Jika Aku Jodoh Kau.....?
“Speaker!” kuat
laungan Izran Hakim bila matanya tertancap pada sekujur tubuh yang sedang
berdiri mengadap laut. Dia sengeh dan terus berlari menghampiri orang tu.
“Speaker! Tak
dengar yeh aku panggil kau?” suaranya tersekat-sekat mengah kerana berlari.
Insan yang dipanggil speaker
tu berpaling. Muka Izran Hakim dipandang tanpa secalit senyum. Lama dia
merenung wajah Izran Hakim.
“Kenapa kau tenung aku macam tu? Rambut aku kusut sangat
ke?” cepat dia kemaskan rambutnya dengan tangan.
“Aduhai Iz. Kau ni poyo tak habis! Bila aku tenung kau
aje, mula la kau rasa macam ada yang tak
sempurna kat diri kau. Sentiasa nak nampak perfect
walau sememangnya tunggang langgang
pengurusan kau hari-hari. Otak aku ni pun dah tak boleh nak terjemah sikap dan
tindakan kau,” Dini Syafrina menggeleng.
Kemudian dia kalih memandang arah laut semula.
Izran Hakim tayang sengeh. Dia selesa bersama gadis ni.
Gadis yang periang walau hidupnya penuh dengan dugaan. Gadis ni betul-betul
membuat hati kecilnya terusik.
Izran Hakim pandang wajah Dini Syafrina. Wajah tu masih
sepi dari mengukir senyum. “Kau ni kenapa? Muram durja aje aku tengok? Putera
idaman melangkah pergi tanpa tinggal sebarang pesan?” Izran Hakim cuba mencuit
hati Dini Syafrina dengan kata gurau.
“Kau ni dah kenapa jerit panggil aku gitu? Seluruh alam
semesta pandang aku. Memang sengal la kau ni.” Dini Syafrina kembali memandang
muka Izran Hakim.
“Haaa?” Izran Hakim blur.
“Apa haaa?”
“Macam tak kena aje jawapan kau bagi soalan aku?”
“Dah laa.. Jom aku nak balik.”
“Haaa? Dah nak balik? Aku baru aje sampai. Pantai ni
belum lagi kenal aku dengan mesranya semesranya. Kau dah nak balik. Apa hal ni?
Relaks la dulu dengan aku. Seminggu aku busy
tak dapat jumpa kau, hari ni ada ruang aku nak la lepaskan rindu yang
dahaga senyum kau ni.” tangannya diletak pada dada sebelah kiri.
“Banyak kau punya rindu. Dah la aku nak balik. Kalau kau
rasa pantai ni belum lagi bermesra dengan pantai, kau tunggu aje la kat sini.
Apa kena mengenanya dengan aku. Bukan
kena GST pun, kan. So kau boleh la
nak bermesra selama mana yang kau nak. Aku serius nak balik.”
“Alaa... Kau tunggu la kejap dengan aku. Kau sendiri
cakap tak kena GST, jadi tadak masalah la kau temankan aku.” dia sengeh mohon
Dini Syafrina setuju.
“Ishh... Kau ni, memang tak faham Bahasa Melayu betul!”
Muka Dini Syafrina ditenung. Wajah redup tanpa seri
senyum tu ditilik tanpa jemu.
“Kau dah kenapa pulak tenung aku? Nak propose aku kat sini ke?”
“Hahaha... Kau terima ke kalau aku propose kau?”
Dini Syafrina diam. Dia kembali lemparkan pandangnya pada
laut. Pada laut yang sering menjadi pendengar setia.
“Hahaha... Diam kau.”
Izran Hakim menguis pasir dengan kakinya. Nama Dini Syafrina
diukir pada lembaran pasir di gigi pantai. Datang ombak perlahan-lahan nama yang diukir lenyap dibawa
arus. Lagi dia mengukir nama Dini Syafrina dipasir.
Dini Syafrina melihat kelakuan Izran Hakimi yang mengukir
namanya berkali-kali dipasir setelah dilenyapkan arus ombak.
“Tadak kerja.”
Izran Hakim cuma senyum. “Kenapa kau kusut? Aku dapat
rasa ada resah yang menghuni hati kau. Kongsi la dengan aku. Aku kan kawan
merangkap BFF kau. Jadi aku sedia mendengar segala kusut dan resah kau.” tanpa
memandang Dini Syafrina dia bersuara.
“Tadak apalah. Sikit saja runsing ni. Nanti-nanti elok
la.”
“Sikit kau cakap? Selama aku disini dengan kau, masih
belum ada senyum dibibir. Aku dapat rasa hempasan pantai yang tak seperti
selalu. Kau bagai bateri yang habis power.
No energy...”
“Hahaha... Aku bukannya robot yang melalui hari-hari
tanpa perasaan. Aku manusia. Setiap manusia tak akan boleh lari dari perasaan
yang bercampur baur. Dengan sebab adanya perasaan macam tu barulah dinamakan
kehidupan. Bukan macam kau, manusia tak normal. Tunggang langgang.”
“Tunggang langgang pun normal apa. Sekurang-kurangnya aku
jadi pelengkap pada kitaran hidup manusia yang mempunyai pelbagai jenis ragam
dan karektor. Sebab tu setiap diantara kita ada keunikannya yang tersendiri.
Keunikan tu la yang diukur sebagai kelebihan dan kekurangan.” Izran Hakim
sengeh.
“Ooo... Jadinya kau nak cakap yang tunggang langgang kau
tu, keunikan kau la. Yang boleh dianggap kelebihan kau?”
“Hahaha... Terpulang cara kau pandang dan nilai aku. Jika
itu kau anggap kelebihan aku, terima kasih. Tapi jika kau anggap itu kekurangan
aku, kau kena terima aku seadanya. Kerana itulah diri aku.”
“Selama ni aku tak terima kau ke?”
“Hehehe.... Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku
yang banyak sangat kurangnya.”
“Dah la cakap pasal ni. Lagipun aku rasa dah lepas kot
rindu kau kat deruan ombak ni? Kalau dah, jom kita blah.”
“Speaker, kau
dah nak blah? Selalunya kau tak kan pergi diwaktu begini. Kau tak kan lepaskan
saat ni. Saat mentari senja sedang terbenam.”
“Lain kali la kita tengok.” Dini Syafrina terus berjalan
pergi.
Izran Hakim mengeluh perlahan. Dia tak dapat nak merungkai
resah yang melanda jiwa Dini Syafrina. Perlahan-lahan dia ikut langkah Dini
Syafrina. Risau dia dengan Dini Syafrina tu. Memang terjelas dimatanya yang
gadis tu sedang bertarung sendirian menentang gelora yang melanda dalam jiwa.
****
Dini Syafrina terlentang atas katil sambil memandang
siling. Hatinya betul dalam resah. Dia kusut dengan desakkan orang
disekelilingnya. Kenapa mereka tak mahu memahami dan mengerti kehendak dan
kemahuannya? Dia langsung tiada jawapan.
Tapi kekadang semua tu lenyap sebentar bila dia bersama
Izran Hakim. Seorang lelaki yang dia baru saja kenal tapi selesa bila bersama.
Setiap baris kata-kata yang terbit dari lelaki tu kekadang membuat dia
berfikir. Kekadang buatkan dia senyum dan ketawa. Kekadang buatkan dia sakit
hati, kekadang buatkan dia rasa dihargai dan buatkan dia rasa difahami.
Bila kelibat Izran Hakim muncul dalam kotak memorinya,
tanpa sedar bibirnya mengukir senyum. Dia sendiri hairan kenapa jejaka tu
selalu buat dirinya terasa bebas untuk berfikir dan berbicara. Bebas untuk dia
buat keputusan apa saja tanpa dibelenggu kongkongan.
“Hehehe... Izran Hakim.” Tetiba nama tu terpacul dari
bibirnya tanpa sedar.
“Oops! Cepat-cepat dia tutup mulutnya dan melihat
sekeliling. Mana la tau kot ada yang sedang melihatnya gelagatnya dalam diam.
Bila dah pasti tiada orang, dia ketawa sendiri.
Dirumah, Izran Hakim resah dengan risaunya terhadap Dini
Syafrina. Kehulu kehilir dia dalam bilik. Telefon yang berada atas katil
ditenung. Gatal saja tangannya untuk mendail nombor telefon Dini Syafrina. Hatinya
debar untuk bertanya khabar. ‘Aik? Iz, sejak bila hati kau dah pandai berdebar
ni?’ benaknya bersuara hairan.
Dia senyum sendiri kemudiannya. Dia duduk dibirai katil.
Galeri yang ada dalam telefonnya dibuka. Setiap moment dia bersama Dini Syafrina disimpan dalam telefonnya. Dia
senyum tengok telatah mereng senget Dini Syafrina. Keceriaan yang dibawa gadis
tu kekadang membuat hatinya berdenyut sumbang. Geleng kepalanya bila memori
bersama Dini Syafrina datang menjengah. Makin lebar senyumnya.
“Gadis sewel.” Tiba-tiba perkataan tu keluar dari
bibirnya.
“Siapa yang sewel, Iz?”
Abangnya menyapa tanpa salam. Dari tadi dia berdiri
dimuka pintu perhatikan Izran Hakim.
“Hehehe... tadak siapalah.” cepat telefonnya di letakkan
atas bantal bila abangnya Syariff menghampiri.
“Tak payah la kau nak sorok dari aku. Gelagat kau tadi dah
menceritakan segalanya pada aku. Kau fall
in love ke? Senyum kau tadi lain betul dari yang selalu aku tengok. Fall in love?”
“Mana ada la. Kawan aje.”
“Jadi bila kau nak kenalkan ‘kawan aje’ kau tu dengan
aku?” muka Izran dipandang dengan senyum.
“Buat apa?” Izran hairan .
“Untuk kenal laa... Kan bakal adik ipar aku. Semestinya
aku nak kenal.”
“Apa kau mengarut ni? Aku ngan dia just kawan je. Tak lebih dari tu.”
“Iya la... Kau dengan dia just kawan. Tapi tak salah kalau aku nak kenal, kan? Mana tahu kot
dia tersangkut dengan aku. Boleh dia jadi kakak ipar kau.” Syariff ketawa
besar.
“Waaaa... Akak Anis tu mana kau nak campak?”
“Termasuk Akak Anis kau la. Dua sekali. Kau tanak ke
dapat dua kakak ipar sekali gus?” Keningnya diangkat berkali-kali.
Waahhh! Banyak hensem kau punya muka. Semua kau nak kaut.
Dah cukup bekal ke kau tu nak berbini dua? Sanggup ke kau tanggung dosa kecik,
besar diorang? Termasuk dosa kecik,
besar kau sekali?” Kali ni giliran Izran pulak angkat keningnya berkali-kali.
“Hehehe... Kau kan ada. Kau guide la aku untuk jadi adil dan suami yang soleh untuk diorang.
“Mak aai... Bijaknya abang aku ni. Dah-dah tak payah
fikir nak berbini dua kalau gitu. Ke laut nanti rumahtangga kau.”
“Hahaha... Memang tak pun. Akak Anis kau adalah wanita
yang terbaik pernah aku kenal. Tak mungkin untuk aku duakan kasihnya. Kau doakan
kasih aku dan Anis kekal sampai ke Syurga ye.” paha Izran Hakim ditepuk
perlahan.
“In syaa Allah... Doa aku untuk kau tak pernah lekang.
Segala susah payah kita akan hadap bersama yeh. Aku sayang kau” mereka
berpelukan.
Pelukan dileraikan beberapa minit kemudian.
“Aku keluar dulu. Jangan nak berangan sangat. Jangan
pulak kau banyak tersenyum sendiri. Nanti mereng pulak. Mati aku kena daftar
kau masuk pusat bahagia.” Syariff Hakim bangun.
“Hahaha... Cantik kau punya lawak. Aku waras lagi laa...
Perkara lalu tak akan aku ulang lagi ye. Yang berlaku, aku jadikan panduan
untuk terus melangkah dalam ranjau berduri ni. Kau jangan risau yeh.”
“Iye. Pergi la kau cakap dengan dia. Berterus terang. Tak
salah kalau kena reject lepas luah perasaan. Yang salahnya kalau kau simpan,
dan dia pun simpan... Masing-masing berada dalam anggapan sendiri. Dan akhirnya
bila dah terlambat baru sedar hakikat yang wujud dalam hati masing-masing. Masa
tu penyesalan menjadi punca kekecewaan.
“Kau ni dah kenapa? Asyik suruh aku luahkan aje. Nak luah
apa?”
“Apa yang ada dalam hati kau tu la... Tak kan nak suruh
kau cakap apa yang ada dalam hati aku pulak. Nak suruh aku confirmkan status kawan kau tu sebagai bini nombor dua aku ke?” dia
berjalan keluar.
“Aku tak akan benarkan kau lukai hati kak Anis!” kuat dia
menjerit dari dalam bilik. Selang beberapa minit dia terdengar gelak tawa dari
Syariff Hakim.
“Mereng betul abang aku ni.” dia bercakap sendiri dan
kembali capai telefonnya. Skrin lima inci dipandang. ‘Dah pukul sepuluh. Hurmm,
tak boleh call dah laa... Lewat sangat
dah ni,’ bisik dia sendiri. Dia baring. Sesekali dia menguap panjang. Dan...
dia terlena.
****
Subuh...
Sebaik selesai solat subuh berjemaah di masjid
berdekatan, Izran Hakim dan Syariff Hakim pulang dengan menunggang motorsikal.
Masing-masing melayan perasaan sendiri.
“Kau ada nak kemana-mana hari ni?” Syariff Hakim menyoal sebaik motorsikal di parkir
dihalaman rumah.
“Entah. Tak kemana kot. Kenapa kau tanya?”
“Tadak apa. Saja tanya. Jangan lupa apa yang aku cakap
semalam. Kau lebih tahu apa yang hati kau inginkan.” bahu Izran hakim ditepuk
dan dia berlalu masuk ke dalam rumah.
“Tak habis lagi abang aku ni rupanya. Apa yang dia takut
sangat entah. Macam la aku ni perempuan yang bakal menandartu. Aku ni adik
lelaki dia. Lelaki!” dia merungut sendiri dan dia mengeluh. Berat kakinya
melangkah masuk.
“Iz! Telefon kau bunyi la ooi!” laung Syariff Hakim dari dalam rumah.
Dengar saja laungan Syariff Hakim, terkocoh-kocoh Izran Hakim melangkah
masuk.
“Awalnya dapat panggilan. Kalah aku, Iz. Nampak gayanya
orang disana dah mabuk rindu dekat kau. Kau aje yang jual mahal agaknya.”
Syariff Hakim bersuara sebaik saja Izran
Hakim melewatinya untuk masuk kebilik.
Setengah jam kemudian, Izran Hakim keluar dari biliknya.
dia duduk disebelah Syariff Hakim.
“Dah terubat ke rindu? Hehehe.”
“Tak payah la kau nak cakap aku. Cuba kau tajamkan deria
pendengaran kau.”
“Apa?”
“Shuuuttt! Dengar aje.” mulut Syariff Hakim ditutup.
“Sekarang kau dengar?”
Syariff Hakim diam mendengar.
“Eh! Tu bunyi telefon aku!” tangan Izran Hakim ditepis
laju dan dia bingkas bangun berlari kebiliknya.
“Hah! Kata aku sangat dia ni. Dia pun sama macam aku. Pagi-pagi
buta dah dapat call dari tunang.”
Izran membebel sendiri. Saluran televisyen ditekan satu persatu. Saluran TV
Alhijrah menjadi pilihan. Dia merebahkan badannya atas sofa sambil mengadap
televisyen.
“Laa, tidur pulak budak ni.” geleng kepala Syariff Hakim melihat Izran Hakim lena disitu. Dia
beredar ke dapur. Sekejap kemudian dia keluar bersama air minuman. Kunci
motorsikal yang ada diatas meja televisyen dicapai dan dia terus keluar.
Tak lama kemudian dia balik. sebaik kakinya melangkah
masuk, dilihatnya Izran Hakim masih lagi sedap membuta diatas sofa. Makanan
yang baru dia beli tadi diletakkan atas meja.
“Iz, bangun laa. Dah pukul berapa ni? Kau nak membuta
sampai tengahari ke?”
“Pukul berapa dah?” matanya dibuka payah. Terkelip-kelip
dia memandang wajah Syariff Hakim yang
berdiri didepannya.
“Lagi sepuluh minit, pukul sembilan.”
“Haaa? Aduh! Aku dah lambat daaa... Kenapa kau tak
kejutkan aku tadi? Aiseh! Mati aku kena bebel dengan minah speaker tu.” dia bingkas bangun.
“Mana aku tahu kau ada date. Lain kali pesan. Bukan
diam gitu. Aku bukan boleh baca diari hati kau tu.” dia menjeling Izhan Hakim yang
dah macam lipas kudung.
“Bukan date
la!!!” kuat dia jerit dari dalam bilik air.
“Hahaha... Iye. Bukan date.”
Syariff Hakim duduk dimeja makan sambil membuka bungkusan nasi lemak yang
dibelinya tadi.
Setengah jam kemudian Izran Hakim keluar dari biliknya
dan duduk dimeja makan.
“Mak aai! Wangi gila kau. Jumpa kawan begini punya wangi?
Aku tak tahu la wangi tahap mana pulak kalau kau pergi jumpa special girlfriend.” Nasi lemak disuap.
“Hehehe... Jaga penampilan la. Kau apa tau.” Nasi lemak
diambil lalu dibuka.
“Iye. Kirim salam aku kat dia ye. Cakap aje dari abang
ipar. Tak salah pun. Bukan kena cukai.”
“Banyak hensem kau punya muka. Untuk pengetahuan kau,
tadak title abang ipar lagi yeh. Jadi
tak payah nak over.” Izran Hakim
bangun dan terus menapak ke dapur.
“Hahaha...” Syariff Hakim ketawa.
“Kau dah nak pergi ye? Jangan lupa apa yang aku cakap
semalam.” Syariff Hakim melaung dari
meja makan.
Tiada sahutan dari Izran Hakim. Dari dapur dia terus
berjalan menuju ke pintu. Syariff hanya memerhati.
“Kirim salam ye.” Syariff senyum. Saja dia nak mengusik
adiknya tu.
“Iye!” Izran menjawab geram. “Aku pergi dulu. Kau nanti
keluar dengan akak Anis, kirim salam rindu aku kat dia. Bagitahu aku rindu
dengan masakkan dia.”
“Iye lah. Masakan akak anis dengan akak aje kau rindu,
aku kau tak rindu ke?”
“Tahik kau! Dah la aku cau dulu. See ur tonight.”
Wow! Tonight?
Sakan kau dating... Jumpa parent terus ke?” Tak habis lagi Syariff
hakim menyakat.
“Mana ada laa... Aku cakap tonight, sebabnya kau pun nanti bila dah jumpa akak Anis, bukannya
reti balik awal. Satu Malaysia korang jelajah. Jadi aku rasa malam nanti la
kita bersua muka.” Syariff Hakim tersengeh cuma.
****
Izran Hakim terus menunggang motorsikalnya ke tempat yang
dijanjikan. Dia tak habis fikir mengapa serius benar tutur kata Dini Syafrina
pagi tadi. Macam ada hal yang amat penting untuk dikongsi dengannya.
Hatinya dikocak dengan perasaan risau. Resahnya bagai
tiada tepian. Geloranya membadai bagai
tiada surutnya. Perasaannya menjadi gentar.
Tak lama menunggang dia pun sampai. Kelibat Dini Syafrina
kelihatan sugul dimatanya. Resah yang menghuni tak boleh dihakis lagi. Setelah
motorsikalnya dipakir dan topi keledar dibuka, dia terus menghampiri Dini
Syafrina.
“Speaker!”
Dini Syafrina berpaling. Wajah bersih Izhan Hakim
dipandang. Dari kaca matanya bagai menceritakan sesuatu agar Izran Hakim
mengerti tanpa tutur dari bibirnya.
“Kau ada apa hal? Suara kau pagi tadi serius je aku
dengar. Kau jangan cakap yang parents
kau suruh kawen. Dan calonnya kau pilih aku.” serius Izran menutur kata.
“Kau ni, memang tak pernah habis dengan ayat yang memang
tak boleh blah macam tu. Harap sangat untuk aku suruh kau propose. Tak habis-habis perasan.”
“Habis tu? Kau dah apa kes?”
“Akak aku. Aku risau dengan dia.”
“Kenapa pulak ni? Cuba kau cakap dengan aku. Tapi sebelum
tu, apa kata kalau kita cari tempat duduk. Kaki aku ni rasa macam batang kelapa
aje dah berdiri gini.”
Mereka berjalan ke arah kerusi simen yang ada kat situ.
Masing-masing melabuhkan punggung. Izran terus memandang muka Dini Syafrina
minta diteruskan cerita tadi.
Perasan dengan renungan dari Izran Hakim, Dini Syafrina
menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Dia bagai mencari kekuatan untuk
melahirkan rasa yang tersembunyi dalam hatinya.
“Kenapa kau diam? Cakap la dengan aku. Nanti aku tolong
hulurkan opinion kat kau. Aku tak
kenakan charge sebab kau kawan aku,” Izran sengeh. Tak
pernah serius.
“Aku bosan dengan desakkan orang yang dekat dengan aku. Diorang
ingat bercinta cintun ni senang? Macam makan coklat ke? Nak manis je. Aku tak
suka. Aku lebih serahkan semua ni pada ketentuan Allah. Jodoh yang ditentukan
oleh Nya,” Dini Syafrina mengeluh. Tiada senyum yang terukir dibibirnya. Serius
sungguh!
“Iye... Boleh aku tanya kau?
Dini Syafrina berpaling arah Izran Hakim. Keningnya
diangkat.
“Bagaimana jika aku jodoh kau? Boleh kau terima aku
sedanya diri aku? Boleh kau mengasihi aku selayaknya. Sebagai teman serumah,
sebilik, sekatil dan menjadi sebahagian dari hati aku?”
Jika kau ditakdirka untuk aku, tak layak aku untuk
pertikaikannya. Tapi aku banyak berdoa yang perancangannya bukan aku pelengkap
tulang rusuk kau.”
“Kau tak sudi?”
Dini Syafrina diam. Dia lempar pandangan jauh merentasi
segala yang ada didepan matanya.
“Hehehe... Itu je ke yang serius sangat kau nak cakap
dengan aku? Sikit sangat speaker.”
Dini Syafrina hela nafas panjang. Keluh untuk lepaskan
segala beban.
“Akak aku dah nak kawen.” Dia bersuara tanpa memandang
wajah Izran Hakim.
“Ok. Congratulation.
Dah tu apa masalahnya?”
“Tapi aku tak suka lelaki tu.”
“Haaa? Apa kaitannya dengan kau? Akak kau yang nak kawen
bukan kau. Akak kau yang sukakan lelaki tu. Dan aku pasti lelaki tu pun
sayangkan akak kau. Kau tak suka tadak kena mengena. Itu lain hal. Parents kau setuju kira dah ok laa...
Yang kau ni sibuk pulak nak membangkang dah apa kes?”
Dini Syafrina tarik nafas lagi. Kali ni dia pandang muka
Izran Hakim.
“Kau jadi abang ipar aku.”
“Haaaa??” terkejut Izran Hakim bila dia dengar ayat tu
keluar dari mulut Dini Syafrina.
“Boleh yeh?”
“Kau kena wabak dari mana ni?”
“Aku serius nak kau kawen dengan akak aku. Jadi abang
ipar aku. Aku teramat sayangkan akak dan aku percaya hanya kau mampu jaga dia
dan mengasihi dia lebih dari orang lain.”
“Wow! Confident
betul kau dengan aku. Kau sendiri cakap aku tunggang langgang. Senget, mereng,
segala bagai title kau bagi aku. Dan
sekarang kau nak aku kawen dengan akak kau? Kau tak takut ke nanti aku senget
mengetkan akak kau?”
“Hehehe... Tu sebabnya aku nak kau kawen dengan akak aku.
Akak aku tu lurus sikit orangnya. Orangnya sedang-sedang aje. Nak kata cantik
tu tak la sangat. Tapi rupa tu ada laa. Kalau nak dibandingkan dengan kau,
memang jauh la sangat. Dan boleh dianggap macam beauty and the beast versi Malaysia laa... Tapi akak aku tu pun
macam kau jugak. Pengurusan hari-hari kelam kabut. Cara dia dress up, ikut mood
dia la. Kalau dia nak nampak cantik, dia memang bersiap cantik-cantik. Tapi
kalau dayang mood malas, dia cekau aje apa yang ada. Asalkan tutup aurat dah.
Hehehe... Kau kena sabar sikit la dengan dia. Sebab dia tu degil banyak.”
“Hahaha... Kau speaker,
macam dah confirm sangat nak aku
kawen dengan akak kau. Siap berprofil akak kau lagi. Patut la kau tak doakan
aku jodoh kau. Kau dah tetap aku untuk jadi jodoh akak kau rupanya. Aduyai speaker. Kau ni ada je perkara pelik kau
nak buat.”
“Kau nak tak?”
“Kau gila nak aku bagi keputusan sekarang. Lagipun apa kurangnya
pilihan akak kau tu. Dia baik, kan?”
“Entah laaa... Aku tengok macam ada something wrong aje dengan mamat tu. Boleh lepas seminggu dia
datang rumah, dia jumpa aku kat cafe,
ajak aku couple dengan dia. Terkejut
tahap gorila aku. Tak tunggu dah aku. Laju aje aku blah dari situ. Aku boleh
rasa dia dok spy aku aje. Lau jantan
dah macam tu, memang selisih malaikat empat puluh empat la aku nak jadikan
abang ipar.”
“Jadi kau memang nak aku jadi abang ipar kau? Cuba kau
panggil aku abang ipar. Aku nak dengar dan nak tengok lidah kau. Terbelit ke
tidak.”
“Ish kau ni... Boleh tak aku nak suruh PM mansuhkan akta
hukuman bunuh orang? Sebabnya sekarang ni aku rasa nak bunuh kau aje. Banyak
soal sungguh la kau ni.”
“Hehehe... Best
betul mulut kau cakap macam tu. Kau ni speaker
buat keputusan, buat tindakkan ikut kepala kau aje. Kau tak fikir ke akak
kau tu boleh terima ke tak idea tak masuk akal kau ni. Entah- entah dia cop
idea kau ni ‘idea cap longkang’. Kau tahu tak, dalam banyak orang yang aku
kenal, kau yang paling tak masuk akal. Idea semua haprak!”
“Mulut kau kalah perempuan kalau bab mengutuk.”
“Hehehe... Bila kau nak kenalkan aku dengan akak kau?”
“Oit! Tadi macam nak tak nak je. Sekarang dah macam tak
sabar. Muka pun dah nampak excited gatal
nak berbini. Dah tak payah buat muka malu-malu kucing kau gitu. Muak aku tengok
muka tak sudah kau tu.”
“Ooii, muka ni kau nak hadap, kiranya betul jodoh aku
dengan akak kau. Hahaha... Masa tu berdoa la kau banyak-banyak supaya cepat
kawen. Tak la kau kena hadap muka aku seumur hidup kau.”
“Dah la bebel kau. Minggu depan kita dating bertiga. Masa
tu kau cubalah adjust akak tu. Kau
jangan risau, aku backup kau dari belakang. Jangan kau kecundang dah. Kau guna
la segala skill yang kau ada untuk
ambil hati akak aku. Sebabnya dia tu susah sikit nak buka pintu hati dia kat
orang. Tapi kalau kau pandai, aku pasti dia pasti tertarik dengan kau. Lagipun
kau ni ada pakej sebetulnya. Tapi sengal. Tak pandai guna pakej tu.”
“Biar la aku sengal. Dengan kesengalan aku ni la kau
terpaut dan terpanggil nak jadikan aku abang ipar kau. Secara khususnya sengal
aku ni ada nilainya. Hehehe...” dia angkat kening.
“Memang tak pernah lekang over perasan dengan kau. Tapi walau apa pun kau adalah yang terbaik
setakat ni. Aku belum jumpa lagi yang macam kau. Sengal sesengalnya dan plus
tunggang langgang. Hahaha...”
Seperti yang dijanjikan, hujung minggu menjadi hujung
minggu terbaik mereka. Merancang percutian juga bertiga. Nekad betul Dini
Syafrina dengan keputusannya. Ada saja agenda dia untuk memberi ruang pada
akaknya untuk mengenali Izran Hakim dengan lebih dekat. Dia tahu yang sikap sewel
sengal Izran Hakimi tu mampu buatkan hati akaknya tercuit. Walaupun begitu dia
tak putus berdoa agar akaknya diberi kebahagiaan yang selayaknya.
Lagipun Izran tak pernah hipokrit untuk nampak sempurna
dimata sesiapa pun. Dia sentiasa mahu menjadi dirinya dan diterima sebagaimana
dirinya. Kurang atau lebih itulah dirinya. Padanya memahami orang yang kita
dampingi lebih membuatkan kita menghargainya. Mengenali belum tentu kita dapat
memahami siapa dirinya.
Beberapa bulan berlalu...
Izran Hakim duduk dibirai katil. Telefonnya dicapai dan
jemari ligat mencari nombor telefon Dini Syafrina. Sebaik saja nombor Dini
Syafrina tertera di skrin, dia terus mendail.
“Assalamualaikum speaker.
Petang ni aku nak jumpa kau kat tempat biasa boleh?” pertanyaan terus diaju
sebaik salam diberi. Kemudian dia angguk dan bergegas kebilik air. Selesai
mandi dan menunaikan solat asar dia bersiap dan terus keluar.
“Hai speaker.
Lama dah ke kau sampai?”
“Baru je. Kau ada apa hal nak jumpa aku?”
“Ishh... kau aku lagi ke dengan aku. kan aku ni bakal
abang ipar kau. Panggil la aku abang.” Izran sengeh mengusik.
“Belum lagi ok. Just
baru bakal belum confirm. Tunang pun
belum. Tapi aku solute aar dengan
kau. Terror yeh kau pikat hati akak
aku. Dalam diam dia ada hati kat kau. Tapi bila aku tanya dia tanak ngaku.
Hebat kau!”
“Hehehe...tengok orang la.”
“Ceh! Baru takat tu dah nak berlagak. Ni dah apa hal kau
nak jumpa aku? Penting ke? Dah dua kali kau tanya soalan yang sama. Masuk kali
ketiga aku campak kau dalam tong sampah kang.”
Hehehe... Sabar la. Cuba kau cool sikit. Aku nak cakap la ni.” Izran Hakim tarik nafas
dalam-dalam dan lepas. Dia pandang muka Dini Syafrina.
“Iz, sebelum kau cakap apa yang kau nak cakap, aku nak
tanya kau. Kau boleh terima akak aku?”
“Haaa... Sebab tu la aku nak jumpa kau. Nak cakap
pasal ni laa...”
Dini Syafrina diam. Darahnya mula menyirap laju. Dia mula
takut untuk mendengar keputusan dari Izran Hakim. Wajah Izran Hakim tak
dipandanganya.
“Speaker.”
Izran diam. Dia buang pandangannya merentas tasik yang
terbentang dan dia mengeluh berat.
“Speaker. Aku
minta maaf banyak-banyak pada kau.” kemudian dia diam lagi. Nafas ditarik
sedalamnya.
“Iz, cakap la. Aku terima apa jua keputusan kau.”
“Speaker, aku
minta maaf!!! Sebab lepas ni kau memang kena hadap kutuk aku dua puluh empat
jam seminggu! Hahahaha...”
“Maksudnya?”
“Maksudnya, aku fall
in love dengan akak kau! Hujung bulan ni aku bawak keluarga aku datang
merisik.”
“Its true?” air
mukanya berubah.
“Iyep. Dan kau nak tahu satu hal?”
“Apa dia?”
“Sebetulnya aku buat semua ni kerana kau. Untuk balas budi kau sebab pertemukan aku dengan
akak kau. Buat pertama kalinya aku rasa nikmat jatuh cinta pandang pertama.
Dihari kau kenalkan aku dengan dia, hati aku
berbisik yang akak kaulah orang yang selayaknya menjadi isteri aku. Dia
betul-betul dah buat hati aku merindu angau. Terima kasih speaker. Kau memang
adik ipar aku yang terbaik. Nanti aku carikan jodoh yang sesuai dengan poyo sengal
kau yeh. Baru sepadan.”
Terlerai gelak tawa mereka berdua. Moga diberikan yang
terbaik untuk mereka berdua. In syaa Allah...
Sekian.
0 comments:
Post a Comment