Friday, June 12, 2015

cerpen- Singgahan Kasih



Singgahan Kasih
Zafina Erisya lagak bagai jejaka hensem, berjalan bagai jejaka macho. Keperibadian tak tumpah macam lelaki. Berambut pendek berluar jeans dan bert-shirt. Orangnya tak kurus dan sedang-sedang elok dengan ketinggiannya. Tumpuan yang sukar untuk dialihkan adalah pada game. Tempat yang tak pernah dia abaikan untuk pergi adalah gym. Berkenan sungguh dia dengan tempat tu. Kononnya untuk stamina.
Rutin pagi Zafina Erisya digym. Sekarang dia tengah take five untuk kembalikan stamina. Dia termenung dikerusi yang telah disediakan sambil melihat sekeliling.
“Aku sayang dan kasihkan kau Zaf.” itulah kata-kata keramat yang asyik terulang dalam kepalanya. Kata-kata yang dilafaz oleh seseorang yang dia sendiri tak sangka.
“Zaf, petang ni apa program kau?” sapaan Afiq Danial melenyapkan butir-butir patah kata yang terngiang ditelinganya tadi.
“Petang ni aku lepak rumah jer. Kenapa? Kau ada niat nak ajak aku lepak ke?” kain tuala kecil diambil dari beg sandangnya. Peluh yang meleleh diseka.
“Aku dapat jemputan ke satu majlis ni. Jom  ikut aku. Segan la aku nak pergi sana sorang-sorang.”
“Kau dapat jemputan majlis?” dia memandang Afiq Danial atas bawah berulang kali.
“Tak payah kau nak buat muka cengang. Normal la orang macam aku dapat jemputan. Aku kan ada bau-bau bacang bertaraf VVIP. Jadi kau tak payah nak heran sangat.”
“Hehehe... Iye, iye. Tapi... Ish! Kau ni...” Zafina Erisya buat muka teragak-agak dengan ajakan Afiq Danial.
“Jom la Zaf teman aku.” Afiq Danial bersuara seakan-akan merayu.
“Malas la aku. Kau ajak la awek cun kau tu.” dia bangun dan berjalan keluar dari gym.
“Awek aku balik kampung la. Katanya ada kenduri kawen belah akak saudara dia.” Afiq Danial membuntuti Zafina Erisya.
“Adoi... Apa kebaikkannya aku ikut kau pergi majlis tu?” dia berhenti melangkah. Muka Afiq Danial dipandang tanpa riak.
“Tadak apa sebetulnya. Tapi jom la. Aku teringin nak pergi majlis grand macam tu.” Afiq tayang muka kesian. Minta persetujuan Zafina Erisya.
“Okey laa... Aku setuju. Tapi dengan syarat, tadak siapa tau siapa aku.” dia sengeh pandang muka Afiq Danial.
“Iye. Itu aku tau la. Bukan kali pertama kau pesan aku macam tu. Memang acap kali kita keluar kau pesan. Dah penuh telinga aku dengan pesanan yang sama dari kau. Pesanan awek aku pun dah tak boleh nak masuk,” Afiq lepas keluh.
“Mengeluh kau dapat kawan banyak songeh cam aku ni. Hehehe...” dia terus berjalan ke arah motorsikal besarnya sambil Afiq Danial ikut dari belakang dengan senyum.
‘Woi! Tak payah senyum happy sangat. Kang cium tiang kau berangan dapat pergi majlis grand.” dia menyarung helmet dan kemudiannya mereka meneruskan perjalanan merentas lautan jalan raya.
****
“Zaf!!! Jerit Afiq Danial dari luar pagar rumah Zafina Erisya.
“Iye, iye aku datang ni.” kalut dia menyarung kasut dan menghampiri kereta Afiq Danial. “Kau dah kenapa  gila jerit nama aku gitu. Malu tau tak dengan jiran sebelah menyebelah.” terus dia bebel Afiq Danial sebaik dia masuk dalam kereta.
“Dah kau tu lambat sangat kenapa? Bersolek ke? Kau touch up kat mana? Aku tak nampak pulak bedak atau gincu kat muka ngan bibir kau.” Afiq merenung muka Zafina Erisya.
“Aku baru bangun la masa kau datang tadi. Aku terlena lepas solat zohor.” dia buat muka tak bersalah.
“Adoi... Kau ni memang tomboy paling senget la penah aku jumpa.” Afiq Danial geleng kepala.
Zafina cuma tersenyum. Tali pinggang keselamatan ditarik menyilang ke badannya.
“Dah, dah. Kau tak payah nak usha aku lebih-lebih. Karang kau cair lak dengan kemachoan aku ni. Untuk pengetahuan kau, macho aku khas untuk awek je. Kau tak tersenarai. Sekarang jom blah.”
“Ceh! Tak habis dengan macho. Blah aar kau. Tomboy senget!” Afiq tukar gear kereta dan terus meluncur laju merentas jalan raya.
“Thanks bro. Kau sedar jugak yang aku ni senget.” selamba saja dia sengeh.
Afiq Danial terus memandu tanpa dia hiraukan Zafina Erisya disebelah yang sedang asyik dengan PSPnya. Zafina Erisya memang hantu game. Kemana saja dia pergi, PSPnya memang tak pernah dilupa bawa. Berkepit saja dia dengan PSPnya tu.
“Zaf! Telefon kau bunyi tu.” Afiq Danial menepuk paha Zafina Erisya.
“Opocot! Kau apahal tampar aku? Kepingin nak kena sekeh aku ke ni?”
“Kepala hotak kau! Tu telefon kau bunyi.” muncung mulut Afiq Danial tunjuk arah telefon Zafina Erisya.
“Owh.” telefon dicapai dan dia terus menjawab panggilan tu.
“Hello, assalamualaikum...” kata salam diberi. Bibirnya ukir senyum bila salamnya dijawab lembut.
“Iye. Aku dengan Afiq. Dalam perjalanan nak pergi ke satu majlis. Kenapa yer?”
Afiq Danial menjeling sekilas. Dia nampak wajah Zafina Erisya berkerut seribu. Kemudian dia tengok Zafina Erisya anguk berkali-kali.
“Okey. Esok aku datang. Iye, iye. Aku datang. Dah-dah pergi buat keja.” talian dimatikan.
“Apa kes Zaf? Serius aje aku tengok.”
“Tadak apa. Kes kecik jer.” dia  menghela bagai mengeluh.
Afiq terus memandu. Setengah jam kemudian mereka pun sampai. Mereka melangkah masuk. Zaf berdiri disuatu sudut. Keriuhan majlis tu langsung tak terkesan dihatinya. Sesuatu sedang bergolak dalam jiwanya.
****
Lepas solat subuh, Zafina Erisya terus menunggang motorsikalnya membelah arus jalan raya yang masih kurang sesaknya. Hatinya yang kacau bilau masih rancak bergolak. Dia kena selesaikan perkara tu secepatnya. Nekad naluri kecilnya.
“Assalamulaikum...” Zafina Erisya memberi salam setelah dia turun dari motorsikalnya. Rambut yang kusut disikat  kebelakang dengan tangan setelah helmet dibuka.
“Waalaikumussalam... Laa, Zaf rupanya. Kenapa datang tak telefon dulu.” wajah yang masih cantik walaupun sudah ada garis-garis kedut menjengah dimuka pintu.
“Hehehe... Saje nak suprisekan makcik Zaf yang cantik molek ni.” senyum ramah Zaf terukir dibibir. Tak sunyi bibirnya melontarkan kata pujian berbaur usikkan..
“Meh naik Zaf. Patut la hati makcik ni teringin sangat nak buat sambal sotong. Rupanya Zaf nak datang. Hehehe...”
“Haaa? Makcik buat sambal sotong? Aduh! Makcik dah buat saya lapar ni.” laju Zafina Erisya menapak anak tangga rumah.
“Amboi... Makin tegap anak makcik sorang ni. Kerja macam mana? Okey tak?”
“Kerja okey makcik. Qirroh mana?” matanya meliar mencari.
“Qirroh ada di rumah mak saudara dia kat hujung kampung tu. Kejap lagi balik la tu. Zaf pergi la rehat dulu. Nanti siap lauknya makcik panggil.”
“Iye makcik.” Zafina Erisya masuk dalam bilik. Dia dah memang biasa bertandang ke sini. Jadi memang tak kekok la dia dengan suasana rumah tu.
Badannya dihempas atas tilam. Beberapa minit kemudian dia bangun dan berjalan menuju ke jendela yang terbuka. Angin petang menyapa mukanya. Damai dan tenang sekali dia rasa. Matanya dipejam.
Tiba-tiba dia terasa  badannya dipeluk dari belakang.
“Aku terlalu rindukan kau. Terima kasih kerana sudi datang.” kata-kata tu singgah di gegendang telinganya.
“Haa?” Cepat dia kalih dan menolak tubuh tu. Pintu bilik dilihat dah tertutup rapat. Gerangan yang berdiri didepannya dipandang. Ada senyum kegembiraan terukir diwajah tu.
“Apa kau cakap ni? Aku sudi datang sebab nak bincangkan hal tu. Bukan mengiyakan dan terima huluran kasih kau. Kau milik orang, sedar diri tu sikit!” suara Zafina Erisya perlahan tapi tegas.
“Aku tahu dan aku sedar. Tapi aku tewas dalam mengekang rasa yang hadir ni. Aku sendiri kusut kenapa rasa ni terlalu kuat untuk kau!”
“Kau sedar tak Qirroh, apa yang kau rasa tu hanya mengundang derita yang kau sendiri sudah sedia maklum akannya.”
“Aku tahu Zaf.” Qirroh tunduk memandang lantai.
“Sudah laa... kesian Afiq. Dia betul-betul sayangkan kau. Dia pernah cakap dengan aku, yang dia nak kau jadi permaisuri hidupnya. Dia hanya nak kau Qirroh. Buka la pintu hati kau untuk dia. Dah lama dia menunggu kau. Kau sendiri boleh nampak kasih yang dia curah untuk kau, kan?”
“Zaf, aku nampak semua tu. Tapi hati aku ni, arahnya hanya pada kau. Langsung tiada untuk Afiq!”
“Aduh... Dah la Qirroh.” Zafina Erisya melangkah keluar. Namun jemarinya cepat disambar Qirroh.
“Aku sayangkan kau. Tiada pernah sekali hati ni berpaling dari terus mengasihi kau.”
Tanpa berpaling dia menarik jemarinya dan terus keluar dari biliknya. Dia terus berlalu ke dapur.
“Makcik! Harumnya sambal sotong ni. Perut Zaf dah berlagu sakan ni. Zaf nak makan sekarang la makcik.” dia terus duduk dimeja makan.
“Anak makcik ni. Memang tak boleh langsung dia dengan sambal sotong.” kepala Zafina Erisya digosok perlahan.
Qirroh datang  ke dapur. Langkahnya longlai. Dia memandang Zafina Erisya yang sedang makan dengan lahapnya. Tercuit sedikit hati lesunya melihat telatah Zafina Erisya bila jumpa sambal Sotong. Macam anak kecil saja lagaknya.
“Kamu dah balik Qirroh? Malam nanti ada lagi ke?”
“Ada lagi mak. Tapi Qirroh tanak pergi la. Tadi Makcik Bayah ada tanya pasal mak. Dia mintak mak datang malam ni.” Qirroh kerling Zafina Erisya yang sedang makan bagai dah tak ingat dunia.
“Iyalah. Mak pergi malam ni.” Mak Qirroh melangkah keluar rumah dari pintu dapur.
Melihat maknya dah keluar, Qirroh menghampiri Zafina Erisya yang sedang makan. Lama dia merenung wajah tu. Teringin benar untuk dia mengusap wajah yang membuatkan dia tak tidur lena. Yang selalu membuatkan hatinya meracau rindu. Yang selalu buatkan jiwanya meratap kasih tanpa luak.
“Dah la kau tenung aku. Pergi ambil pinggan teman aku makan. Lagi baik. Baru solehah. Bukan kenyang pun kau tenung aku. Dah, pergi cepat!”
Senyum terukir dibibir Qirroh. Tapi hatinya masih kelat dengan kasih yang melata dalam jiwa. Rindu yang mekar kian berduri kelopaknya. Sakit hatinya menanggung rindu yang tak mungkin berpenawar.
****
Malamnya...
Qirroh melirik maknya yang sedang bersiap-siap mahu ke rumah kenduri.
“Mak, nanti cakap ngan Ita, esok Qirroh datang awal untuk temankan dia pergi butik ngan bersolek.”
“Iye laa...” pendek maknya menyambut apa yang dipesan.
Zaf diam. Tumpuannya banyak pada game PSPnya. Perbualan Qirroh dengan maknya langsung tak di endah. Sesekali dia membelek-belek telefonnya dan jarang-jarang dia alih pandangan ke skrin televisyen.
“Kau tunggu call ke? Dari tadi aku tengok kau asyik kerling aje telefon tu.”
“Hehehe... Tak adalah. Aku saja tengok chat dari group aje,” dia sengeh.
“Mak pergi dulu Qirroh. Duduk elok-elok. Jangan dok bergaduh.” pesan mak Qirroh. Dia dah masak sangat dah dengan budak dua orang ni. Memang sentiasa ada saja agenda yang nak dibisingkan. Selalu saja riuh rumahnya kalau Zafina Erisya dan Qirroh bertemu.
“Jalan elok-elok mak.” jerit Qirroh dari muka pintu.
“Jatuh bangun sendiri yer makcik. Zaf tadak nak tolong angkat.” jerit Zafina Erisya dari dalam rumah.
Qirroh menuutup daun pintu setelah kelibat maknya tenggelam dalam pekat malam. Dia menghampiri Zafina Erisya yang sedang ralit main game. Telefon Zafina Erisya dicapai dan satu persatu application  dibuka.
“Qirroh, kenduri apa kat umah makcik kau tu?”
“Kenduri kawen.”
“Kau nanti, buat kenduri besar-besar yeh. Aku datang sebulan awal uruskan kenduri kawen kau. Dan temanya biar aku yang tetapkan.”
“Kau nak letak tema apa?” Qirroh pandang muka Zafina Erisya.
“Tema kegelapan. Duckness Theme. Huhuhu... Seramnya temanya kau Qirroh.” Zafina Erisya buat gaya yang menakutkan.
“Iye bagus. Selain seram, tema tu jugak bermaksud kegelapan kasih aku untuk kau, kan? Titik buta yang buatkan aku tergagau-gagau mencari sinar kasih disebalik hadirnya sayang aku untuk kau,” mukanya serius.
Zafina Erisya bangun dan berjalan menuju ke biliknya. Sukar untuk dia bernafas tiap kali Qirroh bercakap pasal hal tu. Entah bagaimana untuk dia fahamkan Qirroh. Dia tak mampu untuk menyambut kasih tu. Bukan tak mampu, tapi sememangnya dia tak boleh. Mereka sehaluan. Penampilannya saja yang berlainan.
Zafina Erisya terlentang atas katil sambil memandang kipas yang berputar. Hatinya resah. Sukar dari jangkaan sungguh untuk dia selesaikan perkara ni. Perlahan-lahan dia pejamkan matanya.
Qirroh mengeluh sendirian diruang tamu rumahnya. Telefon Zafina Erisya yang masih ditangannya dibelek lagi. Dia mengeluh lagi. Kemudian dia bangun. Kakinya ringan menapak masuk ke bilik Zafina Erisya. Niatnya mahu sekadar menjengah.
Dari muka pintu dia melihat Zafina Erisya lena-selenanya bagai baby yang kekenyangan lepas menyusu. Dia melangkah masuk. Wajah tu diamati sepuas hatinya.
‘Kenapa kau yang bertakhta dihatiku? Kenapa kehadiran kau sering membuatkan hati aku berdenyut? Kenapa kau yang mencuit kamar hati ku? Kenapa? Kenapa kau?” bertalu soalan yang terbit dari bibir Qirroh. Air matanya berderai tanpa sedar. Terduduk dia dibirai katil menahan sebak.
“Qirroh? Kenapa ni? Kenapa kau nangis?” Zafina Erisya terbangun bila telinganya menangkap bunyi esakkan tangis. Dia melihat tangan Qirroh yang masih menggenggam telefon miliknya.
“Qirroh? Kenapa ni? Kau sakit?” Perlahan-lahan dia turun dari katil dan duduk disebelah Qirroh. Dagu Qirroh diangkat perlahan-lahan dan wajah tu dipandang sayu.
“Kau kenapa ni? Cakap kat aku, yeh.” lembut dia bersuara.
Tanpa kata yang lahir, Qirroh terus memeluk Zafina Erisya. Bertambah kuat esakkan tangis Qirroh. Biarlah malam ni dia lepaskan segala yang terkurung. Huraikan segala yang terbuku. Agar tiada lagi sesak yang sering buatkan dia senak.
Zafina Erisya biarkan saja Qirroh. Biar Qirroh lepaskan segalanya.
“Menangis la kau Qirroh. Lepaskan semua.”
“Aku sayangkan kau. Terlalu sayangkan kau.”
“Iyer, aku tahu.”
Bila esakkan Qirroh dah semakin berkurang, Zafina Erisya leraikan pelukan.
“Zaf, aku tak tahu kenapa hati aku ni terlalu sayangkan kau. Mengasihi kau. Aku  bukan tak sedar akan natijah dalam hubungan ni. Tapi aku tak kuat untuk menolak degupan yang hadir untuk kau.” Qirroh tunduk memandang lantai. Air matanya masih menitis.
“Qirroh, maafkan aku atas keterlanjuran ni. Bukan niat aku untuk mencuit hati kau. Bukan niat aku untuk buat kau sengsara. Aku juga rintih dan lirih melihat keadaan kau. Hati aku sedih dan pedih melihat air mata kau gugur kerana aku. Aku betul-betul tak sangka begitu lara hati dan jiwa kau. Maafkan aku Qirroh.” jemari Qirroh digenggam erat.
“Aku juga bersalah Zaf. Tak kuat melawan rasa yang terbenih ni. Aku heret kau dalam situasi yang kau sendiri tak pernah akur. Dalam ombak perasaan aku sendiri. Aku bersalah Zaf.”
“Qirroh, sudah la... Fikirkan pasal Afiq. Lelaki yang amat menyayangi dan mengasihi kau. Kasihnya jujur untuk kau. Terimalah dia seadanya.”
“Zaf, beritahulah bagaimana harus aku lunturkan kasih yang dah terlukis dalam kanvas hati aku ni? Kasih yang wujud pada kali pertama aku mengenali kau. Kali pertama aku terpandang kau. Jika aku terima kasih Afiq sekalipun, belum tentu aku dapat mencantas perasaan ni. Kau tahu Zaf, mengenali kau, aku telah pelajari segalanya. Aku belajar erti kasih, erti sayang dan erti rindu. Kehadiran kau membuat aku faham erti degup yang berdendang.” dia mengangkat mukanya memandang wajah bersih Zafina Erisya.
“Qirroh, sekali lagi aku minta maaf. Aku bukan untuk kau. Telah diciptakan seseorang untuk kau dan juga aku. Mungkin Afiq adalah jodoh yang telah ditetapkan untuk kau. Carilah dia dalam timbunan kasih yang kau hadirkan untuk aku. Pasti disebalik timbunan tu kau akan menjumpai pintu kasih kau untuk Afiq.”
Qirroh diam. Pandangannya dialih ke arah lain. Menatap wajah Zafina Erisya, menambah ribut dalam hatinya. Dapatkah dia melupakan Zafina Erisya. Gadis tomboy yang penuh keceriaan, sengal, senget, mereng dan gila-gila. Boleh dikatakan semua rencah ada dalam diri gadis tegap dan macho tu.  Gadis tomboy yang telah mencuit hati kecilnya. Hati yang dah lama usang untuk disemai dengan kasih dan sayang.
“Qirroh, mungkin hadir aku telah mengajar kau semua tu. Tapi semestinya yang wujud tu bukan untuk aku. Tapi untuk kau curahkan pada orang lain. Orang yang selayaknya untuk kau. Berilah kehormatan yang selayaknya untuk kasih dan sayang kau. Jangan kau merendah-rendahkannya dengan meletakkan ia ditempat yang salah. Kau faham apa yang aku cakapkan ni?” wajah Qirroh dicari.
“Aku faham la sengal. Hehehe... Zaf, aku tak mungkin melupakan kau. Dalam hati aku ni sentiasa wujud kasih untuk kau walau secebis. Tak akan aku biarkan terpadam api rindu yang menyala untuk kau. Kau dengar tak kata aku?” walaupun hadir senyum dibibir Qirroh tapi pahitnya sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata.
“Aku dengar la, mek semek. Hahaha... Aku harap lepas ni kau boleh manage slowly hati kau tu. Jangan biar ia ditawan oleh nafsu keinginan untuk berkasih. Kau gunalah akal kau untuk menilai setiap desakkan dan keinginan hati dan jiwa kau dalam membuat keputusan,” Dia senyum. Dia dapat lihat mendung yang keruh pekat kini sedang berarak pergi. Ada sedikit kelegaan dalam hatinya. Kerisauan kian surut.
“Kau dah ok ke?”
“Dah.”
“Meh aku nak dengar degup jantung kau. Ada lagi tak irama yang menyebut nama aku.” kenakalan mula muncul disebalik keseriusannya tadi.
“Ishh... Kau ni. Tak payah nak buat pening sengal kau tu. Kang aku tarik balik keputusan untuk terima Afiq, baru kau terngadah.”
“Eh-Eh, apa kes main ugut-ugut ni. Janji yang dimeterai dengan lafaz kata mana boleh diundur atau ditarik balik. Bak kata pemuitis, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata perlu dikota. Hahahaha...”
“Ooii! Asal pelik aje kau punya kata-kata puitis. Aku rasa tu peribahasa la... bukan puitis. Ish, ish... Kalau dah datang mereng dia tu, memang tak boleh nak kata apa dah la,” Qirroh geleng kepala.
“Hehehe... Nak buat macam mana, aku ni special sikit. Didatangkan khas ke bumi dengan rencah yang sebegitu. Jadi kau perlu terima aku sebagai kawan kau seadanya diri aku. Deal my lovely girlfriend?” dia tayang sengeh.
“Iyer la... Kau tu memang special. Hehehe... Esok jom ikut aku pergi rumah kenduri. Kita jadi pengapit pengantin. Deal my lovely tomboygirl?”
“Kau panggil aku apa?” dia bulatkan matanya.
“Hahahaha...” Qirroh ketawa besar.
“Hudohnya kau gelak macam tu. Dah rupa macam jerangkung. Weh, aku sudi ikut kau. Tapi kau jangan bocorkan pada sesiapa, siapa aku. Faham?”
Ketawa Qirroh makin menjadi-jadi. Lucu betul dihatinya bila Zafina Erisya buat mata besar gitu padanya.
“Sudah la dengan gelak kau! Kau dengar tak pesan aku?” suaranya sedikit meninggi.
“Aku dengar la. Hahaha...”
“Ooii! Kuat betul kau gelakkan aku. Nanti kau.” Zafina Erisya melihat sekeliling dan ternampak singletnya yang belum dibasuh. Dia sengeh.
“Qirroh! Nah cium singlet terhangit dipasaran! Hahaha...” dia terus bangun melarikan diri. Tahu dah dia, kalau tunggu memang cari nahas la...
Hingar bingar rumah tu dengan aksi kejar mengejar Zafina Erisya dengan Qirroh. Ada saja kenakalannya yang membuatkan Qirroh naik bengang. Hatinya lapang sekarang. Harapnya Qirroh tak lagi mengharap kasih darinya. ‘Qirroh kasih kau untuk aku hanyalah satu persinggahan sebelum kau menemui kasih mutlak yang dah ditakdirkan untuk kau. Bersabarlah kau dalam menantinya’ kata-kata tu terbisik dalam hatinya untuk gadis yang bernama Aqilya Syaqirroh.
Sekian...

JIka Aku Jodoh Kau......?



Jika Aku Jodoh Kau.....?
Speaker!” kuat laungan Izran Hakim bila matanya tertancap pada sekujur tubuh yang sedang berdiri mengadap laut. Dia sengeh dan terus berlari menghampiri orang tu.
Speaker! Tak dengar yeh aku panggil kau?” suaranya tersekat-sekat mengah kerana berlari.
Insan yang dipanggil speaker tu berpaling. Muka Izran Hakim dipandang tanpa secalit senyum. Lama dia merenung wajah Izran Hakim.
“Kenapa kau tenung aku macam tu? Rambut aku kusut sangat ke?” cepat dia kemaskan rambutnya dengan tangan.
“Aduhai Iz. Kau ni poyo tak habis! Bila aku tenung kau aje, mula la kau  rasa macam ada yang tak sempurna kat diri kau. Sentiasa nak nampak perfect walau  sememangnya tunggang langgang pengurusan kau hari-hari. Otak aku ni pun dah tak boleh nak terjemah sikap dan tindakan   kau,” Dini Syafrina menggeleng. Kemudian dia kalih memandang arah laut semula.
Izran Hakim tayang sengeh. Dia selesa bersama gadis ni. Gadis yang periang walau hidupnya penuh dengan dugaan. Gadis ni betul-betul membuat hati kecilnya terusik.
Izran Hakim pandang wajah Dini Syafrina. Wajah tu masih sepi dari mengukir senyum. “Kau ni kenapa? Muram durja aje aku tengok? Putera idaman melangkah pergi tanpa tinggal sebarang pesan?” Izran Hakim cuba mencuit hati Dini Syafrina dengan kata gurau.
“Kau ni dah kenapa jerit panggil aku gitu? Seluruh alam semesta pandang aku. Memang sengal la kau ni.” Dini Syafrina kembali memandang muka Izran Hakim.
“Haaa?” Izran Hakim blur.
“Apa haaa?”
“Macam tak kena aje jawapan kau bagi soalan aku?”
“Dah laa.. Jom aku nak balik.”
“Haaa? Dah nak balik? Aku baru aje sampai. Pantai ni belum lagi kenal aku dengan mesranya semesranya. Kau dah nak balik. Apa hal ni? Relaks la dulu dengan aku. Seminggu aku busy tak dapat jumpa kau, hari ni ada ruang aku nak la lepaskan rindu yang dahaga senyum kau ni.” tangannya diletak pada dada sebelah kiri.
“Banyak kau punya rindu. Dah la aku nak balik. Kalau kau rasa pantai ni belum lagi bermesra dengan pantai, kau tunggu aje la kat sini. Apa kena mengenanya dengan aku.  Bukan kena GST pun, kan. So kau boleh la nak bermesra selama mana yang kau nak. Aku serius nak balik.”
“Alaa... Kau tunggu la kejap dengan aku. Kau sendiri cakap tak kena GST, jadi tadak masalah la kau temankan aku.” dia sengeh mohon Dini Syafrina setuju.
“Ishh... Kau ni, memang tak faham  Bahasa Melayu betul!”
Muka Dini Syafrina ditenung. Wajah redup tanpa seri senyum tu ditilik tanpa jemu.
“Kau dah kenapa pulak tenung aku? Nak propose aku kat sini ke?”
“Hahaha... Kau terima ke kalau aku propose kau?”
Dini Syafrina diam. Dia kembali lemparkan pandangnya pada laut. Pada laut yang sering menjadi pendengar setia.
“Hahaha... Diam kau.”
Izran Hakim menguis pasir dengan kakinya. Nama Dini Syafrina diukir pada lembaran pasir di gigi pantai. Datang ombak  perlahan-lahan nama yang diukir lenyap dibawa arus. Lagi dia mengukir nama Dini Syafrina dipasir.
Dini Syafrina melihat kelakuan Izran Hakimi yang mengukir namanya berkali-kali dipasir setelah dilenyapkan arus ombak.
“Tadak kerja.”
Izran Hakim cuma senyum. “Kenapa kau kusut? Aku dapat rasa ada resah yang menghuni hati kau. Kongsi la dengan aku. Aku kan kawan merangkap BFF kau. Jadi aku sedia mendengar segala kusut dan resah kau.” tanpa memandang Dini Syafrina dia bersuara.
“Tadak apalah. Sikit saja runsing ni. Nanti-nanti elok la.”
“Sikit kau cakap? Selama aku disini dengan kau, masih belum ada senyum dibibir. Aku dapat rasa hempasan pantai yang tak seperti selalu. Kau bagai bateri yang habis power. No energy...
“Hahaha... Aku bukannya robot yang melalui hari-hari tanpa perasaan. Aku manusia. Setiap manusia tak akan boleh lari dari perasaan yang bercampur baur. Dengan sebab adanya perasaan macam tu barulah dinamakan kehidupan. Bukan macam kau, manusia tak normal. Tunggang langgang.”
“Tunggang langgang pun normal apa. Sekurang-kurangnya aku jadi pelengkap pada kitaran hidup manusia yang mempunyai pelbagai jenis ragam dan karektor. Sebab tu setiap diantara kita ada keunikannya yang tersendiri. Keunikan tu la yang diukur sebagai kelebihan dan kekurangan.” Izran Hakim sengeh.
“Ooo... Jadinya kau nak cakap yang tunggang langgang kau tu, keunikan kau la. Yang boleh dianggap kelebihan kau?”
“Hahaha... Terpulang cara kau pandang dan nilai aku. Jika itu kau anggap kelebihan aku, terima kasih. Tapi jika kau anggap itu kekurangan aku, kau kena terima aku seadanya. Kerana itulah diri aku.”
“Selama ni aku tak terima kau ke?”
“Hehehe.... Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku yang banyak sangat kurangnya.”
“Dah la cakap pasal ni. Lagipun aku rasa dah lepas kot rindu kau kat deruan ombak ni? Kalau dah, jom kita blah.”
Speaker, kau dah nak blah? Selalunya kau tak kan pergi diwaktu begini. Kau tak kan lepaskan saat ni. Saat mentari senja sedang terbenam.”
“Lain kali la kita tengok.” Dini Syafrina terus berjalan pergi.
Izran Hakim mengeluh perlahan. Dia tak dapat nak merungkai resah yang melanda jiwa Dini Syafrina. Perlahan-lahan dia ikut langkah Dini Syafrina. Risau dia dengan Dini Syafrina tu. Memang terjelas dimatanya yang gadis tu sedang bertarung sendirian menentang gelora yang melanda dalam jiwa.
                        ****
Dini Syafrina terlentang atas katil sambil memandang siling. Hatinya betul dalam resah. Dia kusut dengan desakkan orang disekelilingnya. Kenapa mereka tak mahu memahami dan mengerti kehendak dan kemahuannya? Dia langsung tiada jawapan.
Tapi kekadang semua tu lenyap sebentar bila dia bersama Izran Hakim. Seorang lelaki yang dia baru saja kenal tapi selesa bila bersama. Setiap baris kata-kata yang terbit dari lelaki tu kekadang membuat dia berfikir. Kekadang buatkan dia senyum dan ketawa. Kekadang buatkan dia sakit hati, kekadang buatkan dia rasa dihargai dan buatkan dia rasa difahami.
Bila kelibat Izran Hakim muncul dalam kotak memorinya, tanpa sedar bibirnya mengukir senyum. Dia sendiri hairan kenapa jejaka tu selalu buat dirinya terasa bebas untuk berfikir dan berbicara. Bebas untuk dia buat keputusan apa saja tanpa dibelenggu kongkongan.
“Hehehe... Izran Hakim.” Tetiba nama tu terpacul dari bibirnya tanpa sedar.
“Oops! Cepat-cepat dia tutup mulutnya dan melihat sekeliling. Mana la tau kot ada yang sedang melihatnya gelagatnya dalam diam.
Bila dah pasti tiada orang, dia ketawa sendiri.
Dirumah, Izran Hakim resah dengan risaunya terhadap Dini Syafrina. Kehulu kehilir dia dalam bilik. Telefon yang berada atas katil ditenung. Gatal saja tangannya untuk mendail nombor telefon Dini Syafrina. Hatinya debar untuk bertanya khabar. ‘Aik? Iz, sejak bila hati kau dah pandai berdebar ni?’ benaknya bersuara hairan.
Dia senyum sendiri kemudiannya. Dia duduk dibirai katil. Galeri yang ada dalam telefonnya dibuka. Setiap moment dia bersama Dini Syafrina disimpan dalam telefonnya. Dia senyum tengok telatah mereng senget Dini Syafrina. Keceriaan yang dibawa gadis tu kekadang membuat hatinya berdenyut sumbang. Geleng kepalanya bila memori bersama Dini Syafrina datang menjengah. Makin lebar senyumnya.
“Gadis sewel.” Tiba-tiba perkataan tu keluar dari bibirnya.
“Siapa yang sewel, Iz?”
Abangnya menyapa tanpa salam. Dari tadi dia berdiri dimuka pintu perhatikan Izran Hakim.
“Hehehe... tadak siapalah.” cepat telefonnya di letakkan atas bantal bila abangnya Syariff menghampiri.
“Tak payah la kau nak sorok dari aku. Gelagat kau tadi dah menceritakan segalanya pada aku. Kau fall in love ke? Senyum kau tadi lain betul dari yang selalu aku tengok. Fall in love?”
“Mana ada la. Kawan aje.”
“Jadi bila kau nak kenalkan ‘kawan aje’ kau tu dengan aku?” muka Izran dipandang dengan senyum.
“Buat apa?” Izran hairan .
“Untuk kenal laa... Kan bakal adik ipar aku. Semestinya aku nak kenal.”
“Apa kau mengarut ni? Aku ngan dia just kawan je. Tak lebih dari tu.”
“Iya la... Kau dengan dia just kawan. Tapi tak salah kalau aku nak kenal, kan? Mana tahu kot dia tersangkut dengan aku. Boleh dia jadi kakak ipar kau.” Syariff ketawa besar.
“Waaaa... Akak Anis tu mana kau nak campak?”
“Termasuk Akak Anis kau la. Dua sekali. Kau tanak ke dapat dua kakak ipar sekali gus?” Keningnya diangkat berkali-kali.
Waahhh! Banyak hensem kau punya muka. Semua kau nak kaut. Dah cukup bekal ke kau tu nak berbini dua? Sanggup ke kau tanggung dosa kecik, besar diorang? Termasuk dosa  kecik, besar kau sekali?” Kali ni giliran Izran pulak angkat keningnya berkali-kali.
“Hehehe... Kau kan ada. Kau guide la aku untuk jadi adil dan suami yang soleh untuk diorang.
“Mak aai... Bijaknya abang aku ni. Dah-dah tak payah fikir nak berbini dua kalau gitu. Ke laut nanti rumahtangga kau.”
“Hahaha... Memang tak pun. Akak Anis kau adalah wanita yang terbaik pernah aku kenal. Tak mungkin untuk aku duakan kasihnya. Kau doakan kasih aku dan Anis kekal sampai ke Syurga ye.” paha Izran Hakim ditepuk perlahan.
“In syaa Allah... Doa aku untuk kau tak pernah lekang. Segala susah payah kita akan hadap bersama yeh. Aku sayang kau” mereka berpelukan.
Pelukan dileraikan beberapa minit kemudian.
“Aku keluar dulu. Jangan nak berangan sangat. Jangan pulak kau banyak tersenyum sendiri. Nanti mereng pulak. Mati aku kena daftar kau masuk pusat bahagia.” Syariff  Hakim bangun.
“Hahaha... Cantik kau punya lawak. Aku waras lagi laa... Perkara lalu tak akan aku ulang lagi ye. Yang berlaku, aku jadikan panduan untuk terus melangkah dalam ranjau berduri ni. Kau jangan risau yeh.”
“Iye. Pergi la kau cakap dengan dia. Berterus terang. Tak salah kalau kena reject lepas luah perasaan. Yang salahnya kalau kau simpan, dan dia pun simpan... Masing-masing berada dalam anggapan sendiri. Dan akhirnya bila dah terlambat baru sedar hakikat yang wujud dalam hati masing-masing. Masa tu penyesalan menjadi punca kekecewaan.
“Kau ni dah kenapa? Asyik suruh aku luahkan aje. Nak luah apa?”
“Apa yang ada dalam hati kau tu la... Tak kan nak suruh kau cakap apa yang ada dalam hati aku pulak. Nak suruh aku confirmkan status kawan kau tu sebagai bini nombor dua aku ke?” dia berjalan keluar.
“Aku tak akan benarkan kau lukai hati kak Anis!” kuat dia menjerit dari dalam bilik. Selang beberapa minit dia terdengar gelak tawa dari Syariff  Hakim.
“Mereng betul abang aku ni.” dia bercakap sendiri dan kembali capai telefonnya. Skrin lima inci dipandang. ‘Dah pukul sepuluh. Hurmm, tak boleh call dah laa... Lewat sangat dah ni,’ bisik dia sendiri. Dia baring. Sesekali dia menguap panjang. Dan... dia terlena.
                        ****


Subuh...
Sebaik selesai solat subuh berjemaah di masjid berdekatan, Izran Hakim dan Syariff Hakim pulang dengan menunggang motorsikal. Masing-masing melayan perasaan sendiri.
“Kau ada nak kemana-mana hari ni?” Syariff  Hakim menyoal sebaik motorsikal di parkir dihalaman rumah.
“Entah. Tak kemana kot. Kenapa kau tanya?”
“Tadak apa. Saja tanya. Jangan lupa apa yang aku cakap semalam. Kau lebih tahu apa yang hati kau inginkan.” bahu Izran hakim ditepuk dan dia berlalu masuk ke dalam rumah.
“Tak habis lagi abang aku ni rupanya. Apa yang dia takut sangat entah. Macam la aku ni perempuan yang bakal menandartu. Aku ni adik lelaki dia. Lelaki!” dia merungut sendiri dan dia mengeluh. Berat kakinya melangkah masuk.
“Iz! Telefon kau bunyi la ooi!” laung Syariff  Hakim dari dalam rumah.
Dengar saja laungan Syariff  Hakim, terkocoh-kocoh Izran Hakim melangkah masuk.
“Awalnya dapat panggilan. Kalah aku, Iz. Nampak gayanya orang disana dah mabuk rindu dekat kau. Kau aje yang jual mahal agaknya.” Syariff  Hakim bersuara sebaik saja Izran Hakim melewatinya untuk masuk kebilik.
Setengah jam kemudian, Izran Hakim keluar dari biliknya. dia duduk disebelah Syariff  Hakim.
“Dah terubat ke rindu? Hehehe.”
“Tak payah la kau nak cakap aku. Cuba kau tajamkan deria pendengaran kau.”
“Apa?”
“Shuuuttt! Dengar aje.” mulut Syariff  Hakim ditutup.
“Sekarang kau dengar?”
Syariff Hakim diam mendengar.
“Eh! Tu bunyi telefon aku!” tangan Izran Hakim ditepis laju dan dia bingkas bangun berlari kebiliknya.
“Hah! Kata aku sangat dia ni. Dia pun sama macam aku. Pagi-pagi buta dah dapat call dari tunang.” Izran membebel sendiri. Saluran televisyen ditekan satu persatu. Saluran TV Alhijrah menjadi pilihan. Dia merebahkan badannya atas sofa sambil mengadap televisyen.
“Laa, tidur pulak budak ni.” geleng kepala Syariff  Hakim melihat Izran Hakim lena disitu. Dia beredar ke dapur. Sekejap kemudian dia keluar bersama air minuman. Kunci motorsikal yang ada diatas meja televisyen dicapai dan dia terus keluar.
Tak lama kemudian dia balik. sebaik kakinya melangkah masuk, dilihatnya Izran Hakim masih lagi sedap membuta diatas sofa. Makanan yang baru dia beli tadi diletakkan atas meja.
“Iz, bangun laa. Dah pukul berapa ni? Kau nak membuta sampai tengahari ke?”
“Pukul berapa dah?” matanya dibuka payah. Terkelip-kelip dia memandang wajah Syariff  Hakim yang berdiri didepannya.
“Lagi sepuluh minit, pukul sembilan.”
“Haaa? Aduh! Aku dah lambat daaa... Kenapa kau tak kejutkan aku tadi? Aiseh! Mati aku kena bebel dengan minah speaker tu.” dia bingkas bangun.
“Mana aku tahu kau ada date.  Lain kali pesan. Bukan diam gitu. Aku bukan boleh baca diari hati kau tu.” dia menjeling Izhan Hakim yang dah macam lipas kudung.
“Bukan date la!!!” kuat dia jerit dari dalam bilik air.
“Hahaha... Iye. Bukan date.” Syariff Hakim duduk dimeja makan sambil membuka bungkusan nasi lemak yang dibelinya tadi.
Setengah jam kemudian Izran Hakim keluar dari biliknya dan duduk dimeja makan.
“Mak aai! Wangi gila kau. Jumpa kawan begini punya wangi? Aku tak tahu la wangi tahap mana pulak kalau kau pergi jumpa special girlfriend.” Nasi lemak disuap.
“Hehehe... Jaga penampilan la. Kau apa tau.” Nasi lemak diambil lalu dibuka.
“Iye. Kirim salam aku kat dia ye. Cakap aje dari abang ipar. Tak salah pun. Bukan kena cukai.”
“Banyak hensem kau punya muka. Untuk pengetahuan kau, tadak title abang ipar lagi yeh. Jadi tak payah nak over.” Izran Hakim bangun dan terus menapak ke dapur.
“Hahaha...” Syariff Hakim ketawa.
“Kau dah nak pergi ye? Jangan lupa apa yang aku cakap semalam.” Syariff  Hakim melaung dari meja makan.
Tiada sahutan dari Izran Hakim. Dari dapur dia terus berjalan menuju ke pintu. Syariff hanya memerhati.
“Kirim salam ye.” Syariff senyum. Saja dia nak mengusik adiknya tu.
“Iye!” Izran menjawab geram. “Aku pergi dulu. Kau nanti keluar dengan akak Anis, kirim salam rindu aku kat dia. Bagitahu aku rindu dengan masakkan dia.”
“Iye lah. Masakan akak anis dengan akak aje kau rindu, aku kau tak rindu ke?”
“Tahik kau! Dah la aku cau dulu. See ur tonight.
Wow! Tonight? Sakan kau dating... Jumpa parent terus ke?” Tak habis lagi Syariff hakim menyakat.
“Mana ada laa... Aku cakap tonight, sebabnya kau pun nanti bila dah jumpa akak Anis, bukannya reti balik awal. Satu Malaysia korang jelajah. Jadi aku rasa malam nanti la kita bersua muka.” Syariff Hakim tersengeh cuma.
                                  ****
Izran Hakim terus menunggang motorsikalnya ke tempat yang dijanjikan. Dia tak habis fikir mengapa serius benar tutur kata Dini Syafrina pagi tadi. Macam ada hal yang amat penting untuk dikongsi dengannya.
Hatinya dikocak dengan perasaan risau. Resahnya bagai tiada tepian. Geloranya  membadai bagai tiada surutnya. Perasaannya menjadi gentar.
Tak lama menunggang dia pun sampai. Kelibat Dini Syafrina kelihatan sugul dimatanya. Resah yang menghuni tak boleh dihakis lagi. Setelah motorsikalnya dipakir dan topi keledar dibuka, dia terus menghampiri Dini Syafrina.
Speaker!”
Dini Syafrina berpaling. Wajah bersih Izhan Hakim dipandang. Dari kaca matanya bagai menceritakan sesuatu agar Izran Hakim mengerti tanpa tutur dari bibirnya. 
“Kau ada apa hal? Suara kau pagi tadi serius je aku dengar. Kau jangan cakap yang parents kau suruh kawen. Dan calonnya kau pilih aku.” serius Izran menutur kata.
“Kau ni, memang tak pernah habis dengan ayat yang memang tak boleh blah macam tu. Harap sangat untuk aku suruh kau propose. Tak habis-habis perasan.”
“Habis tu? Kau dah apa kes?”
“Akak aku. Aku risau dengan dia.”
“Kenapa pulak ni? Cuba kau cakap dengan aku. Tapi sebelum tu, apa kata kalau kita cari tempat duduk. Kaki aku ni rasa macam batang kelapa aje dah berdiri gini.”
Mereka berjalan ke arah kerusi simen yang ada kat situ. Masing-masing melabuhkan punggung. Izran terus memandang muka Dini Syafrina minta diteruskan cerita tadi.
Perasan dengan renungan dari Izran Hakim, Dini Syafrina menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Dia bagai mencari kekuatan untuk melahirkan rasa yang tersembunyi dalam hatinya.
“Kenapa kau diam? Cakap la dengan aku. Nanti aku tolong hulurkan opinion kat kau. Aku tak kenakan charge  sebab kau kawan aku,” Izran sengeh. Tak pernah serius.
“Aku bosan dengan desakkan orang yang dekat dengan aku. Diorang ingat bercinta cintun ni senang? Macam makan coklat ke? Nak manis je. Aku tak suka. Aku lebih serahkan semua ni pada ketentuan Allah. Jodoh yang ditentukan oleh Nya,” Dini Syafrina mengeluh. Tiada senyum yang terukir dibibirnya. Serius sungguh!
“Iye... Boleh aku tanya kau?
Dini Syafrina berpaling arah Izran Hakim. Keningnya diangkat.
“Bagaimana jika aku jodoh kau? Boleh kau terima aku sedanya diri aku? Boleh kau mengasihi aku selayaknya. Sebagai teman serumah, sebilik, sekatil dan menjadi sebahagian dari hati aku?”
Jika kau ditakdirka untuk aku, tak layak aku untuk pertikaikannya. Tapi aku banyak berdoa yang perancangannya bukan aku pelengkap tulang rusuk kau.”
“Kau tak sudi?”
Dini Syafrina diam. Dia lempar pandangan jauh merentasi segala yang ada didepan matanya.
“Hehehe... Itu je ke yang serius sangat kau nak cakap dengan aku? Sikit sangat speaker.”
Dini Syafrina hela nafas panjang. Keluh untuk lepaskan segala beban.
“Akak aku dah nak kawen.” Dia bersuara tanpa memandang wajah Izran Hakim.
“Ok. Congratulation. Dah tu apa masalahnya?”
“Tapi aku tak suka lelaki tu.”
“Haaa? Apa kaitannya dengan kau? Akak kau yang nak kawen bukan kau. Akak kau yang sukakan lelaki tu. Dan aku pasti lelaki tu pun sayangkan akak kau. Kau tak suka tadak kena mengena. Itu lain hal. Parents kau setuju kira dah ok laa... Yang kau ni sibuk pulak nak membangkang dah apa kes?”
Dini Syafrina tarik nafas lagi. Kali ni dia pandang muka Izran Hakim.
“Kau jadi abang ipar aku.”
“Haaaa??” terkejut Izran Hakim bila dia dengar ayat tu keluar dari mulut Dini Syafrina.
“Boleh yeh?”
“Kau kena wabak dari mana ni?”
“Aku serius nak kau kawen dengan akak aku. Jadi abang ipar aku. Aku teramat sayangkan akak dan aku percaya hanya kau mampu jaga dia dan mengasihi dia lebih dari orang lain.”
“Wow! Confident betul kau dengan aku. Kau sendiri cakap aku tunggang langgang. Senget, mereng, segala bagai title kau bagi aku. Dan sekarang kau nak aku kawen dengan akak kau? Kau tak takut ke nanti aku senget mengetkan akak kau?”
“Hehehe... Tu sebabnya aku nak kau kawen dengan akak aku. Akak aku tu lurus sikit orangnya. Orangnya sedang-sedang aje. Nak kata cantik tu tak la sangat. Tapi rupa tu ada laa. Kalau nak dibandingkan dengan kau, memang jauh la sangat. Dan boleh dianggap macam beauty and the beast versi Malaysia laa... Tapi akak aku tu pun macam kau jugak. Pengurusan hari-hari kelam kabut. Cara dia dress up, ikut mood dia la. Kalau dia nak nampak cantik, dia memang bersiap cantik-cantik. Tapi kalau dayang mood malas, dia cekau aje apa yang ada. Asalkan tutup aurat dah. Hehehe... Kau kena sabar sikit la dengan dia. Sebab dia tu degil banyak.”
“Hahaha... Kau speaker, macam dah confirm sangat nak aku kawen dengan akak kau. Siap berprofil akak kau lagi. Patut la kau tak doakan aku jodoh kau. Kau dah tetap aku untuk jadi jodoh akak kau rupanya. Aduyai speaker. Kau ni ada je perkara pelik kau nak buat.”
“Kau nak tak?”
“Kau gila nak aku bagi keputusan sekarang. Lagipun apa kurangnya pilihan akak kau tu. Dia baik, kan?”
“Entah laaa... Aku tengok macam ada something wrong aje dengan mamat tu. Boleh lepas seminggu dia datang rumah, dia jumpa aku kat cafe, ajak aku couple dengan dia. Terkejut tahap gorila aku. Tak tunggu dah aku. Laju aje aku blah dari situ. Aku boleh rasa dia dok spy aku aje. Lau jantan dah macam tu, memang selisih malaikat empat puluh empat la aku nak jadikan abang ipar.”
“Jadi kau memang nak aku jadi abang ipar kau? Cuba kau panggil aku abang ipar. Aku nak dengar dan nak tengok lidah kau. Terbelit ke tidak.”
“Ish kau ni... Boleh tak aku nak suruh PM mansuhkan akta hukuman bunuh orang? Sebabnya sekarang ni aku rasa nak bunuh kau aje. Banyak soal sungguh la kau ni.”
“Hehehe... Best betul mulut kau cakap macam tu. Kau ni speaker buat keputusan, buat tindakkan ikut kepala kau aje. Kau tak fikir ke akak kau tu boleh terima ke tak idea tak masuk akal kau ni. Entah- entah dia cop idea kau ni ‘idea cap longkang’. Kau tahu tak, dalam banyak orang yang aku kenal, kau yang paling tak masuk akal. Idea semua haprak!”
“Mulut kau kalah perempuan kalau bab mengutuk.”
“Hehehe... Bila kau nak kenalkan aku dengan akak kau?”
“Oit! Tadi macam nak tak nak je. Sekarang dah macam tak sabar. Muka pun dah nampak excited gatal nak berbini. Dah tak payah buat muka malu-malu kucing kau gitu. Muak aku tengok muka tak sudah kau tu.”
“Ooii, muka ni kau nak hadap, kiranya betul jodoh aku dengan akak kau. Hahaha... Masa tu berdoa la kau banyak-banyak supaya cepat kawen. Tak la kau kena hadap muka aku seumur hidup kau.”
“Dah la bebel kau. Minggu depan kita dating bertiga. Masa tu kau cubalah adjust akak tu. Kau jangan risau, aku backup kau dari belakang. Jangan kau kecundang dah. Kau guna la segala skill yang kau ada untuk ambil hati akak aku. Sebabnya dia tu susah sikit nak buka pintu hati dia kat orang. Tapi kalau kau pandai, aku pasti dia pasti tertarik dengan kau. Lagipun kau ni ada pakej sebetulnya. Tapi sengal. Tak pandai guna pakej tu.”
“Biar la aku sengal. Dengan kesengalan aku ni la kau terpaut dan terpanggil nak jadikan aku abang ipar kau. Secara khususnya sengal aku ni ada nilainya. Hehehe...” dia angkat kening.
“Memang tak pernah lekang over perasan dengan kau. Tapi walau apa pun kau adalah yang terbaik setakat ni. Aku belum jumpa lagi yang macam kau. Sengal sesengalnya dan plus tunggang langgang. Hahaha...”

Seperti yang dijanjikan, hujung minggu menjadi hujung minggu terbaik mereka. Merancang percutian juga bertiga. Nekad betul Dini Syafrina dengan keputusannya. Ada saja agenda dia untuk memberi ruang pada akaknya untuk mengenali Izran Hakim dengan lebih dekat. Dia tahu yang sikap sewel sengal Izran Hakimi tu mampu buatkan hati akaknya tercuit. Walaupun begitu dia tak putus berdoa agar akaknya diberi kebahagiaan yang selayaknya.
Lagipun Izran tak pernah hipokrit untuk nampak sempurna dimata sesiapa pun. Dia sentiasa mahu menjadi dirinya dan diterima sebagaimana dirinya. Kurang atau lebih itulah dirinya. Padanya memahami orang yang kita dampingi lebih membuatkan kita menghargainya. Mengenali belum tentu kita dapat memahami siapa dirinya.
Beberapa bulan berlalu...
Izran Hakim duduk dibirai katil. Telefonnya dicapai dan jemari ligat mencari nombor telefon Dini Syafrina. Sebaik saja nombor Dini Syafrina tertera di skrin, dia terus mendail.
“Assalamualaikum speaker. Petang ni aku nak jumpa kau kat tempat biasa boleh?” pertanyaan terus diaju sebaik salam diberi. Kemudian dia angguk dan bergegas kebilik air. Selesai mandi dan menunaikan solat asar dia bersiap dan terus keluar.
“Hai speaker. Lama dah ke kau sampai?”
“Baru je. Kau ada apa hal nak jumpa aku?”
“Ishh... kau aku lagi ke dengan aku. kan aku ni bakal abang ipar kau. Panggil la aku abang.” Izran sengeh mengusik.
“Belum lagi ok. Just baru bakal belum confirm. Tunang pun belum. Tapi aku solute aar dengan kau. Terror yeh kau pikat hati akak aku. Dalam diam dia ada hati kat kau. Tapi bila aku tanya dia tanak ngaku. Hebat kau!”
“Hehehe...tengok orang la.”
“Ceh! Baru takat tu dah nak berlagak. Ni dah apa hal kau nak jumpa aku? Penting ke? Dah dua kali kau tanya soalan yang sama. Masuk kali ketiga aku campak kau dalam tong sampah kang.”
Hehehe... Sabar la. Cuba kau cool sikit. Aku nak cakap la ni.” Izran Hakim tarik nafas dalam-dalam dan lepas. Dia pandang muka Dini Syafrina.
“Iz, sebelum kau cakap apa yang kau nak cakap, aku nak tanya kau. Kau boleh terima akak aku?”
“Haaa... Sebab tu la aku nak jumpa kau. Nak cakap pasal  ni laa...”
Dini Syafrina diam. Darahnya mula menyirap laju. Dia mula takut untuk mendengar keputusan dari Izran Hakim. Wajah Izran Hakim tak dipandanganya.
Speaker.
Izran diam. Dia buang pandangannya merentas tasik yang terbentang dan dia mengeluh berat.
Speaker. Aku minta maaf banyak-banyak pada kau.” kemudian dia diam lagi. Nafas ditarik sedalamnya.
“Iz, cakap la. Aku terima apa jua keputusan kau.”
Speaker, aku minta maaf!!! Sebab lepas ni kau memang kena hadap kutuk aku dua puluh empat jam seminggu! Hahahaha...”
“Maksudnya?”
“Maksudnya, aku fall in love dengan akak kau! Hujung bulan ni aku bawak keluarga aku datang merisik.”
Its true?” air mukanya berubah.
“Iyep. Dan kau nak tahu satu hal?”
“Apa dia?”
“Sebetulnya aku buat semua ni kerana kau. Untuk  balas budi kau sebab pertemukan aku dengan akak kau. Buat pertama kalinya aku rasa nikmat jatuh cinta pandang pertama. Dihari kau kenalkan aku dengan dia, hati aku  berbisik yang akak kaulah orang yang selayaknya menjadi isteri aku. Dia betul-betul dah buat hati aku merindu angau. Terima kasih speaker. Kau memang adik ipar aku yang terbaik. Nanti aku carikan jodoh yang sesuai dengan poyo sengal kau yeh. Baru sepadan.”
Terlerai gelak tawa mereka berdua. Moga diberikan yang terbaik untuk mereka berdua. In syaa Allah...

                                                                                    Sekian.
Blues tetap dihati © 2008 Template by:
SkinCorner