal. Wajah gadis tu dipandang.
“Kenapa
awak tanya?” tanpa beri jawapan, dia pulak yang menyoal. Pandangan Arsyam Daniel
dibalas.
“Saya
minta awak tangguhkan dulu. Jom ikut saya balik. Nanti kita cari jalan terbaik
untuk awak teruskan niat awak tu,” Arsyam Daniel berkata lagi.
“Haaaa?”
gadis tu hairan dengan kata-kata Arsyam Daniel.
“Dah.
Tak payah nak haaa. Jom,” ajak Arsyam Daniel.
Gadis
tu diam. Muka Arsyam Daniel dipandang tanpa berkelip.
“Sudahlah
pandang saya macam tu. Nanti awak jatuh cinta dengan saya,” spontan saja Arsyam
Daniel bersuara.
‘Mamat
ni kalau bercakap, ikut sedap mulut dia aje,’ sungut gadis tu sendiri.
“Jom,”
pergelangan tangan gadis tu dipegang lalu dibawanya ke arah kereta.
Arsyam
Daniel buka pintu kereta unutk gadis tu dan arahkan gadis tu untuk masuk.
Setelah itu dia berjalan ke tempat duduk pemandu.
Arsyam
Daniel terus memandu. Sesekali dia menjeling gadis disebelahnya. ‘Hurm, kenapa
dia ni nak bunuh diri haa? Orangnya cantik, tapi cetek berfikir. Apa daa,’
Arsyam Daniel bersuara dalam hati.
“Boleh
saya tahu nama awak?” Arsyam Daniel menyoal setelah agak lama mereka diam.
“Err...
Saya Dlya Rose,”
“Oooh.
Saya Arsyam. Arsyam Daniel,” dia kenalkan diri.
“Kita
nak kemana ni?” Dyla Rose menyoal. Muka Arsyam Daniel dipandang.
“Balik
rumah papa saya,” beritahu Arsyam Daniel. “Jangan pandang saya macam tu. Nanti
awak jatuh cinta dengan saya,” Lagi Arsyam Daniel bersuara. Ayat tadi diulang.
‘Ya
Allah mamat ni, perasan sungguh!’ Bisik hati Dlya Rose.
Arsyam terus memandu. Nafas dihela separa mengeluh. Dia menjeling sekilas Dlya Rose yang berada disebelahnya.
"Hurm.... Awak, boleh saya tanya sesuatu?" Arsyam bersuara memecah kesunyian yang kian menghuni tanpa berpaling pada Dlya Rose.
Dlya Rose berpaling. Muka Arsyam Daniel dipandang.
"Boleh tak?" tanya Arsyam Daniel.
"Tanya ajelah."
"Kenapa awak nak bunuh diri?" tanya Arsyam Daniel tanpa berkias.
Dlya Rose diam membisu. Dia tunduk. Arsyam Daniel menjeling sekilas. "Hurm...." Dia mengeluh perlahan.
"Kalau awak tak nak cakap, saya tak paksa. Terpulang pada awak," dia terus memandu dan langsung tak mengharapkan apa-apa penjelasan logik dari Dlya Rose.
"Saya dipaksa melacur untuk selesaikan hutang ayah saya pada lintah darat," Dlya Rose bersuara perlahan.
"Oooo... Malang yeh," itu saja yang terbit dari mulut Arsyam Daniel. Riak mukanya langsung tak berubah.
Dlya Rose menjeling. 'Itu je? Mamat ni memang ada yang tak betul. Ya Allah, kau selamatkanlah aku dari perkara-perkara yang tak baik. Sesungguhnya hati aku ni sudah menyimpang dari niatku yang sebelum ni. Semoga jejaka ni ada kebaikkan dalam dirinya walaupun nampak macam tak betul. Amin....' Dlya Rose berdoa dalam hati.
Perjalanan
mereka tak mengambil masa yang lama. Akhirnya mereka pun sampai. Dyla Rose agak
terkejut melihat rumah mewah yang tersergam didepan matanya.
“Jom
turun,” ajak Arsyam Daniel. Tangannya kalut buka tali pinggang keselamatan. Dia
pandang Dlya Rose disebelahnya.
“Dah
tak payah awak nak terpegun sangat. Ini rumah papa saya. Bukan rumah saya.”
“Haaa?”
Dlya Rose buat muka pelik. Langsung dia tak dapat tangkap apa maksud Arsyam
Daniel.
“Dah
la. Jom turun,” ajak Arsyam Daniel. Dia tahu, dalam kepala Dlya Rose
bersusun-susun soalan yang tunggu nak keluar saja.
Arsyam
Daniel keluar dari kereta. Dari luar dia pandang Dlya Rose yang masih dalam
kereta. ‘Apa lagi dengan dia ni? Tadi nampak excited nak bunuh diri. Sekarang
cengang blurr pulak! Hish, macam-macam sungguh!’ Arsyam Daniel berbisik
sendiri.
Dia
berjalan mendekati Dlya Rose yang masih dalam kereta.
“Meh
keluar.”
“Tak
nak la saya. Betul ke ni rumah parent awak?”
“Hurm….
Awak jangan banyak soal, boleh? Jom kita masuk dulu,” Arsyam Daniel bersuara
lembut. Dia dah mengantuk sangat. Memang dia tak nak ada segmen soal jawab dah sekarang
ni.
“Dah
la…. Jom masuk,” ajak Arsyam Daniel lagi. Kali ni dia menarik lengan baju Dlya Rose.
“Awak
buat apa ni?” terkejut Dlya Rose dengan tindakan Arsyam Daniel. Cepat dia
menarik tangannya.
“Hurm…
Awak ni, cuba la berfikiran positif sikit. Saya ni bukan lelaki yang jenis ada
dalam kepala awak tu,” Arsyam Daniel bersuara bagai tahu apa yang ada dalam
kepala Dlya Rose. Lengan baju Dlya Rose kembali ditarik.
Dlya
Rose dah tak boleh nak cakap apa. Belum lagi diluah apa yang bermain dikepalanya
sudah kena cantas. Dia ikut saja Arsyam Daniel. Langkah Arsyam Daniel diikut
dengan beribu gelora. Perempuan mana yang tak takut kalau masuk rumah lelaki. Bertambah
lagi lelaki yang baru saja dikenalinya. Memang bagai nak luruh la jantung dia berdegup. Dlya Rose hanya mampu berdoa
banyak-banyak dalam hati. Dia serahkan semuanya dalam tangan Allah.
“Awak
tidur sini. Esok kita selesaikan masalah awak,” suruh Arsyam Daniel. Dia
menguap panjang. Matanya ditenyeh-tenyeh.
“Awak
tidur mana pulak?” soal Dlya Rose. Ada getar dalam pertanyaannya. Risau dia
bila tengok Arsyam Daniel macam tu.
“Saya
tidur kat bilik saya lah. Kat atas. Esok kita bincang macam mana nak laksanakan
niat awak yang terbantut tadi,” jarinya lurus tunjuk ke arah biliknya.
“Haaa?”
“Tak
apalah. Esok ajelah yeh. Saya dah mengantuk sangat ni. Awak jangan lupa kunci
pintu. Awak jangan keluar selagi saya tak panggil. Faham yeh? ” sekali lagi dia
menguap. Lepas saja tinggal pesan pada Dlya Rose, dia berjalan keluar.
Dlya
Rose pandang saja Arsyam Daniel yang berlalu pergi. Dia senyum. Pesan Arsyam
Daniel suruh kunci pintu, dilaksanakan.
Arsyam
Daniel menggeliat malas bila alarm jam menyesakkan pendengarannya. Tangan
meraba-raba jam diatas meja tepi katilnya. Alarm ditutup. Dengan malas dia
bangun dan berjalan kebilik air untuk mandi dan berwudhuk.
Selesai
solat, dia mencapai baju t-shirtnya dan berlari turun terus menuju kebilik Dyla
Rose. Matanya meliar saja tengok sekeliling rumah untuk pastikan tiada sesiapa.
Perlahan-lahan pintu bilik Dlya Rose diketuk.
“Awak
ke tu?” bunyi suara Dlya Rose bertanya.
“Ye…..
Saya ni. Cepat buka pintu,” pintanya perlahan.
Tak
lama kemudian pintu dikuak. Cepat saja Arsyam Daniel melangkah masuk dan laju
pintu ditutup.
“Awak
buat apa ni?” soal Dlya Rose terkejut.
“Dah
la dengan terkejut awak tu. Sekarang jom ikut saya pergi mandi,” lengan baju Dlya
Rose ditarik.
“Ish!
Tak nak la saya,” tangannya disentap kasar.
“Kenapa
dengan awak ni? Jom lekas. Nanti kantoi
pulak. Lagi rumit situasi kita,” Arsyam Daniel pegang semula lengan baju Dyla Rose.
“Tak
nak!” berkeras Dlya Rose menolak. Sekali lagi dia sentak kuat tangannya. Nasib
tak koyak lengan baju tu.
“Ish
awak ni, degil betul. Awak nak saya dukung awak ke? Atau awak dengan rela nak
ikut saya?” dah keluar kata dua dari Arsyam Daniel.
“Saya
tak nak laa….” Dlya Rose masih berkeras.
“Kenapa
pulak awak tak nak mandi?” Arsyam Daniel menyoal hairan.
“Saya
bukan tak nak mandi. Tapi saya tak nak mandi dengan awak!”
“Ya
Allah…. Awak ni.” Tepuk dahi Arsyam Daniel. “Saya bukan nak ajak awak mandi
dengan saya. Saya nak tunjukkan bilik air kat awak. Awak mandi la
sorang-sorang. Saya dah mandi sebelum solat
subuh tadi,” beritahu Arsyam Daniel. Meleraikan kekalutan yang bermain difikiran
Dlya Rose.
“Ooo…
Maafkan saya. Sekali lagi saya tersilap pasal awak,”
“Hurm….
Dah lah. Jom saya tunjukkan awak bilik air,” Arsyam Daniel tekankan sikit bila
dia sebut ‘tunjukkan’.
“Iyalah.”
Dlya Rose bangun. Dia ikut Arsyam Daniel dari belakang.
Arsyam
Daniel keluar dari bilik Dlya Rose dengan berhati-hati. Terjenguk-jenguk dia
macam tadi.
“Jom-jom
lekas. Saya tak nak orang lain nampak awak kat sini,” kali ni pergelangan
tangan Dlya Rose dipegangnya.
“Awak
pegang tangan saya laa…”
“Biarlah.
Saya tak nak awak hilang dari pandangan saya sampai bila-bila,” spontan saja
ayat tu keluar dari mulut Arsyam Daniel. Dia terus menarik Dlya Rose agar terus
ikutnya.
Dlya
Rose diam terkedu. Dia mencari maksud dari kata-kata Arsyam Daniel tadi.
“Kita
dah sampai. Awak pergi mandi. Saya tunggu awak kat luar ni. Awak jangan lama
sangat mandi. Karang saya terlena kat sini tunggu awak,” Arsyam Daniel cuba
berseloroh. Ada senyum dibibirnya. Secubit lesung pipit terukir dipipi kanan
dan kirinya.
Terpegun
Dlya Rose. Dari semalam berbual, baru hari ni nampak Arsyam Daniel senyum.
Tercair hati Dlya Rose yang sudah lama membeku.
“Dah
la awak dengan muka macam tu. Dari semalam awak ni asyik cengang aje. Tak letih
ke awak asyik buat memek muka macam tu aje?”
Dengar
saja Arsyam Daniel cakap macam tu, lekas saja Dlya Rose masuk dalam bilik air.
Malu dia kena tegur macam tu. Lima belas minit kemudian pintu bilik air tetamu
dibuka. tapi sikit saja.
“Awak!”
“Yer.
Awak dah sudah ke. jom kita pergi makan,” tangan Dlya Rose sekali lagi
dipegang.
“Ish
awak ni!”
“Kenapa?”
Arsyam Daniel pulak yang tercengang.
“Saya
tak……” Dlya Rose tak meneruskan kata-katanya.
“Tak
apa?” Soal Arsyam Daniel pelik. Dahinya berkerut. Kepala yang tak gatal
digarunya.
“Tak
pakai baju lagi laa… Baju tadi dah busuk sangat. Yang kecik jugak pun,” malu-malu
Dlya Rose beritahu.
“Awak
basuh yang kecik tu. Nanti kita keringkan dengan pengering rambut,” cadang
Arsyam Daniel.
“Boleh
ke?”
“Boleh
aje. Saya selalu buat macam tu,” Arsyam Daniel pecah tembelang sendiri. Huhuuu…
“Kalau
macam tu awak tunggu kejap,” Dlya Rose tutup pintu.
“Rose!
Nah baju,” bergelora hati Dlya Rose bila namanya disebut Arsyam Daniel.
Lepas
beberapa minit, Dlya Rose keluar dengan memakai t-shirt dan seluar Arsyam
Daniel. Malu-malu dia.
“Tak
payah nak tersipu-sipu sangat la. Jom lekas gerak. Karang kena ambush, mati
kita kena soal siasat,” laju dia menarik Dlya Rose.
“Awak
masuk dulu. Saya ambilkan hairdry untuk awak keringkan baju dengan seluar kecik
awak tu,” suruh Arsyam Daniel. Dia tinggalkan Dlya Rose sendirian. Beberapa minit
kemudian dia kembali.
“Nah.
awak keringkan dulu. Nanti Saya datang balik. Ada perkara yang perlu saya
selesaikan.” bunyi macam serius aja dari lontaran suara Arsyam Daniel. Dlya Rose
angguk.
Perlahan
dia berjalan menuju ke ruang bacaan papanya. Dia tahu diawal waktu begini
papanya memang ada disitu. Pintu diketuk perlahan.
“Masuk,”
tegas saja bunyi suara papanya. Tanpa berlengah dia masuk.
“Kau
dah balik? Kena hantar perutusan baru kau nak jejak kaki kat rumah ni?” pedih
betul kata-kata yang terbit dari mulut papanya.
“Papa,
Syam tak nak gaduh. Syam dah fikir semasak-masaknya. Syam terima permintaan
papa untuk sambung belajar di luar Negara. Tapi dengan syarat,”
“Setuju
bersyarat. Katakan.”
“Izinkan
Syam pergi bersama-sama dengan isteri Syam,” tegas. Tapi ada getaran.
“Kau
dah kawen!” terkejut papanya.
“Belum
papa. Syam perlukan restu papa. Syam berharap sangat papa setuju,”
“Baiklah.
Yang penting kau setuju untuk lanjutkan pelajaran kau. Itu lebih penting pada
papa. Papa mahukan yang terbaik untuk kau. Papa tak melarang apa yang kau buat
sekarang, tapi biarlah kau berilmu. Tak ada ruginya kalau kita berilmu,” lembut
papanya bersuara. Baru hari ni ada patah yang halus keluar dari mulut papanya.
“Terima
kasih papa,” dia terus berlari memeluk papanya. airmatanya berjurai. Rindu dia
untuk memeluk papanya.
“Papa
tunggu disini. Syam bawakan bakal menantu papa,” laju dia menapak turun. Air
mata yang menitis tadi dikesat cepat dengan belakang tagannya. Pintu bilik Dyla
Rose dikuak.
“Argh!!”
Dlya Rose menjerit. Dia tengah nak pakai baju sebenarnya.
“Maafkan
saya. Kenapa awak tak kunci pintu?” cepat pintu ditutup kembali.
“Tadak
apalah. Sebab pagi tadi awak sopan sangat. Sebab tu saya tak kunci pintu. Tak
tahu pulak sekarang tahap kesopanan awak tu boleh hilang begitu cepat.” Dlya Rose
bersuara dari dalam.
“Awak
cepat sikit. Saya ada berita baik untuk awak. Saya dah dapat fikirkan jalan
untuk awak teruskan niat awak tu. Lepas ni awak tak payah susah payah lagi nak
melompat depan mana-mana kereta lagi,” Arsyam Daniel bersuara.
‘Haaa?
Dia betul-betul nak aku mati? Eeeii… Menyesal aku bertemu dengan mamat ni.
Ingat dia nak selamatkan aku. Hampeh punya jantan.’ bisik Dlya Rose sendiri.
“Awak
dah sudah ke belum ni?” excited betul bunyi suara Arsyam Daniel.
‘Dia
ni dah tak sabar-sabar nak aku mati ke?’ ngomel Dlya Rose dalam hati.
“Dah
siap dah. Jom,” dengan muka yang mencuka Dlya Rose mengajak.
“Jom-jom.
Laju dia menangkap lengan Dlya Rose. Lalu dibawanya berlari menyusuri tangga
satu persatu-satu.
‘Dia
nak aku terjun dari bumbung rumah dia ke?’ Dlya Rose bersoal sendiri. Kakinya
berlari ikut Arsyam Daniel.
Arsyam
Daniel heret dia masuk dalam satu bilik.
‘Dia nak buat apa pulak ni? Sabar Rose, berfikiran positif.’ Dlya Rose
menenangkan dirinya.
“Papa!,”
dengan sengeh lebar Arsyam Daniel menjerit panggil papanya.
“Owh….
Cantik,” hanya itu yang terbit dari bibir papanya.
Dlya
Rose masih tercengang-cengang.
“Tengah
bulan ni kita langsungkan majlis pertunangan. Hujung bulan ni kita buat majlis
perkahwinan,” berseri-seri wajah papanya. Mungkin sebab anak tunggal
kesayangannya sudah bersetuju untuk lanjutkan pelajaran.
“Saya
setuju papa. Terima kasih papa. Syam akan ikut semua cakap papa,” sengeh Arsyam Daniel.
Dlya
Rose yang bingung tadi dengan perbincangan tu mula dapat mencerna maksud
perbualan dua beranak tu. Dia terkejut. Tangannya yang masih dalam genggaman
Arsyam Daniel disentak kuat dan dia terus berlari keluar.
“Rose!
Maafkan Syam papa,” dia berlari mengejar Dlya Rose. Dihalaman rumah Arsyam Daniel
menyambar tangan Dyla Rose yang sedang berlari.
“Rose!
Kenapa dengan awak?” Arsyam Daniel bertanya hairan. Dia berdiri dihadapan Dlya Rose
“Kenapa
awak buat macam ni? Apa motif awak?” dalam lelehan airmata Dlya Rose menyoal.
Muka Arsyam Daniel langsung tak dipandangnya.
Arsyam
Daniel memegang dagu Dlya Rose lalu didongakkan untuk memandang padanya.
Airmata Dlya Rose dikesat perlahan dengan ibu jarinya.
“Rose,
kali pertama Syam pandang Rose, ada satu getaran halus menyentak dalam hati ni.
Syam tak pandai menilai apakah ia. Tapi Syam tak dapat menahan gelora yang
semakin membadai tiap kali pandangan kita bertaut. Tiba-tiba hati ni berbisik
untuk tidak melepaskan Rose pergi jauh dari Syam,” lembut Arsyam Daniel menutur
kata. Dia berhenti bersuara bagi mencari keyakinan baru. Wajah Dlya Rose
dipandang penuh kasih.
“Rose,
hadirlah dalam hidup Syam sebagai seorang isteri. Temanilah hidup Syam sebagai
seorang kekasih dan dengarlah rintihan hati Syam sebagai seorang teman.” Arsyam
Daniel bersuara lagi.
“Adakah
ini realiti atau mimpi Syam. Mustahil rasa yang hadir dalam hati Syam tu adalah
cinta. Mungkin dari simpati Syam terhadap Rose saja,” pandangan Arsyam Daniel berani
dibalas. Dia mahu mencari keikhlasan dalam setiap kata-kata Arsyam Daniel.
“Ini
bukan mimpi Rose. Syam percaya pada perasaan ini. Kerana perasaan yang hadir ini
adalah datangnya dari Allah. Syam yakin yang Rose adalah jodoh Syam. Janganlah
menolak perjodohan ini. Yakinlah bahawa jodoh kita ini adalah dari Allah. Rose,
kasih yang wujud tanpa kita duga ini adalah takdirNya. Inilah takdir kasih
kita. Bersama seri mentari pagi, Syam melamar Rose untuk menjadi rakan kongsi
hidup Syam di dunia dan akhirat,” dengan muka poyo seposen, Arsyam Daniel melamar
Dlya Rose.
Sebulan
seperti yang dijanjikan, Arsyam Daniel dan Dlya Rose diijab kabulkan. Dua bulan
selepas majlis pekahwinan, mereka berdua diterbangkan keluar Negara untuk
melanjutkan pelajaran. Dalam penerbangan, Arsyam Daniel tak habis memandang
wajah isterinya.
“Sayang,
akan abang pasakkan kasih ni dalam hati abang sampai akhir hanyat abang. Abang
akan sentiasa rindukan sayang walau kita dipisahkan hanya dengan jurang masa sepuluh
minit. Hahahaha…. Miss you tanpa jemu sayang,” dia ketawa. Jari jemari Dlya Rose
yang digenggam dicium lembut.
“Apalah
abang ni. Jangan limpahkan sangat Rose dengan kasih abang tu. Rose takut
tenggelam dan lemas. Rose cuma nak kebahagiaan. Kebahagiaan bersama-sama dengan
abang,” dengan senyum penuh kesyukuran Dlya Rose hadiahkan pada suaminya.
Dalam
hati, masing-masing berdoa agar sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan dalam
mengharungi liku-liku hidup yang penuh dengan ranjau berduri. Arsyam Daniel senyum
melihat Dlya Rose terlentok manja
dibahunya. Tamat……