Tuesday, January 13, 2015

Cerpen - Tetap Dalam Hatiku



Tetap dalam hatiku

“Amzar Hakimi!!” tersentak aku dari lamunan bila nama aku dipanggil  pembantu klinik.
“Iye, saya.” spontan aku menyahut. Siap angkat tangan lagi. Perlahan-lahan aku pandang sekeliling bila perasan semua mata yang ada dalam klinik  tu memandang  ke arah aku. Aku tayang sengeh tak menjadi. Perlahan-lahan tangan aku turunkan.
Dengan muka serba tak kena aku bangun . Makcik yang duduk  disebelah, aku hadiahkan senyuman yang kurang menjadi. Niat kononnya nak tunjuk yang aku ni tak sombong. Muka pun aku maniskan sehabis mungkin.
Nampak aje muka manis aku, makcik tu angguk dan membalas senyuman aku.  Dengan agak macho bagai model aku menapak ke kaunter ubat. Tapi entah macam mana, kaki aku tersadung kaki sorang budak ni. Tersungkur pulak aku kat situ. Adoii!!
Sekali lagi aku menjadi tumpuan. Entah muka gaya mana lagi aku nak tunjuk. Last-last aku buat muka blurr poyo. Sehabis kontrol macho plus muka tembok , perlahan-lahan aku bangun. Aku perkemaskan rambut  ke belakang dan berdehem dua tiga kali bagi menghilang rasa malu.
Aku mendekati kaunter tempat ambil ubat.  Aku jengah sikit ke dalam. Pembantu klinik yang cantik molek tu menghadiahkan aku sebuah senyum yang manis. Manis betul, aku tak tipu. Aku dengan seberapa daya dan ikhlasnya membalas senyuman tu.
Selesai membayar bil, aku berjalan keluar. Kepala aku berdenyut-denyut tanpa henti. Tambah lagi bila terkena pancaran matahari. Makin menjadi-jadi denyutnya. Tapi bila difikirkan balik, kenapa aku nak mengeluh hanya kerana sakit yang sedikit ni. Masih ada yang lebih menderita sakit kat luar sana.
Motor yang aku parkir pada tempat yang dikhaskan, aku hampiri. Sebaik kaki melangkah naik atas motor, telefon aku berbunyi.
“Huh! Sapa pulak yang telefon ni?” poket seluar aku seluk. Telefon yang masih berbunyi aku tatap. ‘Dia ni nak apa?’ aku bersungut dalam hati. Walau berat hati, aku tetap menjawab panggilan tu.
“Hello Man, apehal kau telefon aku ni?” tanpa salam pantas aku menyoal. Macam tergesa- gesa saja aku ni. Nampak sangat tak beradap aku ni, kan?
“Assalamualaikum.” terdengar salam diberi Luqman dihujung talian. ‘Dia perli aku ke apa ni?’ Aku bersuara dalam hati.
“Waalaikumussalam...” terasa pulak membahang muka aku bila kena sebijik ngan mamat ni. “Apahal kau telefon aku?” garang sikit suara aku.
“Am, kau beli nasi bungkus kat aku yer. Dah berkeroncong perut aku ni,” pinta dia ditalian.
Sesuka hati mak dia aje suruh aku beli. Perut lapar baru ingat nak bangun. Kalau dah membuta, memang tak ingat dunia. Kerja dah berapa kali tukar dalam bulan ni. Aduhai... Bertuah sungguh aku dapat teman serumah yang macam tu. Opss!! Termengumpat pulak aku. Dah buat dosa kering aku disepara tengahari begini.
“Am! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni!!” jerit dia dihujung talian.
“Haaa?” aku terpinga-pinga
“Apa haaa?” dia soal aku pulak!
“Kau tanya apa tadi?” aku tanya dia
“Aku tanya kau dengar tak apa yang aku suruh kau beli tadi?” lagi dia ulang
“Ooooh... Aku dengar la. Iya-iya aku belikan,” setuju aje aku.
Ikhlas aku ni? Tadi aje aku dah mengumpat pasal dia, sekarang setuju pulak. Allah... Dah jadi manusia hipokrit dah aku ni.
“Okey. Thank you Am,” terus dia letak.
Aku hidupkan enjin motorsikal  dan terus meluncur  menyusuri jalan raya yang semakin sibuk. Sepuluh minit kemudian aku berhenti di sebuah kedai makan. Setelah selesai membeli nasi bungkus untuk aku dan Luqman, aku kembali meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Di pertengahan jalan, aku nampak sebuah lori treler cantik aje menghala arah aku. Aku menggelabah. Dusshhhh!!! Aku terhumban dalam semak.
"Aduuhh!!" perlahan-lahan aku bangun. Motorsikal aku angkat dan cuba hidupkan. Nasib hidup. Syukur aku pada Tuhan. Kalau tidak lebur lagi duit aku nak repair kerosakkan motorsikal ni. Aku teruskan perjalanan pulang.
Lima belas minit menunggang motorsikal, sampailah aku ke rumah. Siap parking motor, beberapa anaktangga aku daki. Rumah flat tingkat empat, berpeluh jugak aku nak sampai pun. Sampai aje, salam aku beri. Lama aku menunggu Luqman sambut dari dalam. Tapi sunyi aje. Lagi salam aku beri. Tadak jugak mamat ni sahut. ‘Dah kebulur sampai pengsan ke dia ni?’  aku bersoal sendiri.
Nasib aku ada kunci pendua. Pintu rumah aku buka. Sebaik aku melangkah masuk, kelibat Luqman aku cari. ‘Mana dia ni?’ lagi aku bersoal sendiri.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukkan di pintu. ‘Kenapa tetiba bersopan pulak dia ni? Selalunya main redah aje masuk rumah,’ aku berjalan ke arah pintu masuk. Tombol pintu aku pulas.
“Kau ni Man...” belum sempat habis ayat aku,  badan aku dirempuh kuat. Jatuh terduduk aku bila daun pintu  yang  separa buka diterjah  tanpa belas.
“Adoi!! Man! Kau gi.......” tersangkut lagi ayat aku bila yang didepan aku ternyata bukan Luqman. Tapi seorang gadis.
“Anis? Kau dah kenapa terjah masuk rumah aku ni?”  aku jengah keluar. Toleh ke kiri, toleh ke kanan. Kemudian aku kembali memandang Anis.
“Kau ni dah kenapa?” lagi aku menyoal Anis.
Anis memandang muka aku. Serius aje muka dia. Aku bertambah hairan dengan minah ni. Dah sekarang aku berdua aje dengan dia. Ini kalau Majlis Agama datang, mau terkantoi aku. Kawen free aje.
“Dah la tenung aku. Karang kau jatuh cinta tahap angau, aku tak bertanggungjawab.” aku cuba buat lawak bodoh. Mahu mencuit suasana tegang yang sedang berlangsung sekarang.
“Kawen dengan aku!” keluar ayat tu dari mulut Anis.
“Haaa?” ternganga aku.
“Kawen dengan aku.” lagi dia ulang ayat yang sama.
“Kau dah kenapa? Tiba-tiba suruh aku kawen dengan kau.”
“Cuma kau aje yang aku boleh percaya untuk jaga aku.”
“Haaa?” Dah keluar muka cengang aku.
“Sudah la dengan haa kau tu. Kau kawen dengan aku yeh?”
“Cuba kau story kat aku. Kau dah apa hal?”
“Aku tadak story. Aku cuma nak kau kawen dengan aku.”
“Tapi apa kes? Tiba-tiba nak aku kawen dengan kau. Daddy kau paksa kau kawen dengan anak dato’ yang bajet hensem ke? Cakap la dengan aku.”
“Tadak la mcam tu.”
“Habis tu?? Kau mengandung?” terkeluar soalan lancang aku.
“Woii!! Kau  ni kan!!” dia terus terkam arah aku dan bertalu-talu dia pukul aku.
“Adoii!! Sakit la Anis! Sakit!!” aku menjerit kuat. Tapi dia terus menerus pukul aku. Macam la pertanyaan aku tu teruk sangat.
“Arrgghh!! Kau dengar tak aku cakap? Sakit! Sakit tau tak? Kau dah kenapa?” tangan aku kalut menepis. Dan last sekali kedua tangannya aku pegang. Mata kami bertentangan.
“Aku rindukan kau. Aku mahu kau menjadi pelindung aku. Dalam diam tanpa aku sedar, hati aku mula menyayangi kau. Setiap saat bersama dengan kau tak lekang bibir aku dengan senyum. Telatah kau membuatkan aku ketawa. Buatkan aku sedar  bahawa pelangi itu cantik sebenarnya.”
Aku tenganga. Kali ni aku betul-betul terkedu. Anak dato’ bertaraf jutawan, jatuh hati dengan aku. Tuah atau musibah, aku sendiri tak tahu.
“Am, kau pengsan ke?” pipi aku ditamparnya. Berkali-kali pulak tu. Blushing sudah pipi aku.
“Sakit la Anis. Kau  ni... Dah la cara kau melamar aku langsung tak romantik, sekarang tampar-tampar aku pulak. Nak ke kau berjanda sebelum kawen?” perghh!! Ayat aku dah macam confirm terima aje lamaran minah senget ni.
“Am? Dari ayat kau ni, macam kau dah terima aje aku sebagai isteri kau. Kau betul nak kunci statement kau ni?”
“Kau nak aku buat pertimbangan semula ke?” aku bermain kata-kata dengan Anis.
“Eh, tak nak la aku. Esok kau bawak famili kau datang rumah aku. Bincang sebaiknya dengan Daddy.”
“Esok ke? Kita kawen kontrak ye?”
“Bila pulak aku cakap kawen kontrak? Kita kawen normal la mamat sengal! Tapi kan, kenapa kau setuju je? Kenapa kau tak menolak?”
“Sebab aku nak bolot semua harta bapak kau!”
“Hahaha...” dia ketawa besar.
“Ooooo... Disini rupanya anak manja Dato’ Hadzri bercengkarama. Apa teruk sangat taste kau ni Anis Hafizah Atikah! Mamat peminta sedekah jalanan yang jadi pilihan hati kau? What the suck!!” lancang betul mamat bajet gangster ni bersuara. Aku akui dia berani. Tapi berani sebab bawa konco dan senjata. Tak macho langsung!
“Woi!! Izuan!! Mulut kau memang nak makan penumbuk aku ye. Kau tak ada hak nak jugde siapa pilihan aku.  Dan kau langsung tak masuk dalam senarai untuk aku minta restu pun. Sekarang kau bolah blah!!” dengan marah dia bangun berdiri gah di depan mamat bajet  gangster tadi. Mak aai bakal isteri aku, bertaraf gangster jugak ke? Huhuhu...
Perlahan-lahan aku bangun. Aku tenung muka mamat tu. Hensem. Muka bersih putih, mata sepet ala-ala chinese.
“Anis! Kau jangan nak kurang ajar dengan aku. Ingat, bapak kau banyak berhutang budi dengan bapak aku. Dan dia pernah berjanji untuk kawenkan kau dengan aku!” Menjerit aje mamat ni bila bercakap. Terasa aje bergoyang bangunan flat aku dengan gema suara dia.
“Itu bapak aku yang berjanji, tapi bukan aku. Pergilah kau tuntut janji dengan dia. Tapi bukan dengan aku. Aku sudah ada pilihan aku sendiri,” tangan aku dicapainya.
“Hahaha... Mamat ni? Aku tengok poyo aje dia. Dari tadi asyik menyorok belakang kau aje. Jantan macam ni kau nak jadikan pelindung kau. Heloo minah sengal, mamat ni sememang tak layak untuk kau!” Aduhh!! Mamat bajet gangster ni, sesedap mulut dia aje kutuk aku. Dah la masuk main terjah tanpa salam, suka suki dia aje cakap aku macam-macam. Kalau begini punya gaya, naluri gangster aku pun nak keluar berpesta jugak ni...
“Kau apa hal tenung-tenung aku? Ada usul nak kau bahaskan dengan aku disini?” Tenung pun kena ada isu ke mamat ni? Memang parah sungguh anak Dato’ bajet gangster ni.
“Aku memang tak ada urusan dengan kau. Tapi aku sebagai tuan rumah dengan berhemahnya dan sopan santunnya minta kau pergi dari rumah aku sebelum aku panggil polis.” Macho tak aku? Libatkan polis dalam kes cinta tiga segi gini. Jangan gelak dulu, aku rasa memang patut pun sebab diorang datang lengkap dengan senjata.
“Mak aai, sopan sungguh boyfriend kau ni ye, Anis. Lembut aje dia bersuara. Hahaha... Nyah ke bf kau ni?”
“Kau jangan cakap aku sembarangan Mamat bajet bagus! Walau siapa pun aku, kenyataannya aku berjaya sentuh naluri kewanitaannya untuk menyayangi aku seikhlasnya. Tak macam kau. Lagak macho tapi mengaum dibelakang konco-konco yang kau bayar. Kau langsung tak dapat menyaingi aku bro.” suara aku dah tak selembut tadi. Aura gangster yang dibawa diorang ni dah meresap dalam diri aku gamaknya. Tiba-tiba saja aku dapat kekuatan dan keberanian untuk bertelagah cakap dengan mamat ni. Sebetulnya aku tak takut pun. Cumanya aku malas nak besarkan isu ni. Kes perempuan weh... Malu siot woo nak heboh-heboh.
“Apa kau panggil aku? Mamat bajet bagus? Ayat kau memang siot daa...” Muka dia menyinga habis.
“Naahhhh!! Mampus kau!!”
Tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi tembakkan. Aku terkaku. Anis yang entah  bila berada di depan aku terkulai jatuh. Namun sempat aku menyambutnya. Perlahan-lahan aku ampu badannya sampai ke ribaku. Mataku terancap pada cecair merah yang mengalir keluar dari badan Anis.
“Allahuakhbar!! Anis!!” Aku menjerit kuat. Tangannnya aku genggam erat, tangan aku sebelah lagi pegang tempat luka.
“Anis, bertahan sayang. Aku bawak kau ke hospital. Bertahan sayang.” dengan segala kudrat yang ada, aku mengangkat badan anis dan melangkah perlahan-lahan turun tangga bangunan rumah flat. Sal mamat tu aku dah tak fikir dah. Yang penting sekarang Anis. Aku mesti selamatkan dia.
“Aku bukan jenis yang kemaruk harta. Kata-kata aku tadi hanya gurauan aku dengan Anis. Aku memang ada hati dengan minah ni. Tapi aku sedar siapa diri aku. Cuma budak penghantar surat aja. Jadi rasa yang menghuni dalam hati, aku biarkan sepi. Aku sudah cukup bertuah kerana gadis cantik dan semolek dia sudi berkawan dengan aku.
Nyawa aku sudah tinggal separuh. Rasa letih sudah  menguasai separuh dari semangat aku kini. ‘Ya Allah berilah aku kekuatan.’ merintih aku berdoa dalam hati.
Aku minta bantuan orang yang sedang berkumpul ditepi tembok flat. Nasib jugak penghuni sini semuanya baik-baik belaka. Terkejut mereka dengan apa yang terjadi. Menurut mereka bunyi tembakkan tu adalah bunyi mercun lebihan dari budak-budak nakal yang tinggal kat situ. Tak sangka pulak diorang yang tu bunyi tembakkan. Bila aku tiba dibawah dengan keadaan Anis yang berlumuran darah baru mereka tercengang-cengang dengan apa yang terjadi.
Sampai saja kami dihospital, Anis terus dikejarkan kebilik kecemasan. Muka Anis sudah berubah pucat aku lihat sebelum badan aku terkulai jatuh mencium lantai hospital. Duniaku terus menjadi gelap dan terus hitam.
---------------------------------------------------------------------------------------
Perlahan-lahan aku membuka mata. Kepalaku terasa berat sangat. Dalam samar-samar aku perhatikan sekeliling. Aku pejam celik berkali-kali. Kepala ku ligat mentafsir apa yang terjadi. Tiba-tiba wajah Anis muncul dalam kepalaku.
Aku cuba bangun. Tapi sakit kepala aku ni memaksa aku kembali baring atas katil.
“A... An... Anis” tersangkut-sangkut suara aku menyebut nama Anis. Aku melihat semua yang ada disekeliling aku. Murung aje riak muka mereka. Jantung aku mula berdegup kencang, hatiku dirundung resah. Disebalik keresahan yang menghuni aku berdoa yang Anis selamat.
Aku masih tak berpuas hati. Kenapa dalam ramai-ramai yang ada disekeliling aku, tiada siapa pun yang tampil untuk membawa perkhabaran tentang Anis ketelingaku. Aku nekad bangun walau denyutan dikepala aku tak mengizinkan untuk aku teruskan. Sedaya aku cuba bangun walau dilarang. Degil aku untuk mengetahui keadaan Anis membuatkan aku bertindak diluar batas aku sendiri. Siapa yang manghalang menjadi mangsa tengking aku. Tak pernah aku segarang ini. Kali pertama aku meninggi suara.
“Am, kenapa degil sangat ni?” suara tu! Suara yang biasa aku dengar dan tersangat aku kenal. Aku berpaling mencari arah suara tu datang. Mata ku yang masih kabur aku cuba buka seluasnya. Aku perhatikan gerangan susuk tubuh yang mendekati.
“Am” lagi namaku dipanggil. Aku memang kenal suara tu.
“A... Anis” belum lancar aku menyebut nama tu.
“Iya Am. Ini Anis.”
“Kau terselamat? Kau tak apa-apa sayang?” tangannya aku capai dan genggam seeratnya. Berjujuran airmata ni sudah tak dapat aku tahan.
“Am, kau cakap apa ni? Aku ok je. Kau tu yang kena rehat.” lembut suara Anis menerjah alur telingaku.
“Aku tak mau rehat. Aku nak jaga kau.”
“Am, kau tu yang kena rehat bagi cepat sembuh. Aku teman kau yeh kat sini.”
“Sekejap, kenapa kau sihat aje ni? Bukan  ke kau tengah nazak sebab kena tembak? Aku yang bawak kau kesini tadi. Lepas tu aku jatuh dan tak ingat dah.”
“Am, kau tahu tak yang kau tu dah seminggu koma akibat kemalangan jalan raya. Motor kau bertembung dengan lori treler yang hilang kawalan tiba-tiba. Keadaan kau parah. Doktor tak bagi harapan untuk kau selamat. Tapi semangat kau kental. Kau harung semua saat kritikal kau beberapa kali. Dan selepas tu tubuh kau memberi respons positif pada semua ujian doktor. Dan meningkat dari hari ke hari.
Mendengar cerita dari Anis, aku mengukir senyum. Walaupun aku dapat rasa yang senyuman aku tak begitu sempurna, tapi aku tahu senyum aku tetap macho macam sebelum ni.
Aku perhati sekeliling, rupanya disaat ini  hanya aku berdua dengan Anis.
“Kenapa kau senyum?” Anis menyoal hairan
“Aku mimpi yang kau minta aku kawen dengan kau.” aku pandang muka Anis dan ada senyuman manis terukir dibibirnya.
“Cuba kau tengok jari kau.”
Aku buat seperti yang disuruh. Terpaku aku memandang sebentuk cincin tersarung dijari manisku.
“Kita bertunang masa kau koma. Aku sayangkan kau Am. Dan mahu kau menjadi pelindung dikala aku memerlukan, menjadi penghibur kala aku sedih dan menjadi pembimbing menuju ke jalan yang diredhai Ilahi. Am, walau apapun yang jadi kau tetap dalam hatiku.” lafaz kata dari Anis yang tak pernah aku impikan.
“Ya Allah... Besar sungguh kekuasaanMU. Segala yang berlaku adalah perancangan dan kehendakMU. Berilah restu dan keredhaan atas jodoh yang kau berikan padaku ini. Allahuakhbar!!!!...”

                                                                                                TAMAT.....



















2 comments:

MissxYana said...

simple.. nice and funny.. :) keep it up

aina Nabila said...

Nice! Apa yg terjadi dkat mama geng ster tu??? Mohon panjangkan sikit cerita bab tu. Lepas tu, kenapa nak terus khawin?

Post a Comment

Blues tetap dihati © 2008 Template by:
SkinCorner